Thursday, March 22, 2012

Tamak

"Dua perkara yang kita boleh tamak ; ilmu dan pengampunan dari Allah swt.." (status fb mak cik)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 15, 2012

;)



kibun @ malacca!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

Faded



Ibarat kertas resit yg keluar dari teller machine. Kad bank di simpan, resit pon turut di simpan.


Beberapa hari kemudian bila resit diperlukan, buka purse dan keluarkan resit. Resit masih dalam good condition, tapinya black carbon atas resit tu dah pudar.


Macam tu lah aku sekarang.

Aku bukan carbon gred A. Aku paham kenapa orang buang resit tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Pouch Bag #2


Pagi ni dekat rumah. Petang nanti, InsyaAllah di Melaka.
Tamau balikkkkk boleh?
Tak teruja sangat pon sem kali ini. Sebab macam-macam benda bermain kat kepala sekarang ni.
Paling selalu fikir,financial constraints lah. Banyak sangat nak kena pakai kaaachhhiiiing2 $$$. Sem ni akan jadi sem mata duitan. Sem yang paling banyak aku bebel pasal money. Money money money! Semua benda pon nak guna duit. Duniawi betul. Sekali bayar bukan nak puluh2 tapi ratus2 terus. Mana tak kering. 
Jadi lagi teruk bila saving sendiri dah menyusut. Gara-gara terlalu ghairah berbelanja sem2 sebelum ini. Tambah pula, yang dok berhutang tak reti nak bayar. Aku yang baik hati (time tu je la baik hati kan) kesian kat mereka2 ni bagilah pinjam setakat yang aku mampu. Kau kata nak pinjam. So aku bagi pinjam, bukan bagi terus. Kau paham kan istilah pinjam?
Baik hati sangat pon masalah jugak.
Orang selalu kata, sediakan payung sebelum hujan. Tapi jenis aku tak suka berpayung sangat. Macam mana ni? Haha. Jadinya bila dah terdesak baru nak fikir, kat mana nak beli payung. Sempat lagi fikir kat mana nak dapat payung yang comel2. Time tu hujan dah lebat, aku pon dah lenjun. Macam sekarang.
Dan cuti kali ini, aku berjaya tidak mem'busy'kan diri dengan berpart time. Tapi duduk di rumah melangot depan tv dan lappy, makan dan tidur dengan jayanya!
Syabas! Semakin susut lah saving kau nyah. Tak kan nak kene pergi belakang Ocean pulak nak tambah saving kan?
Nauzubillah hi min zalik.
Till next time, see you at Malacca oke.
Malacca, please be nice to me.

Saturday, March 3, 2012

Tunggang Lalu


Budak-budak zaman sekarang, bila dah penat main basikal pusing satu taman, singgah je KFC beli makanan. Dah tak layan sangat jajan cekedis kat kedai Cik Cah yang jual ais kepal. Siap drive thru lagi tu.