Friday, November 25, 2011

Kembaq Lain-lain.



Manusia di atas adalah makhluk Allah yang pertama aku kenal masa mula-mula mendaftar di Uitm Melaka ni. Kebetulan kami dapat bilik yang sama untuk kolej. Kalau dah roomate, confirm2 lah kena kenal kan. Gila kau nak buat psycho sorang2 tak nak berkawan. Bukan aku hidup tanpa kawan. Dan kebetulan juga kami share katil yang same. I mean, katil yg double deck tu. Jangan salah paham. Dan terus kebetulan, course yang sama, kelas yang sama, subjek pon mestilah sama kan. Haha.

Secara suka-suka, boleh declare dia ni kembar aku lah jugak. Walaupun tak sama dari segala segi rupa bentuk fizikal (totally different, macam ying yang, macam hitam putih), tapi kami lahir pada tarikh yang sama, waktu yang sama, cuma aku awal 24 minit dari dia. So, aku kakak 24 minit awal. Haha. Padahal tak ade beza apa pon.

Dua-dua pon teruja bila tahu yang masing2 share the same birthday. 25.11.1989. Biar betul? 25 tu hari ni lah kan? Eh tinggal lagi beberapa minit je before the next day.

So, HAPPY BIRTHDAY to US!

Terima kasih untuk kalian yang mengingati tarikh ini, walaupun dengan bantuan notification dari facebook atau dari kalender dihandphone canggih masing2 atau dengan apa cara sekali pon. Terharu. Dan juga all the wishes and prayers.
TYVM with Love.

Paling comel bila emak orang pertama yang wish. Walaupun dalam mesej dan agak impress bila mesej yang ditaip tu lebih panjang sikit. Hoho.


Kami selalu cakap banyak benda serentak. (Ang kawen dulu!! haha) Terus teringat Norden dan Latikha.





Tuesday, November 22, 2011

Thumbs Up.


Cerita dah lapok. Tapi, Alhamdulillah. Syukur sangat kan. Walaupun UPSR 4A 1B, 90% (mumtaz) untuk PSRA...
Anugerah Tokoh Pelajar Mithali!

Kau mampu ke?
Aku pon selalu suam2 je result. Dari UPSR sampai lah ke Diploma.

Tahniah tau adik! Bangga kejap. Harap berterusan tau :)


Good job bebeh!
Tahniah juga untuk Harimau Muda. Siapa tak tahu yang Malaysia menang? Sila malu dan jangan mengaku sebagai warganegara. Sana sini huru hara cerita pasal bola. Facebook pulak tiba2 meriah sangat. Every second pon mesti ade orang nak update itu ini. Yang paling tak boleh belah manusia yang konon dulu "tak layan lah bola malaysia ni"..dengan memek muka yang bajet amerika sangat layan EPL bagai..tiba2 terus fanatik, serba tahu pasal semua pemain Malaysia kan. Terus lupa game Liverpool kau, Man U lah, Chelsea dan seangkatan.
 
Tak apalah. Apa2 pon, tahniah! Semangat kesukanan itu penting. Hehe.



Friday, November 18, 2011

Peduli.



Kalau betul kesah sangat apa yang orang akan kata, apa yang diterima, tak perlu kesian, berhenti saja dari terus mencari. Berhenti dari terus berusaha untuk dapatkan. Berhenti terus dari menjaga hati.

Tak perlu kesah perihal di sini, perihal orang lagi penting kan?
Peduli sangat.

I'm away. Making distance between us because i'm not strong enough.
So. Lets pray.


Saturday, November 12, 2011

Saya nampak awak, awak nampak saya tak tadi?




Mestilah awak tak nampak sebab saya nampak muka gembira awak. Perlu ke nak peduli kan keadaan sekeliling kan? Sekarang saya tak perlu menyesal dengan pekara lepas.

Kalau lah itu yang terbaik. Eh, bukan kalau, tapi itu lah yang terbaik buat masa ini.





One of the reason why I refuse to say yes (or you may) instantly,
Because you always end up with...Zzzzzzzz..

Sebenarnya aku tak kesah sama ada kau tanye atau tidak?
Ini semua macam GAME bagi aku. Baru ada warna kan!

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha


Di Kampung Melayu tidak. Di Sungai Tiang pon tidak.
Jadinya disini saja lah. Padahal tahun2 yang sebelum pon begini.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. 
Semoga segala pengorbanan yang dilakukan diberkati Allah.

Saturday, November 5, 2011


Adik, kenapa Adik pandang Mak macam tu? 
Adik sedih :( 
Sedih kenapa? 
Adik takut kalau Mak sakit.


Friday, November 4, 2011

Apa yang anda rasa saat ini?


  • Rasa sangat rindu suasana di Merbok dulu. Ini betul wa cakap sama lu. Tahap nak titiskan air mata dah ni. Tak tipu punye.


Norden & Latikha = Rindu

  • Juga rasa sangat2 SERABUT tahap dewadewi. Nak kata banyak sangat assignment, quiz & test? Tak jugak. Orang lain ye lah kot..Sampai Jumaat malam pon tak boleh balik lagi sebab ada test, tapi kelas aku, ramai yang dah cuti awal. Aku je masih tekun tunggu sampai kelas yang terakhir minggu ni walaupun hati rasa sangat2 tidak sabar untuk pulang ke rumah.
  • CUTI! Itu yang aku dambakan saat ini.