Thursday, June 30, 2011

30/6/2011

Dia rosak kan hari saya hari ni. Jadinya mood kurang stabil. Kerja yang simple, tapi boleh stress dengan perangai manusia.

Walaupun perbualan hanya melalui telefon. Tanpa memek muka.

Seboleh mungkin di tempat kerja, tempat orang, memang tak nak buat hal. Buat perangai gila. Sebab niat asal memang untuk bekerja, bukan cari pasal. Dia cabar tahap kesabaran saya, tapi saya juga mencabar tahap kesabaran sendiri.

Sebab saya tahu saya mampu lagi untuk bersabar ;)


Monday, June 20, 2011

Alahai. Kempunan lah lagi..


Pagi2 lagi Norden dah mesej tanye dah cek belum. Time tu kat tempat kerja dan baru lah teringat. Terus tinggalkan kerja yang kene buat, duduk dengan sopan dan mengadap tepat ke PC. Dalam hati memang dup dap dup dap dan satu je doa time tu, harap semua subjek pon lepas.  Sebab tak nak ada sangkut2. Bukan janji tapi pasti. Huahaua.
Yessss. Syukur Alhamdulillah. Walaupun bukan record terbaik since diploma tapi lega sangat2.
 Tapi manusia selalu mane pernah rasa cukup. Hehe. Aku lah yang selalu macam tu. Rasa macam ala, kenapa tak Dekan. Hahaha. Kau kalau usaha pon macam mahu tak mahu, result pon keluar lebih kurang macam tu aje lah. Jadi nye kempunan lagi lah aku nak naik pentas dengan selempang pink.

 Selempang pink seperti gambar diatas cuma nya selempang tu di pinjamkan sekejap konon nak ambil berkat untuk first result degree. Tapi. Haha. Mimpi.
   
Time  jawab final hari tu pon dah tahu tahap kemampuan sendiri. Tapi tetap terus berharap, mana tau jawapan yang aku sendiri pon rasa tak logik, sebenarnya dirasakan logik oleh lecturer, konon nya ada harapan untuk A++. Sila gelak. Sebab kau punya harapan tu pon dah memang tak logik. So sekarang sila redha lagi dengan result anda.
Tahniah untuk rakan2 seperjuangan yang lain. Norden kau memang super power. Terbaik dari ladang. Masih maintain lagi. Aku memang selalu terhuyung hayang. Kurus lah katakan. Haha.


Monday, June 13, 2011

Sorry ;)

                                   
'me time'


Haha


Sekarang kau rasa rugi tak?
Sekarang kau nak menyesal lah eh?
Sekarang kau tak boleh nak kata apa dah.

Padan muka!!


Friday, June 10, 2011

Pandang kosong.

Tak. Saya tak harapkan perhatian. Tidak perlukan tumpuan. Sebab bukan mercu tanda. Saya juga tak perlukan publisiti. Murahan. Macam artis pulak kan. Hahaha. Sebab ikhlas itu tak terlihat. Jadi, saya jadi saya. Bersyukur masih punya nikmat kaki berdiri sendiri.


Monday, June 6, 2011

Baru!


Eh saya dah start kerja lah rakan-rakan. Yeeayy2. Alhamdulillah. Seperti kebiasaan sila lah bayangkan saya duduk bercuti 3 bulan di rumah tanpa melakukan apa2. Itu nampak sangat seperti bukan saya.

Kali ini, memang satu pengalaman baru. Kerja ikut office hour. Standard. Tak ada lagi shift2 macam dulu. Tapi kalau ikut kan, ada shift lagi syiok. Tak de lah rutin tu sama je selama 3 bulan. Attire juga perlu formal. Jadi, jalan selamat yang di pilih, berbaju kurung lah hari2. Emak memang senyum lebau. Kiranya kerja kali ni, dalam bab pakaian, lulus cemerlang. Mak memang tak akan pertikaikan.

Pengalam baru bermula bila di interview seperti memohon untuk jawatan tetap. 3 panel interviewer, dan saya gugup gagap keseorangan. 1 of them ialah Timbalan Ketua Pengarah.

'Wa sekarang nak keje sementara je, pesal lu bawak geng sampai Timbalan Ketua Pengarah pon jadi interviewer ?'

Tapi cakap dalam hati je lah. Gila kau. Terus rasa macam eh takpe lah encik, saya salah office kot. Haha. 

Serius wa cakap ngan lu, interview kali ni memang sangat different. Sebab die bikin wa tambah panas bila di minta untuk prepare salinan sijil yang berkaitan dan perlu ade cop pengesahan. Macam nak apply loan pulak kan. Last2, satu ape pon die tak sentuh, selak2 pon tidak. What the????

And agak menarik, bila di tanye soalan-soalan cepu emas perak & gangsa:
Sekarang ni azan subuh pukul berapa?
Masa kerja sebelum2 ni, berapa kali pernah lewat?
Apa perangai paling buruk kamu? Bukan negatif, tapi yang buruk.
ZZZZZZZZZ

6 June 2011. Hari ni hari keenam. Masih baru. Bertatih jugak lagi. Sebab banyak lagi nak kena belajar.

 Apa pun saya dah decide untuk mencuba sesuatu yang baru. Kutip pengalaman dan cuba apply kalau-kalau apa yang pernah di pelajari masa diploma dulu, boleh diguna pakai. Harap dapat timba ilmu bertimba2.

Sekian.
Owh ye. Terima kasih kat Eda, sebab bagi tau pasal vacancy ni, dan suruh hantar resume dengan segera!