Sunday, August 28, 2011

Permata



First time ever, terawikh malam tadi amat tersentuh bagi insan yang sangat jahil macam aku. Terlalu bertuah miliki dia. Syukur, Alhamdulillah.




Thursday, August 25, 2011

Counting Days


Tak perlu nak counting dah. Lagi 1 hari je. Bukan raya ye, tapi tinggal 1 hari je nak kene pergi kerja. Esok last day. Kalau ikotkan kontrak sepatutnya, 29hb baru tamat. Tapi , gila kau nak datang opis sorang2. Gigih nak tunjuk dedikasi konon kan, padahal kalau yang datang opis hari senin depan tu memang confirm majority non-muslim. Ketua Pengarah pon awal2 lagi dah cuti.

Sebab aku kerja kat sini lah aku kenal agensi2 under MITI and siapa tu Dato' Sri Mustapa Mohamed. Nampak sangat yang aku ni tak alert kan. Padahal study business. Kalau interview kerja boleh jadi sebab untuk fail. Bukan interview kerja je, kalau masuk dalam exam macam mana kan? Tiba2 soalan general macam ni keluar? Nampak sangat memang salah diri sendiri, bukan salah Tok Pa yang tak introduce diri. Sila admit.

3 bulan kontrak, rasa sangat sekejap bila aku sendiri dah start counting bila nak last day. Lagi2 nak dekat raya ni kan. Tapi kan, siapa yang akan rasa rugi kalau kerja 3 bulan tapi sempat merasa pergi konvensyen, merasa sertai kontinjen company untuk sukan antara agensi, merasa tengok Dato’ Mukhriz depan2, merasa dengar bapak Mizz Nina menyanyi dengan band singing shop nya time dinner, merasa pergi majlis berbuka puasa and merasa jugak join kelas mengaji yang di sponsor oleh mak Eda. Baik betul kau, siap pergi mengaji lagi kan. Dan akan datang, tentulah majlis sambutan hari raya kan. Memang tak rugi 3 bulan aku.

Mungkin kalau tempat lain, 3 bulan tu aku masih lagi terkulat-kulat kemaluan, control ayu kan. Tapi kat sini, sebab environment kerja unit kewangan sangat lah happening, jadinya terkeluarlah jugak perangai tak tahu malu tu.

And in advance hari tu, 21 Julai, mereka2 yang sporting ni dah siap2 buat majlis makan2 juga sempena aku nak pencen. Unit aku je lah kan. Buat awal, sebab bulan 8 dah start puasa. Malu lah jugak kan sebab baru sebulan lebih kerja.

And again, perkara biasa yang terjadi bila macam2 nama yang keluar untuk aku. Shiha lah, Syairah lah, Hawa lah, Santa lah, Li Puyu lah. Boleh jadi sindrom aku. Yang lagi best bila dapat emel ada Puan kat depan nama aku. Fine! Sebab memang bukan kerja aku lah kan nak kenalkan diri kat satu opis ni cakap yang aku masih Cik lagi kan. Puan pon boleh.  Soon. InsyaAllah. Hahaha.

Eh eh. Dah pukul 5 dah. Oke. Bye!



Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432H


Dah lima hari berlalu. Baru hari ni macam teruja nak tulis pasal ramadhan saya kali ini. Pengalaman baru menjalani ibadah puasa sambil bekerja.

Ser0onok!
Mungkin sebab berada dalam kalangan mereka2. Kalau di tempat lain, tak tahu lah. Sebab akak2, abang2, encik2, puan2 & cik di tempat saya bekerja sangat sempoi! Dorang punya gelagat kadang2 mengalahkan budak kecik berpuasa. Hari pertama berpuasa masing2 dah cerita pasal juadah puasa. Pagi2 hari lagi. Memang menguji tahap keimanan saya.

Tiba-tiba terindu lembah bujang! Jalani ibadah puasa bersama rakan2. Independent.

Dan hari kelima, hari ini,dengan semangat kejiranan dan kemasyarakatan, unit kitorang dah siap deco ofis ni. Lampu liplap2. Ketupat & keputat. Juga kad2 raya company  bergantungan. Kuih raya jangan ditanya. Sebab belum puasa hari tu pon dah bermacam-macam sample yang di bawa masuk.
Genap 50 hari aku bekerja, hampir 2 bulan lebih, rasa selesa berada dalam kalangan mereka. Walaupun sampai saat ini aku macam masih malu2 kucing lagi. Control keayuan konon. Tapi itulah aku, bila sifat pemalu tu meluap-luap. Penat dah aku buang jauh. Hehehe (^-^)

Oke, bye. Nak bersiap. Sebab ada majlis berbuka kat opis. Selamat berbuka.
Selamat berpuasa juga.