Friday, January 27, 2012

Awak, jom kahwin.



-Siapalah kita untuk menilai hati manusia. Kan hati itu misteri, rahsia yang hanya Penciptanya mengetahui :)- (FL)




Siapa tak kenal kan Ustaz yang tengah Famous Amos ni. Walaupun kadang2 pekat giler loghat kelantan dia, tapi sedaya upaya aku nak pahamkan. Ilmu kan ada di mana2. 



Wednesday, January 25, 2012

Tolong.


Siapa yang suka kalau diarah-arah kan?
Aku paling tak suka dengan orang yang suka sangat mengarah ni. Nampak macam diktaktor. Lagi-lagi bila arahan yang diberikan tanpa mengunakan penyampaian yang betul.

Tak salah nak mengarah. Mengarah ni pon salah satu bidang kuasa leader. Tapi leader yang bagus akan beri arahan yang impak nya bila orang bawahan buat, tidak akan rasa seperti terpaksa. Buat dengan rela hati. Jadinya isu bossy2 ni tak akan wujud.


Plihan 1 : Meon, kau mesej Joyah suruh datang sekarang.

Pilihan 2 : Meon, tolong mesejkan Joyah minta datang sekarang boleh?

Aku prefer pilihan kedua. Walaupun ayat yang lebih panjang, tapi lebih sedap di dengar. Jangan lah nak lokek sangat kan tambah dua tiga patah perkataan dalam penggunaan ayat tu. Tak rugi ape pun.

So far, kalau di beri tugasan yang perlu aku lead, aku akan cuba untuk elak kan bagi banyak sangat arahan. Sebab aku sendiri tak suka di arah, apatah lagi bila aku yang mengarah. Mesti orang meluat je nanti. Lagi2 perempuan kan. Kalau sampai dah di cop Lady Boss, memang selalu orang akan tak suka.


Reban



Pencuri ada di mana-mana. Begitu juga dalam reban yang modern. Yang dilengkapi sistem pengawalan keselematan oleh konon nya pengawai keselematan yang berdedikasi.


Apa lagi yang diharapkan bila kasut hilang. Bukan 1 tapi 6. 6 pasang ye. Dan kasut pujaan hati yang baru dipakai 2 kali walaupun hampir 2 tahun memilikinya. Duit aku memang banyak sangat nak beli kasut untuk bagi orang curi. Orang ke binatang eh? Marah ni!


Tapi aku hairan kenapa kasut je yang hilang? Ada hantu kasut eh kat reban ni? Ke aku salah letak? Mustahil.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Saya tak pernah kecewa dengan keputusan yang awak buat.

Tittle kali ini kelihatan pasrah je kan. Memang aku pasrah. Pasrah dengan ketentuan Ilahi. Bila itu yang telah ditetapkan, terima. Jangan dipersoalkan.

Hehe ;)


Credit : MoM

(video sweet)

Tahu tak yang korang sangat cute. Yang Ally walaupun muka bekas jerawat bagai, maintain cute dari dulu lagi. Aku 24 jam dok sengih je tengok gambar2 korang. Adore! 


Yang ni saje menggedik nak ambil mood Masjid Kristal kan.

Dan..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Semoga masjid yang dibina sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah swt.


Monday, January 23, 2012

Both


Ini dia.
Budak yang dah besar tu. Haha

Yesterday he is getting engaged with his beloved Kechik. Ini menunjukkan, kawan aku yang seorang ni dah besar dah pon. Dah akil baligh. Hahaha. Besar lah sangat. Padahal dari sejak aku kenal dia, memang dia besar dari aku.

Aku tak pernah berkawan rapat dengan manusia yang berlainan jantina sama macam aku berkawan dengan dia. Dan kebanyakkan masa remaja aku dulu, mesti dia pon ada. Jadinya akan ada situasi bila kawan aku akan jadi kawan dia juga. Sebab dia tukang sibuk terhebat. Tapi kawan dia akan tetap kawan dia. Sebab aku tak cukup hebat untuk jadi penyibuk macam dia. Baiknya aku.

Keakraban kami...ayat skema sikit. Keakraban kami, sampai ada yang ingat ktorang ni berkawan bukan atas dasar berkawan je. Lebih dari tu kononnya. Macam cerita novel pulak kan. Kawan rapat nak pendam rasa dalam diam bagai kan. Geli kau tau. Sila muntah sekarang.
Tapi kami tetap kami. Buat xpaham apa orang cakap sebab tahu hati budi sendiri.
Dan aku tak terkejut bila ada kawan-kawan yang lain terkejut bila tau dia nak bertunang dah. Bertambah terkejut sebab bukan dengan aku. Kau gilerrrrrrrr ke hape? No no no. Mane mungkin aku. Tanggapan orang susah betul nak diubah. Gelak sendiri dalam hati.

So, should i feel happy or sad bila dia bagitahu yang dia akan bertunang?

Both i think. Tapi mestilah happy lagi banyak sebab aku tahu yang dia dah cukup dewasa untuk semua ini. Dan yang sodihnye lepas ni aku xboleh dah nak berjimba huhahuha dengan dia. Tak elok and tak manis je nanti. 

Sebelum menutup tirai entry kali ini, akhir kata dari aku untuk kau si kicap manis ;)
Selamat Berkhatan kawan.
Eh tak. Selamat Bertunang!

Thursday, January 19, 2012

One Million Money Drop #1

Question 1

Apakah yang perlu dilakukan bila jerawat naik dengan bahagia nya?

(A) Tepek muka dengan Oxy ke colgate? Haha

(B) Tonyoh dengan kertas pasir

(C) Buat treatment dengan segera seperti mak datin mak datin

(D) Amalkan berwudhuk sentiasa (sejuk hati mak mak bila dengar)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Balance of Power

A unipolar system has a single centre of power around which other states revolve. This is also called hegemony (instead of hemogeny..haha) where the predominance of a single state tend to reduce the incident of war.

But some said single is freedom.
Unipolar = Single = One.
Left one more baby. Good Luck you all!

Sunday, January 15, 2012

The Ordinary.

Why do you expect more? What for? Explore and discover. The more you know the more you hate the more you are going far away from me. Believe me, you will never understand me completely. The Drama Queen in me, the complexity i created make you annoyed, pissed off and change your mind to the other treasure. The one that more valuable. Prove it to me if i'm wrong.




I can see the freedom but the ordinary me intentionally drop out the key. Layman said two are better than one. Two more papers to go. 


Friday, January 13, 2012

Early Bird



Roti Canai, Tea, Kasturi Cafe, 8.30am..


Its not a healthy diet for my breakfast (orang melayu tapi budget omputeh konon) but at least, i add another different colour in my memory which is a healthy thing to be remembered.


..Done with my third paper yesterday. 1.2.3..Three more to go!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, January 11, 2012

Hubungkait.



Harbeler?

Adam Smith?

Heckscher and Ohlin?

Wassily Leontief?

David Ricardo?


Wow! Hottt nye kau. In relationship semua dengan abang2 salleh je kan.


Seorang pon tak ada kaitan dengan aku.


Memang tak ada kaitan langsung dengan salah satu nama diatas. Tetapi mereka memberikan kesan yang amat mendalam. Dalaaaamm saangaaaatt.


Tapi yang seorang ni mungkin ada kaitan dengan aku.

David..bukan David Arumugam (sampaikanlah salam...) tapi David Beckham. Haha.


Eh. Perasan tak? Perasan tak? Lately, rajin benau aku merapu dekat blog kan. Nampak sangat tak bersosial. Tak Amerika langsung.


Oke. Tak lah. Sebenarnya aku sangat kecewa dengan Abang Zuckerberg. "Saya kecewa dengan abang!" Kita clash dulu ye. Maybe nak bertweet tweet lah pulak ;)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 10, 2012

Meet Angelina's New Family Members

Saya tak tahu pon yang Angelina and Jimmy have been together. I mean "together". Walaupun mereka tinggal bersama, tapi mereka seperti membawa haluan masing2. Angelina ke kiri, Jimmy pula ke kanan. Bila Angelina tido, Jimmy aktif bermain roda. Bila Jimmy sedang enak menikmati juadah, Angelina pula pura-pura menyibukkan diri. Sangat tidak sehaluan. Yang sehaluan hanya bila mereka berpadu suara. Walaupun tak seirama.
  
Couple days ago, when my mum told me about that, saya macam..surprised!!! Bila masa mereka bersama. Planning untuk tambah ahli keluarga lagi tu. Sudah bersedia kah mereka? Tempat tinggal, makan minum? Hahaha.



Angelina and Jimmy sebenarnya si hamster pujaan. Bukan milik saya, tapi adik yang punya. Macam ulat je tengok anak-anak mereka ni. Kecik and togel. 

Bila adik dah masuk asrama, jadinya Angelina and family pon terpaksa juga pindah. Sebab tak ada siape yang nak jaga. Sob. sob. Tapi tak sedih pon sebab saya suka tengok je, tak suka jaga. Apatah lagi nak bagi makan dan minum. Ada jugak yang mati kerana kebuluran. Hahaha.

So sekarang, Angelina dan family berada di bawah jagaan tuan yang baru untuk sementara waktu.
Semoga Angelina dan family happy di tempat baru ;)

Sesal dahulu pendapatan..

Sesal aku sekarang, emosi terganggu. 99% aku punye emosi tadi sangat terganggu after my second paper. Down down down. Time paper jangan ditanya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Walaupun tadi aku xjatuh apatah lagi ditimpa tangga.


Kau boleh ra.


Eh, rilek la.


Ala, oke punye.


Terima kasih untuk ayat2 sedapkan hati. Betul aku hargai. Paper tadi bukan lah killer paper pon bagi aku. Aku yakin aku mampu untuk score kalau diputarkan semula masa. Kalau aku Doraemon. Kalau semua tu berlaku. Tapi masa mustahil untuk diputar oleh manusia.



Tapi cuba bagitahu aku, macam mane aku nak survive dengan carry mark yang memang membuatkan aku cemas. Lemas. Terkapai-kapai dah aku ni.


26/50 habaq hang!


Untuk aku dapatkan A, aku kene score full mark untuk final.


Mustahil.


Time management & "kalau". Ini masalah utama aku.


"Tu lah, aku da ingatkan jangan active sangat. Fokus kat study dulu. Kau banyak sangat men ni ten."   bila rakan yang concern tau aku fail test 1. Aku ingat.


Tak, lecturer langsung tak salah. Kawan2 pun xsalah. Salah aku sendiri yang tak sedar masalah sendiri.


Lumrah manusia yang selalu pentingkan dunia. Bila dah macam ni baru nak merayu mencari Maha Pencipta. Baru nak mengadap tunduk minta diberi kekuatan. Bak kate nord,


"kita ada agama ra."


Tiada guna kalau ada agama, tapi dunia saja yang dikejar. Sekarang aku kejar DL. Nampak tak tahap keduniaan aku? Tapi aku macam tak mampu nak lari laju dalam masa yang singkat. Aku tak sehebat Watson Nyambek atau pon Asafa Powell.


Hey, 4 more to go...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 8, 2012

Kosong dan Bercelaru

 
(Sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya...)

Sedangkan aku bukan sesempurna Nabi. Jauh perbezaan manusia jahil ini dengan kekasih Allah. Tapi aku masih cuba memaafkan dan melupakan. Walaupun perit. Cuma nya lambat bagi aku untuk pulih dari terasa hati. Nampak sangat syaitan menguasai diri.

Lumrah manusia. Banyak yang di pelajari, banyak benda yang diketahui, tapi belum tentu banyak yang dapat di applikasi. Pending bila input banyak sangat, sedangkan output yang keluar belum tentu berkualiti.

Aku tahu sifat marah itu dari syaitan.
Aku tahu memaafkan adalah perkara yang terpuji di sisi Allah.
Aku tahu membuat orang terasa hati itu berdosa.
Aku tahu bila kita yang terasa hati sebenarnya kita lagi berdosa.

Ada juga perkara yang aku tahu walaupun aku masih jahil.

Aku tahu ego aku kadang kala terlalu tinggi.
Berdosa ntuk mendongak ke langit terlalu tinggi sedangkan darjat aku serendah kerak bumi. Mungkin terlau bawah lagi.
Aku tahu itu bukan petanda yang baik bagi aku. Buruk akibatnya.
But trust me, im trying my hard to change, tapi bukan dengan cara yang terlalu di paksa sampai aku membenci. And resulting with no change. Its not a good sign indeed.

Dipaksa, dipujuk atau dengan rela hati.
Factors..

Saturday, January 7, 2012

After all.

Dangerous and Sweet

It's difficult to see from the surface
But everything goes in
And it stings like a spider
Hits you deep inside and


I know that you are just like me oversensitive
We're an ordinary breed
Taking everything for much more than it means
Well, it's dangerous and it's sweet
Cut us and we bleed


All these words we speak casually
Well, maybe I'm just weak, but it hurts me
Everything you said, everything you said
Everything you said, well it cuts like a knife
It hurts me deep inside


Lenka

Wednesday, January 4, 2012

Ethnic



Done with my first paper..5 more..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 3, 2012

Listed in the Waiting List


Beberapa bulan yang lepas bila zaty bagi tau yang dia akan bertunang, aku memang teruja. Sambil buat muka teruja yang sangat teruja. Time feeza bertunang pon aku teruja. Apatah lagi bila tahu Anis dah kahwin.(Paris & Tim paham sangat muka teruja aku macam mane) So keterujaan aku ni berterusan bila time majlis tunang dia hari tu dia bagitahu insyaAllah next step dalam bulan 12 nanti.


Kalau ikut kan dalam list rakan2, ramai je yang dah bertunang. Dan berumah tangga pon ramai. Yang bercahaya mata pon dah ada. But this one special sikit. Because both, zaty and tunang dia kawan sekolah rendah aku. Dan yang menariknya, diorang ni berjiran. Jiran sebelah rumah oke! Bayangkan.


Imbas balik masa zaman sekolah dulu, yang si tunang dia selalu sangat cari gaduh dengan aku. Macam tak sah lah sehari kat sekolah kalau dia tak panggil aku dengan nama ayah. Sir name lah konon. Yang zaty pulak selalu kene buli dengan aku. Paling gangster bila sampai satu tahap, masa tu baru darjah satu, aku kene panggil dengan cikgu kelas pasal kes buli ni. Pasal pembaris yang dalam dia ada air and glitters2 tu je pon. Betapa hati batu nyer aku nak buli orang padahal parent zaty dan parent aku rapat. Ketua mafia betul. Haha. But kitorang maintain berkawan sampai sekarang. Tu semua zaman hingusan je tu. Mane fikir ape.


Dan 1 Januari yang lepas, sempena tahun baru, zaty officially dah jadi tunang orang. Kira dah kena booked. Orang lain tak boleh usik lah kan. Haram hukumnya. Peringatan ye.






Sambil buat muka serius, aku tumpang gembira. Doakan hubungan korang akan berkekalan hingga ke fasa fasa seterusnya. Amin.


So, when is my turn? When when when. Soalan ni dok berulang banyak kali masa majlis hari tu. Kalau aku ni yang jenis 24/7 dengan pujaan hati je, tak apelah jugak nak tanye soalan macam tu. Senyum sambil tayang gigi je. Jawapan untuk nampak ayu. Haha.


Merujuk kepada salasilah keluarga, salasilah lah kan..hehe..Aku kene dahulu kan kakak2 dulu. Kalau dah adik beradik macam tangga susunan nya, so aku yang bawah2 sikit ni kene lepaskan dulu kakak2. Tak nak langkah bendol. Nanti xde lah nampak macam gelojoh benor aku nak potong Q. Biar sopan sikit.


Tapi ini bukan masalah gelojoh ke apa, masalah sedia atau tidak sebenarnya. Fizikal dan mental. Study pon tak habis lagi. Masih terkontang kanting untuk berdikari. Belum sempat lagi nak balas jasa mak ayah. Dan ketika saat ni pon, im still trying to ignore love matters ni. Padahal jiwa remaja ni dok menggatal jugak. Mahu mahu mahu. Gatal teruk lah kan. Jadinya, aku termasuk dalam waiting list dulu. Sila tunggu giliran anda, harap bersabar. (T_T)


Honestly aku takut. Sambil gigit jari. Haha. Takut tak termampu. Sangat berat rasanya nak pikul lagi satu tanggungjawab. Berat. Amanah sebenarnya. Jodoh pertemuan ketentuan Illahi. Itu yang pasti. Cepat atau lambat. Aku yakin akan sampai masanya bila aku cukup bersedia dari segala segi. InsyaAllah.


Are you ready?


Oke. Aku belum ready sebab esok first paper final exam. Walaupon satu-satunya subjek dalam bahasa melayu, still fail la nak karang ayat bunga-bunga cinta ni.


Untuk kawan-kawan juga, GOOD LUCK!
Semoga dipermudahkan urusan.
Lancar dalam memahami dan menjawab soalan.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Mohon sama2 doakan juga ;)



Sunday, January 1, 2012

Hello 2012




(sindrom syok sendiri) You are the one who make me feel like that. Sekarang tunding jari kt orang lain.

.....Lets cheers for the new year, 



more colours perhaps..