Monday, January 23, 2012

Both


Ini dia.
Budak yang dah besar tu. Haha

Yesterday he is getting engaged with his beloved Kechik. Ini menunjukkan, kawan aku yang seorang ni dah besar dah pon. Dah akil baligh. Hahaha. Besar lah sangat. Padahal dari sejak aku kenal dia, memang dia besar dari aku.

Aku tak pernah berkawan rapat dengan manusia yang berlainan jantina sama macam aku berkawan dengan dia. Dan kebanyakkan masa remaja aku dulu, mesti dia pon ada. Jadinya akan ada situasi bila kawan aku akan jadi kawan dia juga. Sebab dia tukang sibuk terhebat. Tapi kawan dia akan tetap kawan dia. Sebab aku tak cukup hebat untuk jadi penyibuk macam dia. Baiknya aku.

Keakraban kami...ayat skema sikit. Keakraban kami, sampai ada yang ingat ktorang ni berkawan bukan atas dasar berkawan je. Lebih dari tu kononnya. Macam cerita novel pulak kan. Kawan rapat nak pendam rasa dalam diam bagai kan. Geli kau tau. Sila muntah sekarang.
Tapi kami tetap kami. Buat xpaham apa orang cakap sebab tahu hati budi sendiri.
Dan aku tak terkejut bila ada kawan-kawan yang lain terkejut bila tau dia nak bertunang dah. Bertambah terkejut sebab bukan dengan aku. Kau gilerrrrrrrr ke hape? No no no. Mane mungkin aku. Tanggapan orang susah betul nak diubah. Gelak sendiri dalam hati.

So, should i feel happy or sad bila dia bagitahu yang dia akan bertunang?

Both i think. Tapi mestilah happy lagi banyak sebab aku tahu yang dia dah cukup dewasa untuk semua ini. Dan yang sodihnye lepas ni aku xboleh dah nak berjimba huhahuha dengan dia. Tak elok and tak manis je nanti. 

Sebelum menutup tirai entry kali ini, akhir kata dari aku untuk kau si kicap manis ;)
Selamat Berkhatan kawan.
Eh tak. Selamat Bertunang!

No comments:

Post a Comment