Sunday, December 8, 2013

Lost and Found.


Dah 4 hari. Macam best pula dalam keadaan begini. Rasa aman, lari dari dunia. Haha. Dunia lah sangat. 
Realiti, macam menyusahkan or menyulitkan keadaan. 
Should i? Tapi tak apa. Sabar dulu. Perlahan perlahan. 


Ini cerita semasa. - Lately, dekat ofis, sana sini, laman sosial, ramai dok ulas pasal kenaikan itu ini. Letrik lah, barang barang lah, cukai pintu lah, harga rumah and etc. Mula lah joyah-joyah kepoh yang sebelum ni tahu gosip pasal retis, terus tukar jadi economist. Aku antara joyah tu kadang kadang, economist belum lagi. Fail! And lagi advance bila ada yang cuba untuk jadi politician and fikir, next PRU, mungkin patut beri peluang kepada pihak yang satu lagi. Well. Tangan aku terus laju tekan keyboard. 


Apa yang kau pilih, itu lah yang kau dapat.


Aku ambil tahu juga, walaupun aku tak terkesan sangat. Maklumlah tak ada commitment lagi, tapinye aku mula risau untuk masa depan aku. Apa aku ada? Apa aku dapat? Kerja, kerja and kerja. Further maybe? 


?
?
?



Emmmm...
Lapaaaarrrr lagi. Jom ke dapur. Esok pagi kita try jogging! 
Boleh macam tu? 


Sunday, December 1, 2013

Long way to go

"have you married?"

"thats why im worrying"

"who wants to marry you if you are like this? "

you just made me realize about that sir. it is long long long way to go...

pity me :(

Published with Blogger-droid v2.0.6

am afraid too


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 21, 2013


Penyebab malas untuk datang kerja, bila Kibun MC and si Debooott pagi pagi lagi dekat rumah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, November 18, 2013

Bodoh

Jangan cakap dengan aku. Aku benci lah nak bergaduh bagai ni. Benci untuk membenci. Wah, ayat kau. Haha.

Seriously, aku benci. Marah dengan diri sendiri. Apa yang aku mampu buat? Aku marah diri sendiri, but at the end, bila aku penat, and kemarahan tu tak meredakan apa-apa, aku menangis. Tu je kot yang mampu cool down the situation. Letih. Tapi dari aku meroyan kat orang, maki hamun macam orang gila, memang lagi penat kot. And for sure, tak ayu langsung. 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 5, 2013


Fall in love...

Jika ini cinta yang Allah anugerahkan. Alhamdulillah. 

Salam Maal Hijrah 1435

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 24, 2013

My Emak, My Masterchef


Oke, semalam, lepas balik kerja, memang dalam otak ni macam2 benda dah plan nak buat. Tapi, last2 sampai rumah, masuk bilik, terus pengsan. Pukul 12 lebih baru tersedar, dengan tak mandi lagi, baju pun tak salin. Oh my! Penat macam kerja angkat bata kan kau.

Semenjak bekerja ni, plus aku duduk rumah, so advantage untuk aku sebab mak selalu akan masak. Melainkan bila mak busy ke pasar tani or settlekan order sardin roll.

Dan aku ni dah terbiasa, even kenyang dah makan kat ofis or makan kat luar, balik rumah mesti nak makan jugak masakan mak. Walaupun hari tu mak goreng ikan je ke kan. Sebab aku macam ketagih. Addicted to emak's cooking. Dan habit ini tidak berapa elok untuk kesihatan bila aku melantak tengah malam. Bukan malam oke. Tengah malam. Macam aku cerita tadi. Bila balik kerja, sampai rumah terus pengsan. Kalau pengsan sampai pagi tak ape. Tapi bila tersedar, even pukul 2 pagi sekalipun, kaki aku ni rajin benar ke dapur, cedok nasi, lauk, duduk ngadap tv, dan menikmati my late nite supper. Gila kau supper dah macam lunch kan. Tunggu sikit hari lagi, kalau nafsu ini berlarutan, agak2 mampu tak lagi aku pakai baju size s.

Semua orang akan puji mak sendiri punye masakan. Sebab kita dah terbiasa dibesarkan dengan masakan ibu sendiri dari kecil kan. Tapi aku memang tabik springgggg dekat emak, sebab sesimple2 masakan emak pun, orang still akan puji. Mak masak sardin je pun, pak cik aku puji sedap, even officemate aku pun request untuk bawak ke office. The best thing ever, sambal kicap emak. Kakak office siap tapau sambal kicap time datang raya rumah hari tu. Malu tolak tepi dah.

Aku pulak dari sehari ke sehari konon nak belajar memasak dari emak. Rugi kan kalau tak serap ilmu dari emak. Tapi... Dah kau kalau sampai rumah pun lewat, tinggal cuci tangan je untuk makan. Weekends pulak mak selalu busy. Kalau tak ke pasar, mesti pergi kenduri. Alasan je semua ni kan. Kalau nak tu seribu daya. Boleh je adjust masa, mesti ada free time nye.

Mak pulak rajin melayan kerenah pemalas aku ni. Dalam dia berleter tu, still dia buatkan jugak. Dan setiap kali aku ada potluck dekat office, emak lah masterchefnya. Ada satu hari tu, aku determined giler nak masak sendiri. Buat kuah kacang je pun. Sebab mak dah cakap awal2 yang dia memang tak boleh tolong cause busy nak siapkan order. Balik kerja, dah beli barang siap2. Konon nak buat malam tu jugak, bila dah pengsan, tup tup bangun esok nye, terus cakap dalam hati tak pe lah, nampaik gayanye beli makanan siap je lah. By the time aku bersiap2 nak pergi kerja, aku tak bajet pun, yang mak boleh siapkan kuah kacang tu untuk aku. Dalam waktu yang singkat. Dah le aku terlupe beli udang kering yang kecik2 tu. Mak memang pakar dalam altering the food. Tak cukup bahan pun still boleh siapkan.
Terus terharu giler.
Lagi terharu, bila kawan2 office semua puji kuah kacang mak terbaik. Sebab dorang tahu, kalau aku bawak makanan sedap2 ni, bukan aku yang masak. Hehe.

Soon, aku akan cuba jadi macam mak. Masterchef di rumah!
InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 9, 2013

My medicine.

Aku dekat bilik. Dan emak, didepan tengok tv sesorang. I spontaneously laugh, just to hear her laugh. Aku tak tahu pun pe benda yang mak gelak kan. Jep, kau punyer penangan. Perrggghhhhh! May God bless you always mak. I wanna hear your laugh always. Just to hear your laugh. And, I do wanna hear your laugh too. If only I can turn back to my old time memories.

Tuesday, October 8, 2013


Aku decide untuk lari, lari dari janji yang dibuat. Tapi mungkin lari aku tak sejauh mereka-mereka. Sebab aku mahu lari dari kau yang berjanji. Janji yang sekadar alas untuk pelengkap ayat. Muak dah. Bukan aku yang berjanji. Tapi kau.

Janji manusia, aku pun manusia.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, September 28, 2013

Janji

Janji manusia. Aku mula terbiasa. Sampai lali bila ada yang mula berjanji. Terlalu berjanji.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, September 21, 2013


Alhamdulillah, safely landed. Alone, in a very different place, far away from my comfort zone.


Konon je alone, padahal jap lagi jumpa kakak.

Lets start!
Bismillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, September 14, 2013


that moment. that night. you, in your white shirt and i with my dark blue cardi. i walk towards you. you, do the same thing, with your friend.

pause.

fall in love just to saw you in your white shirt.  that time.
tapi kau sombong giler time tu. puiiii !

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 11, 2013


tik tok tik tok
im still counting
im afraid but i cnt wait

Allahuakbar...



Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 16, 2013


Dua dua, dua kali lima.
Konon buat macam tak tahu apa apa. Sorang cerita lain, sorang lagi cerita lain. Habis aku ni apa? Terasa diri ni di perBODOH. Nasib lah aku ni pandai belajar sampai U. Harharhar...
Manusia memang banyak yang hipokrit. Me too sometime.

Sabar. Tahankan aje dulu.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 21, 2013


Apa makna,bila disuruh beli daun sup, tapi dibelinya daun ketumbar?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan #1

Aku tahu tarikh lahir aku.
Tapi aku tak pernah tahu tarikh mati aku.

Yang pasti tahu adalah mati.

Rindu dia. Dunia semata.
Rindu DIA. Akhirat sana.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 7, 2013


Mulut lepas laju sebelum berfikir.
Fikir dahulu, itu yang sepatutnya.
Menyesal lah kau sekarang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, June 24, 2013

Gebu!


Syahir kenapa tak pergi sekolah?

Cikgu kata cuti, sebab gebu.



........gebuuu???

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, May 25, 2013

i saw you with your girlfriend.
i keep on smiling.

i read most of the thing that you wrote.
i tried hard to keep on smiling.

i heard the good thing bout you that came out from other people's mouth.
i tried much harder to keep on smiling.










fake.
smile.
(:

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, March 20, 2013

Kosong.

Macam lagu Najwa Latif tu.
Kosong...
Tapi aku takut kalau aku lupa. Lupa bila kali terakhir. Salam, cium, dan sentiasa rasa itu ada. Jangan terus terus kosong sebab kalau pun ego aku melangit tingginya, aku masih perlu dia.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, February 22, 2013

CNY!


For the 1st time ever, got 'angpau'. Thank you double C! Next year bagi lagi ;)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, February 4, 2013


Benda ni yang aku benci, tapi benda ni juga yang aku jumpa.
Bodoh!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, February 2, 2013

Memories


Around 7.30 macam tu, Tim call. Ajak lepak dengan kawan2 lain dalam pukul 9.30. And aku terus kate oke. Walaupun time tu aku masih belum selesaikan misi therapy aku. Kalau ikotkan hati yang lebih selesa meneruskan agenda sendiri, aku macam malas nak join mereka.Tapi, mulut aku laju kate oke. Tim siap sms, hope aku pun join. Terus jadi macam Running Man, cari anda capai apa yang berkenan, cuba ala kadar and terus bayar. Walaupun macam Running Man, banyak jugak yang aku sebat.

Aku sampai nak dekat pukul 10, gara2 mencari kepala putih yang mak pesan.

Beria lah si Tim ajak jumpa, rupanya dia nak bagi kad jemputan. And dia siap tunggu aku sampai dulu, baru dia keluarkan kad tunjuk kat yang lain. TerHARU lah ssssaannggaaatt kan. Huhu.

Dan kami  berjumpa tak sampai sejam pun, tapi umpama bertahun lamanya. Just because tempat kami berjumpa tu. Tempat tu juga pernah ajar aku erti dunia.

Nostalgia betul.
Geng! Terima kasih untuk semua memori.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, January 27, 2013

Takdir


Sepanjang berbulan ni, jalan yang sama aku lalui. Dan sepanjang itu jugak lah, dua kali mata kepala aku tengok sendiri kejadian itu. Sambil berlalu, aku harap Kibun akan baik, sebaik tuan nya. Baik.
Esok atau lusa, memang aku tak tau apa jalan hidup aku.

Published with Blogger-droid v2.0.6