Monday, October 22, 2012

Early Bird.


Pagi-pagi masuk office, terus ada orang belanja breakfast. Wah. Rezeki. Tapi adakah ini satu kerugian atau dugaan?
Sebab tiba-tiba hari ini rajin puasa. Puasa ganti sebenarnya.

Yang belanja 'abang katek' pulak tu.

Tak apa. Tahan. Mana tau malam ni ada yang nak belanja dinner ke kan?
Kan.
Haha :D

Sunday, October 21, 2012

Bola.


Petang tadi kak long call sebab abang is ajak tengok bola. Bukan tengok kat stadium pun, ajak lepak kedai je. Ajak pulak lepak kat kedai owner dia orang kelantan kan. Haha. Macam salah tempat je aku rasa.
Tapinya last-last end up tengok kat rumah je. Aku, abang cik and abang is. Abang pulak macam chipsmore, kejap minat tengok kejap tak. Kak long dah masuk bilik awal-awal lagi, pening, tak larat nak tengok dah. Haha.

Aku bukanlah perempuan yang jenis gila bola sangat, hafal semua nama player, follow setiap game dorang, and sampai nak beratur pergi stadium beli tiket bagai. Maybe aku minat sport. Badminton pon aku layan, hoki, bola jaring, renang, cycling and even cup prix pun aku tengok. Walaupun tengok dekat tv. Aku tak tau dari mana aku dapat minat yang satu ni. Zaman sekolah pun tak ada lah hebat mana dalam bidang sukan. Paling jauh pernah pergi sampai peringkat daerah je.

Dan hari ini aku sedar yang aku ada ahli baru untuk kepoh-kepoh jerit-jerit tengok bola.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 17, 2012

Judging time.



First time aku kenal mamat ni masa sama-sama training dengan kawan-kawan internship yang lain dekat TPM. Kalau ikot kan first impression aku, dia oke je lah. Kira, at least, kena transfer ke PJ, tak adalah aku tercengang sesorang, ada lah jugak hamba Allah yang aku kenal. Walaupun tak berapa kenal lagi.

Bila dah lama-lama kenal, macam tak berapa nak kimia lah dengan dia. Kalau ikotkan perangai aku yang agak gengster ni, selalunya boleh masuk dengan dak lelaki. Tapinya, mamat yang satu ni, aku tak tahu apa yang aku tak suka kat dia. Bila bercakap ngan aku, macam setiap ayat tu ada je macam aku rasa tak boleh nak terima. Sampai kan kalau boleh nak elak je dari jumpa dia. Dah satu department, satu office, satu batch trainee, tak kan aku nak menyombong pulak kan. Plus, dia yang suka sangat datang tempat aku bila dah tak da kerja. Rimas jugak kadang-kadang.

Yang menarik pasal mamat ni, dia salah seorang ahli kumpulan nasyid. Siap ada album and dorang bawah naungan Arteffects Production, Hafiz Hamidun punya company. Kalau siapa rajin dengan ikim.fm, kenal lah kot. Sebab group dia pernah jadi juara carta ikim untuk beberapa kali jugak lah. Mamat ni pun selalu ajak aku pergi tengok bila dia ada show. Tapi sampai hari ini aku tak pernah lagi pergi tengok. Eh, dah rasa macam berkawan dengan artis lah. Haha.

Aku terdedah dengan lagu-lagu nasyid sejak dari kecil lagi, Kalau naik kereta, mesti pasang lagu nasyid. Kumpulan Raihan menjadi pilihan. Dulu CD tak berapa nak wujud lagi ye, so koleksi kaset kumpulan –kumpulan nasyid memang banyak giler. Bersepah-sepah kat dalam kereta ayah. Bila dah meningkat remaja, kakak-kakak aku masing-masing duduk asrama, jadinya kalau budak asrama tak berapa kenal kumpulan nasyid ni macam dikira outdated lah jugak. Lagi-lagi budak-budak SMKA kan. So, kakak-kakak aku yang influence aku untuk mengenali artis-artis nasyid yang time tu tumbuh bagaikan cendawan. Pepatah siap. Hahaha. Name it, Rabbani, Hijjaz, Brothers, UNIC, In-Team, Mestica, Fareast, Saujana, Ammar, Akhbar,Mirwana, Firdaus .......

Dan time tu imej kumpulan nasyid akan menjadi idola sebab selalunya background setiap ahli tu mesti gempak2. Dengan masing-masing muka market, belajar dekat u sana, u sini, baru balik dari oversea lah, course yang diambil pun gempak2, so macam WOW terus pasang kaset dengar lagu nasyid hari-hari buat sumber inspirasi nak study.

So, aku pun bajet bila kenal dengan mamat ni plus dia ahli kumpulan nasyid, boleh lah dijadikan contoh. Lagi-lagi bila aku tau dia bekas student maahad. Macam dah nampak aura untuk dijadikan idola. Tapi...

Tapi itu semua luaran kan. Itu yang selalu dengar pepatah ‘dont judge a book by its cover’. So aku pun terus terfikir, eh, jangan judge mamat ni hanya dengan melihat kulit album dia je oke!’ FT pun dah jadi rockers sekarang kan.

Tak semua orang sempurna, tak semua orang mampu tutup kekurangan diri, same lah macam aku.


Alaaaaahaaaaai, tapinya kan, aku still tak boleh nak masuk dengan mamat ni. Tak boleh blah betul.



Tuesday, October 9, 2012

Intern #5


Selalu aku tengok scene bunga-bunga cinta ni dalam drama-drama tv je. Tapi sekarang ni aku tengok depan-depan. Dah nak dekat dua bulan aku kerja kat office ni, empat kali ye florist datang hantar bunga. Fresh flower lagi tu. Bunga pulak bukan yang sekuntum dua, ni yang jambak-jambak terus. Kalau letak atas meja, memang makan space jugak lah.

And for sure bukan untuk aku lah kan. (T_T)

Yang paling jadi bahan, bila dua dari bunga tu dihantar untuk seorang officemate aku ni, tapi nya dia lelaki. LELAKI oke. Hebat betul penangan kau. Satu department tepuk tangan untuk dia. Mana tak kena bahan kan, dalam bouquet bunga tu siap ada teddy bear. Agak-agak yang bagi tu perempuan ke lelaki jugak? Sweeeeeettttt sangat. Hahaha.

Friday, October 5, 2012

Intern #4

Masuk toilet kena bayar adalah perkara biasa. Orang tak pelik dah nak masuk toilet kena bayar even sampai RM2. Konon gold class punya toilet. Memang tak pelik.
Tapi yang satu ni aku pelik.
Since aku berpraktikal under banking sector, information secrecy adalah sangat penting. Mana-mana company pun akan menjaga rahsia sulit masing-masing kan. Tapinya, aku tak tahulah tahap sulit tu sampai nak masuk toilet pun kena guna access card. Terus aku jadi jakun dan batak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 2, 2012

Kebal, keras!


Kejadian ini berlaku pada suatu malam yang indah. Bukan malam pertama.

Lepas aku balik kerja, selalunya mestilah lambatkan bila sampai rumah. Kebetulan hari tu dapat balik awal, tapi tak adalah seawal langit masih cerah. Awal aku selalunya sesudah matahari terbenam. Kira elok je lepas azan maghrib tu, kalau aku dapat balik dalam pukul 7 tak pun 7.30, itu dah kira sangat bertuah. Hari-hari menikmati sunset dari dalam office.

Bila sampai rumah malam tu, aku terus siap-siap untuk ke kelas. Bila dapat balik awal, jadinya niat terus dalam hati konon boleh lah on time sampai kelas.

On the way nak ke Kibun, satu-satu manusia yang berselisih dengan aku pandang aku atas bawah. Maybe bukan kebiasaan diorang untuk lihat aku dalam keadaan begitu. Oke. Bila orang dah pandang-pandang, terus perangai hipokrit aku keluar. Control ayu.

Dalam lift, ada pak cik ni tegur. 'Pergi kerja ke?'
Aku terus pandang keliling lift, kot lah dia tanya orang lain. Tapi tak ada. Confirm dia tanye aku. Aku gelak dalam hati kalau aku pergi kerja dalam keadaan begitu.

Bila dah sampai kat bawah, aku terus pergi kat Kibun. Tak pandang dah kiri kanan. Walaupun aku tahu kat luar pintu lift tu ada lagi manusia yang akan pandang aku atas bawah. Rimas!

Sampai kat Kibun, ada lagi seorang pak cik ni pulak pandang aku pelik. Maybe sebab keadaan aku time tu yang tergesa-gesa kan. Aku buat bodoh, start Kibun and gerak.

Time kat atas Kibun, aku macam blurrr sekejap. Pastu baru mula berfikir-fikir. Aku nak pergi mana ye sebenarnya ni?

Bufffffeeerrringgg... Loaaaadddiiinggg.....

Dah betul dah hari ni hari Isnin. Betul lah tadi aku bercakap dengan Nisa. Dah betul dah tadi aku pakai baju. Kira aku yakin betul dah apa yang aku buat tadi.
Automatically, aku patah balik. Tanpa sebarang signal. Kalau boleh aku macam nak gelak guling-guling dengan Kibun.

Kau tau tak yang kelas kau tu dekat PJ? Kau boleh pulak senang lenang nak ke PJ tapi tak pakai helmet kan?

Nampak tak tahap kekebalan dan kekerasan kepala aku?

Naik balik atas rumah, adik aku pandang pelik, tapi bila aku keluar bawak helmet, satu je perkataan yang keluar dari mulut dia sambil gelak kan aku, SENGAL!

Tapi ini bukan masalah kebal atau keras nya kepala aku, tapi ini macam satu petanda. Yang sebenarnya, keadaan aku agak kritikal. Bila kat tempat kerja kepala dok fikir pasal kerja nak kejar payment bagai kan, balik rumah kepala tak sempat rehat, nak kena sambung fikir untuk project paper, tambah lagi dengan kerja sampingan yang seperti bibik-bibik sepenuh masa. Bila kepala aku dah terlalu penuh dengan input, sampai satu tahap aku rasa kepala aku dah cukup kebal, keras dan berat macam aku dah pakai helmet.
Dan ini bukan kejadian pertama kali.