Tuesday, October 2, 2012

Kebal, keras!


Kejadian ini berlaku pada suatu malam yang indah. Bukan malam pertama.

Lepas aku balik kerja, selalunya mestilah lambatkan bila sampai rumah. Kebetulan hari tu dapat balik awal, tapi tak adalah seawal langit masih cerah. Awal aku selalunya sesudah matahari terbenam. Kira elok je lepas azan maghrib tu, kalau aku dapat balik dalam pukul 7 tak pun 7.30, itu dah kira sangat bertuah. Hari-hari menikmati sunset dari dalam office.

Bila sampai rumah malam tu, aku terus siap-siap untuk ke kelas. Bila dapat balik awal, jadinya niat terus dalam hati konon boleh lah on time sampai kelas.

On the way nak ke Kibun, satu-satu manusia yang berselisih dengan aku pandang aku atas bawah. Maybe bukan kebiasaan diorang untuk lihat aku dalam keadaan begitu. Oke. Bila orang dah pandang-pandang, terus perangai hipokrit aku keluar. Control ayu.

Dalam lift, ada pak cik ni tegur. 'Pergi kerja ke?'
Aku terus pandang keliling lift, kot lah dia tanya orang lain. Tapi tak ada. Confirm dia tanye aku. Aku gelak dalam hati kalau aku pergi kerja dalam keadaan begitu.

Bila dah sampai kat bawah, aku terus pergi kat Kibun. Tak pandang dah kiri kanan. Walaupun aku tahu kat luar pintu lift tu ada lagi manusia yang akan pandang aku atas bawah. Rimas!

Sampai kat Kibun, ada lagi seorang pak cik ni pulak pandang aku pelik. Maybe sebab keadaan aku time tu yang tergesa-gesa kan. Aku buat bodoh, start Kibun and gerak.

Time kat atas Kibun, aku macam blurrr sekejap. Pastu baru mula berfikir-fikir. Aku nak pergi mana ye sebenarnya ni?

Bufffffeeerrringgg... Loaaaadddiiinggg.....

Dah betul dah hari ni hari Isnin. Betul lah tadi aku bercakap dengan Nisa. Dah betul dah tadi aku pakai baju. Kira aku yakin betul dah apa yang aku buat tadi.
Automatically, aku patah balik. Tanpa sebarang signal. Kalau boleh aku macam nak gelak guling-guling dengan Kibun.

Kau tau tak yang kelas kau tu dekat PJ? Kau boleh pulak senang lenang nak ke PJ tapi tak pakai helmet kan?

Nampak tak tahap kekebalan dan kekerasan kepala aku?

Naik balik atas rumah, adik aku pandang pelik, tapi bila aku keluar bawak helmet, satu je perkataan yang keluar dari mulut dia sambil gelak kan aku, SENGAL!

Tapi ini bukan masalah kebal atau keras nya kepala aku, tapi ini macam satu petanda. Yang sebenarnya, keadaan aku agak kritikal. Bila kat tempat kerja kepala dok fikir pasal kerja nak kejar payment bagai kan, balik rumah kepala tak sempat rehat, nak kena sambung fikir untuk project paper, tambah lagi dengan kerja sampingan yang seperti bibik-bibik sepenuh masa. Bila kepala aku dah terlalu penuh dengan input, sampai satu tahap aku rasa kepala aku dah cukup kebal, keras dan berat macam aku dah pakai helmet.
Dan ini bukan kejadian pertama kali.


No comments:

Post a Comment