Monday, October 31, 2011

Shame on you!

Kau solat tak? Cukup ke lima waktu? Kau yakin dengan setiap solat yang kau dirikan?

Setiap kali kelas Cross Culture, mesti akan teringat kata2 Puan.

Setiap saat di seluruh dunia, umat Islam mengerjakan solat. Mengapa kamu tidak? Kalau kamu tak solat, shame on you!  

Terus tersentap sendiri. Mengaku beragama Islam. Rukun Islam yang satu ini pon tidak mampu ditunaikan. Sebab yang diberikan banyak yang tidak munasabah dari yang sebaliknya. Sangat lalai dengan dunia. Tidak terkecuali aku. 

JAHIL.
Belajar konon sampai menara gading. Bangga dengan ilmu duniawi tapi yang hakiki...

So wake up syira! Performed your duty to Allah.


Kalau orang tanya, lelaki yang bagaimana aku idamkan?

Kalau ikut jawapan dunia aku, kalau boleh nak yang macam rupa  David Beckham walaupun dia macam dah pencen.




Tak pon yang macam Ally Iskandar yang cute gitu walaupon ada jerawat.



 Ala-ala Remy Ishak dalam drama Nur Kasih pon oke. 

Alala..sweet je kan.

Tapi jawapan aku yang ini yang paling ikhlas. Yang paling aku idamkan..

Lelaki yang menjaga solatnya. Sebab solat adalah tiang agama. Supaya dia juga boleh membimbing aku dan sentiasa mengingatkan aku untuk mengingati Allah.


Sunday, October 23, 2011

Konklusi


Saya tahu saya tak hebat. Tapi saya tahu saya perlu kuat. Kuat, sekuat yang mungkin, sekuat yang boleh. Tak kesah kuat seperti Power Puff Girl ke atau Catwomen ke atau Power Rangers Pink ke atau Geng Totally Spy ke ataupun Seperti Sailormoon dengan kuasa bulan.

Saya perlu kuat walau dengan apa cara sekali pon. Perjalanan hidup yang tidak diketahui hujung pangkal nya. Cerita hidup saya tak akan pernah sama dengan mereka.

Saya takut saya lemah dan tewas kepada emosi sendiri. Saya takut itu bukan yang terbaik untuk diri sendiri.

Kau harus KUAT!
Doakan saya KUAT !


Friday, October 21, 2011

Stop being childish.


Aku akui, perangai aku memang kadang2 macam budak. Even worse than that. Walaupun usia hampir 22, tapi nak buat macam mana kan. 

Tapi aku terasa hati dengan kau. Bukan nak perhatian, tapi betul terasa hati. Jangan tanya sebab apa? Jangan tanya siapa aku maksudkan.


Thursday, October 20, 2011

Culture


Its a culture. Lately, dalam 2 minggu yang lepas, tidur saya memang tunggang langgang. Bila saja yang dan nak tidur, baru tidur. Adat belajar, bajet banyak sangat assignments, homework & presentation, normal untuk seorang student stay up sampai ke subuh untuk bazirkan elektrik. Apa guna bayar sewa mahal kan, kalau tak bazirkan apa yang patot? Huahua.. 




Facebook, assignmentsss, facebook & facebook.


Tambah pula dengan aktiviti persatuan dan aktiviti sampingan lain yang di hadiri. Kalau dapat tidur seawal 12 malam pon, dah rasa macam satu keajaiban yang berlaku.


Oke. Sekarang baru mau tidur padahal kelas 2.30 jap lagi ada test.


Morning everybody!



Monday, October 10, 2011

Keterujaan.


Suddenly emak call & kata ' Mak dekat Melaka ni'. Biarlah orang nak kata apa pon, serius tahap keterujaan  melampau. Sengih sorang2 dalam bilik. Korang apa tahu.

Masa di Merbok dulu, dua kali je Mak ke Merbok. Masa hantar waktu baru nak daftar & ambil masa dah semester akhir. Jadinya memang tak pernah rasa nak outing hujung minggu bersama family. Tak macam Kakak2 yang lain, sebab tempat mereka lebih dekat. Independant tak aku? Huahuahua. Puji diri sendiri.
Pasal ape tah, aku je yang tercampak jauh. Walaupun Melaka ni tak jauh mana, tapi Kakak di Shah Alam memang lagi dekat lah kan. Redha!

Jadinya memang teruja giler bila Mak datang. Walaupun sekejap. Hilang rindu tengok muka Mak.





Tuesday, October 4, 2011

Partner.


Selain dari family tercinta mesti teruja gila nak jumpa kau bila pulang bercuti. Walaupun perangai kau amat sangat menjengkilkan kadang kala. Tapi sebab semua benda boleh cerita, aku ketepikan soal perangai. Kata kau

“Jangan simpan2. Luahkan je. Kalau simpan2, kepam, nanti busuk!”
Haha. Pengotor!

Tapi betul. Lepas aku cerita kat kau, aku lega. Tapi sekarang mungkin tak boleh dah. Tak apa. Aku paham.

Kalau dulu masa di Merbok, mereka yang menjadi mangsa. Tapi mereka tetap setia mendengar cerita. Dari sependek-pendek cerita, sampailah telenovela bersiri. Depan mereka, segala maki hamun, sumpah seranah keluar degan sendirinya. Tambah pula dengan memek muka yang penuh semangat. Lega bila ada yang mendengar.

Dia pula criminal partner. Tanya saja genre apa, semua benda habis dicerita. Dan depan dia, benda remeh pon tak malu untuk dicerita.

Tapi yang ini, mungkin partner yang satu lagi ini, harap mampu memahami dan menerima aku seadanya. Tidak menilai sebelum mengenali aku. Kalau betul kau ikhlas.