Thursday, March 31, 2011

Wednesday, March 30, 2011

Luka dan rawat semula.


Baru 30% katenye.
Tapi aku 50% injured. Kate sendiri dalam hati.
Hurt. 

Its true and its my interest. Kalau dah biasa aku tak akan rasa apa2. Kalau dah biasa aku tak akan rasa sakitnya. Kalau dah minat aku tak perlu ungkit kesakitannya.

Its true and its still my interest.
Kadang2 sakit itu seronok, sebab sakit bawa aku masuk dalam pengalaman. Belajar dari pengalaman. Kutip pengalaman itu dengan tangan sendiri.

Jangan pedulikan aku.

Saturday, March 26, 2011



Sekarang kau tak perlu nak kecoh2 pening sane sini, stress or whatever. Memang minggu ni boleh menguatkan  niat untuk buat penerjunan bebas dari tingkat 10 terus ke sungai Melaka bawah tu. Busuk2 pon busuk la, asal otak tak pening pasal pikir assignments yang macam tender 10 juta semua nak kene rebut untuk hantar next week. Quiz pon. Test jugak. Semua pon next week. Kenapa mesti begini? Kau memang2 betul hancurkan hatiku. Meroyan sorang2 dalam bilik.

Tak ayu lah kalau nak meroyan. Tak jadi meroyan sebab memang student selalu pon begini. Bukan kau seorang je yang belajar!

Kurang sebulan nak final dah??
Sila sedar diri.

Muhasabah Cinta



Kata ustaz,
cinta itu tanggungjawab bukan suka semata,
cinta itu perbuatan bukan kata-kata,
cinta itu memberi bukan mendapat..

Kata ustaz,
nilai cinta 
pada pandangan remaja adalah biasa,
pada pandangan akal adalah psikologi,
pada pandangan nafsu adalah seks,
pada pandangan hati adalah hadiah..

Kata ustaz,
cinta itu fitrah,
built in / install..

Kata ustaz,
cinta itu untuk kewujudan bersama,
bercintalah dengan peraturan cinta,
bercintalah berkali-kali..

Kata ustaz lagi,
jangan hanya melihat cinta semata-mata, tapi lihatlah pemberi cinta,
kerana cinta DIA yang hakiki,
sangat ikhlas memberi, tanpa diminta dan tidak sesekali diungkit..

Kata ustaz,
akal logik perlu bijak memilih,
save or safe..



Muhasabah Cinta,
21 Mac 2011,
Level 4, KBM..



Monday, March 21, 2011

Meluat



Kalau bukan hak kita, jangan di ambil.

Aku jelas?
Tak. Tapi meluat. Aku mungkin jeles kalau ape yg kau ambil tu memang hak kau. Aku mungkin jeles sebab kau antara yang bertuah. Setiap manusia ada beza. Tapi yang tadi betul tak jeles. Yang tadi tu macam minta maki.


Saturday, March 19, 2011




apsal akk ko beza mke ngn ko haha akk ko lwa haha


Terima kasih Aizat. Memang dah biasa. Aku redha saje ;)


Tuesday, March 15, 2011

Gila bayanglah juga.


Oh no no no...
Bukan nak cerita pasal i dah jatuh cinta ke jatuh hati ke or even jatuh tangga. Tapi ni nak cerita gila bayang pasal handphone yang dah hilang tu. Gila bayang dibuatnya. Maybe sebab i sayang sangat kot kat handphone tu sebab memang die jarang meragam. Boleh kira berapa kali sangat lah.

Punye gila bayang bila balik rumah hari tu my sis pakai ringtone yang sama untuk incoming call. Tanpa segan silu terus gabra nak cari phone.

Lepastu ada lah jugak beberapa kali mimpi pasal handphone tu. Sampai kan tadi my roomate said i mengigau sebut pasal handphone. Padah tidur tak solat dulu kan. Waaarghhhh!!

Pagi tadi pon bangun dari tidur sebab dengar alarm roomate. Die boleh pulak pakai bunyi alarm yang sama. Tanpa segan silu sekali lagi, dalam keadaan mata masih lagi tertutup, tangan raba tepi2 bantal bawah bantal untuk off kan alarm. Padahal tak ada pon handphone. Kesat air mata lagi..Sobsobs..Tapi tipu je tak kesat air mata pon sebab sambung tidur balik.

And the only pic yang ade dalam phone sekarang ialah pic ini..


Rakan2 diatas anda perlu kembang sekarang sebab muke menahan anda semua jadi wallpaper phone saya. Kegemaran! Kerinduan! Kesayangan!

Sebab handphone sekarang macam harem sikit function die tapi masih bertuah sebab boleh call dan mesej. Terima kasih atas khidmat anda. Tapi agak lembab nak menaip sebab tak biasa,so rakan2 yang mesej harap bersabar menunggu giliran ye.

Sunday, March 13, 2011

Pak Cik kenapa mahal?


Anak : Pak Cik bukan selalu RM12 je ke?

Pak Cik : .....
(Tak ada respon. Pak Cik tu sibuk godek2 ape tah kat bonet kereta die. Tak pon buat2 tak dengar)

Anak yang lain : Pak Cik kenapa mahal sangat? (Masih mencuba untuk berunding)

Pak Cik : (Tarik nafas dalam2 lantas memulakan syarahan)..

Dulu minyak 60 sen je nak...Blablabla..Lesen kereta sewa Rm10...Blablabla..Sekarang dah Rm800..Kerajaan nak duit je..Duit hantaran Rm300 dah cukup...Kalau kaya sikit makan ayam...Macam dalam cerita P.Ramlee...Blablabla..Kalau ikan pari dulu makanan orang miskin...Sekarang ikan pari orang kaya je makan...Kalau agak2 nak makan mewah tunggu kenduri ke majlis ape2..Blablabla..Tak pon kenduri arwah..Anak Pak Cik dulu ADO(menatang apakah?)...Yuran sekolah Pak Cik dulu RM12 je...Itu pon ansuran Rm2...Blablabla..Kasut sekolah pakai sampai berlubang nampak jari kaki...Rm8 pon tak mampu nak beli..Blablablabla....

Suara Pak Cik lagi kuat dari radio. Penuh semangat!

Anak : Tadah telinga sambil dalam hati (Taubat tamau tanye lagi)

Sampai depan kolej, Pak Cik ni bagi kata2 semangat.

Belajar rajin ye nak. Jaga maruah. Kalau tak korang sama je macam yang kat loji tu. (Sambil jari menunjuk ke arah loji kumbahan, bersebelahan kolej)
 


Nota tak berkaitan dengan entri untuk awak..awak..dan awak : 

Ehem2..Sebab saya kan pemalu. Jodoh Pertemuan Ajal Maut di tangan Tuhan. Harap awak mengerti ;)


Saturday, March 12, 2011

Konflik dalaman budak hingusan.

Muka dah cukup gangster tapi dalam hati ada taman. Kadang2 boleh gelak guling2 dengan diri sendiri sebab kadang2 boleh nangis hanya sebab2 yang remeh. Sangat remeh. Tanpa sedar.

Agak2 rasa macam nak tampar tak kalau tengok ada budak besar gajah yang bajet macam nak comel menangis kat bus stop sebab tunggu ayah datang ambil tapi last2 ayah call cakap tak boleh ambil dan suruh abang yang datang ambil. Abang pulak datang sejam berikutnya.  Mata terus berair. Padahal kalau malas nak tunggu boleh je tahan teksi tak pon patah balik naik lrt smapai KL sentral pastu naik komuter terus ke rumah, nanti balik claim dengan ayah. Bila dah datang sawan mengada, semua alternative lain tak mampu lagi dipikirkan. Perangai sangat ngada2 kan tadi.

Kalau ikot kan kebiasaan, memang bukan jenis yang ngada2. Or manja dengan parent. Memang bukan sayalah tu. Even dengan adik beradik pon. Sejak kecil lagi dah dibiasakan untuk berdikari.

Kiranya situasi tadi memang tanpa di sedari. Bila sedar mata dah berair, tengok kiri kanan baru cepat2 kesat sambil dalam hati ' Kau apehal nak tersentuh meratap kat tempat awam macam ni. Buat malu je.'

Perlukan ruang dan masa untuk berubah. Jangan nak ngada sangat dengan diri sendiri. Geliw pulak rasa. Euwww ;p
 


Minta simpati :(


Dalam kelas ibm533,

'U, ape kate kalau kita turun Seremban naik komuter pergi Mid. Boleh jalan2 dulu, maen boling ke? Tengok wayang ke kan. Lepastu nanti boleh terus shoot ke Klang terus. Bajet macam bawak kereta kan'

Memang mendidih je kan kalau lecturer kat depan tu tau ape yang kitorang bualkan. Dah la datang lambat hampir setengah jam. Pastu potpet2 pasal yang tak berkaitan dengan subjek. Semangat nak balik minggu ni. Sebab dah berkira-kira minggu depan dan berikutnya weekend akan ada programsss

Lepas kelas teman Wa pergi withdraw dan berkira2 untuk merasa pizza di seberang jalan tapi cancel kan niat sebab macam tak best je nak layan pizza berdua macam tak cukup jemaah plus tak bawak kamera untuk kenang-kenangan. Termasuklah handphone sendiri yang tertinggal di bilik.

Bila sampai kolej terus cari handphone, yakin sangat yang handphone mamang tak bawak sebelum pergi kelas lagi tadi. Tapi sedih bila cari2, dari bilik yang macam tongkang pecah sebab masing2 sibuk nak tunjukkan diri sendiri busy, terus bilik bersih, kemas dan selesa untuk guling2 atas lantai. Dalam baldi baju pon di cari. Habis kat bilik kitorang geledah satu rumah. Dekat tempat sidai baju pon, kot2 kalau terletak kat situ kan. Tetapi handphone yang di cari tidak juga ditemui.
Sekarang kau boleh meraung kuat2. Endahkan keayuanmu.
Memang tak jumpa sampai saat entry ini ditulis.

Mari buat andaian ; probability..

Mungkin tersalah letak dan tak perasan handphone tu kat mane? So, better kau berusaha cari lagi. Usahakan tangga kejayaan.

Atau mungkin terbuang sebab pagi tadi sebelum pergi kelas kau kan ada pergi buang sampah dulu. Tapi macam tak mungkin sebab yakin tak terbuang, lagipon tadi dah pergi cek balik kat tong sampah tu, memang tak ade. Tahan nafas. Euuwww. Jijik!

Atau mungkin tercicir kat mana2 masa on the way nak pergi kelas. Ini pon tak berapa nak mungkin sebab yakin sebelum turun bawah memang sedar tak bawak handphone dan malas nak patah balik bilik plus tangan time tu sebok pegang chocolate sebab kebulur tak breakfast sebelum pergi kelas.

Atau pon mungkin rumah ni berpuaka, atau ada yang bela jin atau ada yang memang panjang tangan. Assumption ni yang kalau boleh paling last difikirkan. Sebab tak suka nak buruk sangka dekat orang yang memang akan tinggal sebumbung hingga hujung semester ni.

Bila kepala dah serabut sangat lepas solat terus tidur sampai tak sedarkan diri. Bangun2 nak dekat maghrib. Lepas maghrib kuar makan, balik tu pon beli makanan lagi and decide untuk pulang ke rumah esok pagi je. Kesian kat Wa sebab nak tunggu saya juga. Terima kaseh kamu ;)

Ayah kata lain kali handphone tu ikat je sentiasa kat tali pinggang. Mak pulak dah bising2 sebab benda bukan dapat seringgit 2 eventhough phone yang di beli tu guna duit sendiri. Terasa perit lah jugak kan walaupun bukan handphone canggeh tahap 4g.

Bagi yang mengenali diri ini, sila lah bersila. Huahuahua. Sila lah contact number Maxis saya buat sementara waktu. Andai jodoh kita panjang, mungkin ada rezeki untuk kita contact di number Celcom. Harap maklum.

Dari saya yang minta simpati.


Saturday, March 5, 2011

Sirih Pulang ke Gagang


Pengalaman baru di tempat baru. Kalau ikotkan penglibatan, berapa lamalah sangat kalau nak di bandingkan dengan ahli2 lain. Masih baru, banyak lagi ilmu dan pengalaman yang hendak dikutip. Tapi  ambil jalan selamat untuk selamatkan niat yang hampir terpesong untuk quit hari tu. 

Join the program. And push myself in to it.
Buat muka tak tahu malu, padahal kau pemalu. Perempuan Melayu terakhir. Mungkin sedikit jawa lah kan.



Guru pernah berpesan, selalu berpesan, apapun yang kita lakukan mesti dengan niat. Pasang niat siap2. Dan niat tu mestilah niat yang betul. InsyaAllah di perkenan. Jangan tersalah niat.

Admit it. Lately banyak benda yang dilakukan memang niat banyak terpesong. Macam kalau malas sangat nak pergi kelas tapi terpaksa pergi kelas sebab nak jumpe lecturer yang hensem tapi perilaku kadang kala kurang sopan untuk dipertontonkan. Maka dengan itu, niat untuk menimba ilmu diketepikan, apa yang diajar tak lekat, nak kata fokus sangat pon tak da lah fokus. Mata merewang keluar tingkap. Kiri kanan atas bawah. Akhirnya asal ada kehadiran cukup.

Bila susah nak tidur malam2 selalu akan muhasabah diri. Kadang kala bergenang air mata bukan sebab tahan ngantuk bila dah nguap banyak kali sampai tahap nak kene tampar, tapi hakikatnya sedih sebab iman tak setebal mana pun. Cepat sangat berubah. Terlalu rapuh.
Terlalu ego. Jahilnya aku.


oh. untuk kawan yang di ingati,


Happy Birthday yang ke 22 semalam...


Friday, March 4, 2011

I'm quit!




And I’m terrified, but I’m not leaving
Know that I must pass this test
So just pull the trigger..(Russian Roulette)





Quit?


...........


Decide to keep on going.