Wednesday, December 28, 2011

And Again


Kalau dah jenis tak ingat jalan, tak pon, memang xtau jalan, duduk je kat rumah diam2.

Kalau tak sesat, macam bukan aku lah tu kan.
Padahal dah pergi tempat tu banyak kali, but then still tak ingat jalan jugak.

Kawan akan suggest, gps lah kan.
Pengalaman aku dengan gps bukan pengalam manis. Sebab most of the time, selalunya gps akan bagi jalan yang skema. Memang menepati piawai. Jauh lagi ade lah. Dan selalunya aku tak akan ingat jalan tu balik.

Gps manual, i mean, encik gps a.k.a tourist guide saya. Sebab kalau sesat, tak pon tak ingat jalan area KL, orang pertama yang aku akan cari encik gps ni. Kalau dah lama tak contact and aku pon tiba2 call dia, dia akan jawab phone aku dengan ayat yang lebih kurang macam ni, "kat jalan mana tu?" Dia pon dah paham sangat. Hahaha. Sebab selalu kalau area KL, dia mesti tau. Siap ingat lagi jalan mana yang banyak lubang, jalan mana yang dah tutup, jalan mana yang ada traffic light berderet, jalan mana yang ade tol singgit dan macam2 lah. Kata dia, "Dah macam tempat permainan dah jalan2 kat KL ni." Berlagak giler!

Malu bertanya sesat jalan. Ni memang masalah malu jugak lah. Malu dan malas. Tapi malas tu lagi banyak percentage nyer. Pemalas nak pi tanya kat orang sekililing.

Sekarang ni apa masalah kau?
Asyik tak ingat jalan. Mengada nak kena ada driver sendiri ke? Kau ingat kau siapa?



(Sambil petik jari) Driver please. Memang mimpilah. Haha ;)


Monday, December 26, 2011

Tak boleh dekat fb, dekat blog pon boleh.


Dia tak bagi saya upload di fb walaupon at first place dia yang suroh. Jadinya saya upload di sini. Buat jahat jap. Hahaha.


Gambar kat atas ni di ambil masa tengah tunggu makanan yang di order untuk di tapau. At first masa tau dak kecik ni temankan mak pergi ambil saya, seriously i did not expect that he will go out like that. Ingatkan dia saje bawak kain pelikat to untuk jadikan selimut nak tidur dalam kereta. Selalunya macam tu. Tapi bila dia turun kereta dengan bertshirt dan berpelikat, terus tanya 'eh, memang xpakai seluar ke? Pakai kain je? Tshirt and pelikat. Kau biar betul. Nak kata baru lepas sunat, dah bertahun habis pantang. Memang buat orang tergelak and he caught public attention that night. Sempoi habis. And yet, he still the cutiest brother i had. Sebelum dia transform boleh lah kate cute kan.

Budak ni sangat special bagi saya. Bukan sebab dia OKU, tapi sebab dia special. 

Just being what you are. 


Sunday, December 18, 2011



Lets burn out the spirit. Ignore surrounding. Kau! Yes you. You got to move.


"...the moment of you think to giving up,

think the reason why you held so long....so so long..."


HE is always be my side.

The Almighty....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 17, 2011



Manusia berubah.


Nite <3


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 15, 2011



Aku perlukan kekuatan. Luaran dan dalaman. Mungkin semangat dan sokongan dari kau cukup memadai. Bukan kritikan yang menyakitkan.  Atau nasihat yang sekadar alas bicara. Kuat sehingga aku mampu mengenepikan soal diri.  Soal keadaan sekeliling. Buat masa ini.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 12, 2011

Jatuh


Takut untuk kehilangan. Apatah lagi jatuh. Sebab tahu, kalau jatuh pasti akan sakit. Luka atau tidak, sakit itu pasti akan ada.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, December 7, 2011

Kalau dah memang dasar Mama Giant.


Lagi banyak orang terasa hati dengan kita, lagi banyak lah dosa kita nanti. Sampai satu tahap, aku pilih untuk diam.

Tapi Wa cakap, silent treatment lagi menyakitkan hati dari kita berkata-kata.

Bagi aku masa untuk berubah. Kalau tak mampu tunggu, jangan tunggu. Aku memang tak kesah.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 6, 2011


saya tak kesah pon kalau kene tegur depan orang, bila itu memang salah saya..


kau aku aku kau...


serius...
xkesah langsung...

.....

.....


oke...tipu..saya kesah sikit..terasa hati pon ye...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, November 25, 2011

Kembaq Lain-lain.



Manusia di atas adalah makhluk Allah yang pertama aku kenal masa mula-mula mendaftar di Uitm Melaka ni. Kebetulan kami dapat bilik yang sama untuk kolej. Kalau dah roomate, confirm2 lah kena kenal kan. Gila kau nak buat psycho sorang2 tak nak berkawan. Bukan aku hidup tanpa kawan. Dan kebetulan juga kami share katil yang same. I mean, katil yg double deck tu. Jangan salah paham. Dan terus kebetulan, course yang sama, kelas yang sama, subjek pon mestilah sama kan. Haha.

Secara suka-suka, boleh declare dia ni kembar aku lah jugak. Walaupun tak sama dari segala segi rupa bentuk fizikal (totally different, macam ying yang, macam hitam putih), tapi kami lahir pada tarikh yang sama, waktu yang sama, cuma aku awal 24 minit dari dia. So, aku kakak 24 minit awal. Haha. Padahal tak ade beza apa pon.

Dua-dua pon teruja bila tahu yang masing2 share the same birthday. 25.11.1989. Biar betul? 25 tu hari ni lah kan? Eh tinggal lagi beberapa minit je before the next day.

So, HAPPY BIRTHDAY to US!

Terima kasih untuk kalian yang mengingati tarikh ini, walaupun dengan bantuan notification dari facebook atau dari kalender dihandphone canggih masing2 atau dengan apa cara sekali pon. Terharu. Dan juga all the wishes and prayers.
TYVM with Love.

Paling comel bila emak orang pertama yang wish. Walaupun dalam mesej dan agak impress bila mesej yang ditaip tu lebih panjang sikit. Hoho.


Kami selalu cakap banyak benda serentak. (Ang kawen dulu!! haha) Terus teringat Norden dan Latikha.





Tuesday, November 22, 2011

Thumbs Up.


Cerita dah lapok. Tapi, Alhamdulillah. Syukur sangat kan. Walaupun UPSR 4A 1B, 90% (mumtaz) untuk PSRA...
Anugerah Tokoh Pelajar Mithali!

Kau mampu ke?
Aku pon selalu suam2 je result. Dari UPSR sampai lah ke Diploma.

Tahniah tau adik! Bangga kejap. Harap berterusan tau :)


Good job bebeh!
Tahniah juga untuk Harimau Muda. Siapa tak tahu yang Malaysia menang? Sila malu dan jangan mengaku sebagai warganegara. Sana sini huru hara cerita pasal bola. Facebook pulak tiba2 meriah sangat. Every second pon mesti ade orang nak update itu ini. Yang paling tak boleh belah manusia yang konon dulu "tak layan lah bola malaysia ni"..dengan memek muka yang bajet amerika sangat layan EPL bagai..tiba2 terus fanatik, serba tahu pasal semua pemain Malaysia kan. Terus lupa game Liverpool kau, Man U lah, Chelsea dan seangkatan.
 
Tak apalah. Apa2 pon, tahniah! Semangat kesukanan itu penting. Hehe.



Friday, November 18, 2011

Peduli.



Kalau betul kesah sangat apa yang orang akan kata, apa yang diterima, tak perlu kesian, berhenti saja dari terus mencari. Berhenti dari terus berusaha untuk dapatkan. Berhenti terus dari menjaga hati.

Tak perlu kesah perihal di sini, perihal orang lagi penting kan?
Peduli sangat.

I'm away. Making distance between us because i'm not strong enough.
So. Lets pray.


Saturday, November 12, 2011

Saya nampak awak, awak nampak saya tak tadi?




Mestilah awak tak nampak sebab saya nampak muka gembira awak. Perlu ke nak peduli kan keadaan sekeliling kan? Sekarang saya tak perlu menyesal dengan pekara lepas.

Kalau lah itu yang terbaik. Eh, bukan kalau, tapi itu lah yang terbaik buat masa ini.





One of the reason why I refuse to say yes (or you may) instantly,
Because you always end up with...Zzzzzzzz..

Sebenarnya aku tak kesah sama ada kau tanye atau tidak?
Ini semua macam GAME bagi aku. Baru ada warna kan!

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha


Di Kampung Melayu tidak. Di Sungai Tiang pon tidak.
Jadinya disini saja lah. Padahal tahun2 yang sebelum pon begini.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. 
Semoga segala pengorbanan yang dilakukan diberkati Allah.

Saturday, November 5, 2011


Adik, kenapa Adik pandang Mak macam tu? 
Adik sedih :( 
Sedih kenapa? 
Adik takut kalau Mak sakit.


Friday, November 4, 2011

Apa yang anda rasa saat ini?


  • Rasa sangat rindu suasana di Merbok dulu. Ini betul wa cakap sama lu. Tahap nak titiskan air mata dah ni. Tak tipu punye.


Norden & Latikha = Rindu

  • Juga rasa sangat2 SERABUT tahap dewadewi. Nak kata banyak sangat assignment, quiz & test? Tak jugak. Orang lain ye lah kot..Sampai Jumaat malam pon tak boleh balik lagi sebab ada test, tapi kelas aku, ramai yang dah cuti awal. Aku je masih tekun tunggu sampai kelas yang terakhir minggu ni walaupun hati rasa sangat2 tidak sabar untuk pulang ke rumah.
  • CUTI! Itu yang aku dambakan saat ini.

Monday, October 31, 2011

Shame on you!

Kau solat tak? Cukup ke lima waktu? Kau yakin dengan setiap solat yang kau dirikan?

Setiap kali kelas Cross Culture, mesti akan teringat kata2 Puan.

Setiap saat di seluruh dunia, umat Islam mengerjakan solat. Mengapa kamu tidak? Kalau kamu tak solat, shame on you!  

Terus tersentap sendiri. Mengaku beragama Islam. Rukun Islam yang satu ini pon tidak mampu ditunaikan. Sebab yang diberikan banyak yang tidak munasabah dari yang sebaliknya. Sangat lalai dengan dunia. Tidak terkecuali aku. 

JAHIL.
Belajar konon sampai menara gading. Bangga dengan ilmu duniawi tapi yang hakiki...

So wake up syira! Performed your duty to Allah.


Kalau orang tanya, lelaki yang bagaimana aku idamkan?

Kalau ikut jawapan dunia aku, kalau boleh nak yang macam rupa  David Beckham walaupun dia macam dah pencen.




Tak pon yang macam Ally Iskandar yang cute gitu walaupon ada jerawat.



 Ala-ala Remy Ishak dalam drama Nur Kasih pon oke. 

Alala..sweet je kan.

Tapi jawapan aku yang ini yang paling ikhlas. Yang paling aku idamkan..

Lelaki yang menjaga solatnya. Sebab solat adalah tiang agama. Supaya dia juga boleh membimbing aku dan sentiasa mengingatkan aku untuk mengingati Allah.


Sunday, October 23, 2011

Konklusi


Saya tahu saya tak hebat. Tapi saya tahu saya perlu kuat. Kuat, sekuat yang mungkin, sekuat yang boleh. Tak kesah kuat seperti Power Puff Girl ke atau Catwomen ke atau Power Rangers Pink ke atau Geng Totally Spy ke ataupun Seperti Sailormoon dengan kuasa bulan.

Saya perlu kuat walau dengan apa cara sekali pon. Perjalanan hidup yang tidak diketahui hujung pangkal nya. Cerita hidup saya tak akan pernah sama dengan mereka.

Saya takut saya lemah dan tewas kepada emosi sendiri. Saya takut itu bukan yang terbaik untuk diri sendiri.

Kau harus KUAT!
Doakan saya KUAT !


Friday, October 21, 2011

Stop being childish.


Aku akui, perangai aku memang kadang2 macam budak. Even worse than that. Walaupun usia hampir 22, tapi nak buat macam mana kan. 

Tapi aku terasa hati dengan kau. Bukan nak perhatian, tapi betul terasa hati. Jangan tanya sebab apa? Jangan tanya siapa aku maksudkan.


Thursday, October 20, 2011

Culture


Its a culture. Lately, dalam 2 minggu yang lepas, tidur saya memang tunggang langgang. Bila saja yang dan nak tidur, baru tidur. Adat belajar, bajet banyak sangat assignments, homework & presentation, normal untuk seorang student stay up sampai ke subuh untuk bazirkan elektrik. Apa guna bayar sewa mahal kan, kalau tak bazirkan apa yang patot? Huahua.. 




Facebook, assignmentsss, facebook & facebook.


Tambah pula dengan aktiviti persatuan dan aktiviti sampingan lain yang di hadiri. Kalau dapat tidur seawal 12 malam pon, dah rasa macam satu keajaiban yang berlaku.


Oke. Sekarang baru mau tidur padahal kelas 2.30 jap lagi ada test.


Morning everybody!



Monday, October 10, 2011

Keterujaan.


Suddenly emak call & kata ' Mak dekat Melaka ni'. Biarlah orang nak kata apa pon, serius tahap keterujaan  melampau. Sengih sorang2 dalam bilik. Korang apa tahu.

Masa di Merbok dulu, dua kali je Mak ke Merbok. Masa hantar waktu baru nak daftar & ambil masa dah semester akhir. Jadinya memang tak pernah rasa nak outing hujung minggu bersama family. Tak macam Kakak2 yang lain, sebab tempat mereka lebih dekat. Independant tak aku? Huahuahua. Puji diri sendiri.
Pasal ape tah, aku je yang tercampak jauh. Walaupun Melaka ni tak jauh mana, tapi Kakak di Shah Alam memang lagi dekat lah kan. Redha!

Jadinya memang teruja giler bila Mak datang. Walaupun sekejap. Hilang rindu tengok muka Mak.





Tuesday, October 4, 2011

Partner.


Selain dari family tercinta mesti teruja gila nak jumpa kau bila pulang bercuti. Walaupun perangai kau amat sangat menjengkilkan kadang kala. Tapi sebab semua benda boleh cerita, aku ketepikan soal perangai. Kata kau

“Jangan simpan2. Luahkan je. Kalau simpan2, kepam, nanti busuk!”
Haha. Pengotor!

Tapi betul. Lepas aku cerita kat kau, aku lega. Tapi sekarang mungkin tak boleh dah. Tak apa. Aku paham.

Kalau dulu masa di Merbok, mereka yang menjadi mangsa. Tapi mereka tetap setia mendengar cerita. Dari sependek-pendek cerita, sampailah telenovela bersiri. Depan mereka, segala maki hamun, sumpah seranah keluar degan sendirinya. Tambah pula dengan memek muka yang penuh semangat. Lega bila ada yang mendengar.

Dia pula criminal partner. Tanya saja genre apa, semua benda habis dicerita. Dan depan dia, benda remeh pon tak malu untuk dicerita.

Tapi yang ini, mungkin partner yang satu lagi ini, harap mampu memahami dan menerima aku seadanya. Tidak menilai sebelum mengenali aku. Kalau betul kau ikhlas.



Tuesday, September 13, 2011

Back to school !!


Yeaaayyy!! Konon kau semangat kan. Mestilah bersemangat.
Currently, location : Melaka lah! Mane lagi. Misi diteruskan untuk mencari Hang Tuah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin.



Sunday, August 28, 2011

Permata



First time ever, terawikh malam tadi amat tersentuh bagi insan yang sangat jahil macam aku. Terlalu bertuah miliki dia. Syukur, Alhamdulillah.




Thursday, August 25, 2011

Counting Days


Tak perlu nak counting dah. Lagi 1 hari je. Bukan raya ye, tapi tinggal 1 hari je nak kene pergi kerja. Esok last day. Kalau ikotkan kontrak sepatutnya, 29hb baru tamat. Tapi , gila kau nak datang opis sorang2. Gigih nak tunjuk dedikasi konon kan, padahal kalau yang datang opis hari senin depan tu memang confirm majority non-muslim. Ketua Pengarah pon awal2 lagi dah cuti.

Sebab aku kerja kat sini lah aku kenal agensi2 under MITI and siapa tu Dato' Sri Mustapa Mohamed. Nampak sangat yang aku ni tak alert kan. Padahal study business. Kalau interview kerja boleh jadi sebab untuk fail. Bukan interview kerja je, kalau masuk dalam exam macam mana kan? Tiba2 soalan general macam ni keluar? Nampak sangat memang salah diri sendiri, bukan salah Tok Pa yang tak introduce diri. Sila admit.

3 bulan kontrak, rasa sangat sekejap bila aku sendiri dah start counting bila nak last day. Lagi2 nak dekat raya ni kan. Tapi kan, siapa yang akan rasa rugi kalau kerja 3 bulan tapi sempat merasa pergi konvensyen, merasa sertai kontinjen company untuk sukan antara agensi, merasa tengok Dato’ Mukhriz depan2, merasa dengar bapak Mizz Nina menyanyi dengan band singing shop nya time dinner, merasa pergi majlis berbuka puasa and merasa jugak join kelas mengaji yang di sponsor oleh mak Eda. Baik betul kau, siap pergi mengaji lagi kan. Dan akan datang, tentulah majlis sambutan hari raya kan. Memang tak rugi 3 bulan aku.

Mungkin kalau tempat lain, 3 bulan tu aku masih lagi terkulat-kulat kemaluan, control ayu kan. Tapi kat sini, sebab environment kerja unit kewangan sangat lah happening, jadinya terkeluarlah jugak perangai tak tahu malu tu.

And in advance hari tu, 21 Julai, mereka2 yang sporting ni dah siap2 buat majlis makan2 juga sempena aku nak pencen. Unit aku je lah kan. Buat awal, sebab bulan 8 dah start puasa. Malu lah jugak kan sebab baru sebulan lebih kerja.

And again, perkara biasa yang terjadi bila macam2 nama yang keluar untuk aku. Shiha lah, Syairah lah, Hawa lah, Santa lah, Li Puyu lah. Boleh jadi sindrom aku. Yang lagi best bila dapat emel ada Puan kat depan nama aku. Fine! Sebab memang bukan kerja aku lah kan nak kenalkan diri kat satu opis ni cakap yang aku masih Cik lagi kan. Puan pon boleh.  Soon. InsyaAllah. Hahaha.

Eh eh. Dah pukul 5 dah. Oke. Bye!



Monday, August 8, 2011

Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432H


Dah lima hari berlalu. Baru hari ni macam teruja nak tulis pasal ramadhan saya kali ini. Pengalaman baru menjalani ibadah puasa sambil bekerja.

Ser0onok!
Mungkin sebab berada dalam kalangan mereka2. Kalau di tempat lain, tak tahu lah. Sebab akak2, abang2, encik2, puan2 & cik di tempat saya bekerja sangat sempoi! Dorang punya gelagat kadang2 mengalahkan budak kecik berpuasa. Hari pertama berpuasa masing2 dah cerita pasal juadah puasa. Pagi2 hari lagi. Memang menguji tahap keimanan saya.

Tiba-tiba terindu lembah bujang! Jalani ibadah puasa bersama rakan2. Independent.

Dan hari kelima, hari ini,dengan semangat kejiranan dan kemasyarakatan, unit kitorang dah siap deco ofis ni. Lampu liplap2. Ketupat & keputat. Juga kad2 raya company  bergantungan. Kuih raya jangan ditanya. Sebab belum puasa hari tu pon dah bermacam-macam sample yang di bawa masuk.
Genap 50 hari aku bekerja, hampir 2 bulan lebih, rasa selesa berada dalam kalangan mereka. Walaupun sampai saat ini aku macam masih malu2 kucing lagi. Control keayuan konon. Tapi itulah aku, bila sifat pemalu tu meluap-luap. Penat dah aku buang jauh. Hehehe (^-^)

Oke, bye. Nak bersiap. Sebab ada majlis berbuka kat opis. Selamat berbuka.
Selamat berpuasa juga.

Wednesday, July 27, 2011



Kalau nak belajar buat cara belajar. Tangan menulis apa yang perlu, bukan menekan keypad handphone. Mata melihat bukan meliar membaca pesanan ringkas dari pujaan hati. Telinga pula mendengar. Tak salah berperangai begitu, tapi bukan selalu.

Sebab saya tidak pandai mengajar, harap anda tumpu perhatian supaya senang di kemudian hari. Harap maklum.


Tuesday, July 12, 2011



Ejen 007 : Ni akak yg cuti mengandung tu ye?


Pekerja : Eh tak2. Saya yang ganti dia buat masa ni.


Ejen 007 : Tapi bukan yang ganti hari tu org lain ke? Yang umur 21
tu?


Pekerja : ??? Saya lah yang Encik jumpa hari tu ;)




Thursday, June 30, 2011

30/6/2011

Dia rosak kan hari saya hari ni. Jadinya mood kurang stabil. Kerja yang simple, tapi boleh stress dengan perangai manusia.

Walaupun perbualan hanya melalui telefon. Tanpa memek muka.

Seboleh mungkin di tempat kerja, tempat orang, memang tak nak buat hal. Buat perangai gila. Sebab niat asal memang untuk bekerja, bukan cari pasal. Dia cabar tahap kesabaran saya, tapi saya juga mencabar tahap kesabaran sendiri.

Sebab saya tahu saya mampu lagi untuk bersabar ;)


Monday, June 20, 2011

Alahai. Kempunan lah lagi..


Pagi2 lagi Norden dah mesej tanye dah cek belum. Time tu kat tempat kerja dan baru lah teringat. Terus tinggalkan kerja yang kene buat, duduk dengan sopan dan mengadap tepat ke PC. Dalam hati memang dup dap dup dap dan satu je doa time tu, harap semua subjek pon lepas.  Sebab tak nak ada sangkut2. Bukan janji tapi pasti. Huahaua.
Yessss. Syukur Alhamdulillah. Walaupun bukan record terbaik since diploma tapi lega sangat2.
 Tapi manusia selalu mane pernah rasa cukup. Hehe. Aku lah yang selalu macam tu. Rasa macam ala, kenapa tak Dekan. Hahaha. Kau kalau usaha pon macam mahu tak mahu, result pon keluar lebih kurang macam tu aje lah. Jadi nye kempunan lagi lah aku nak naik pentas dengan selempang pink.

 Selempang pink seperti gambar diatas cuma nya selempang tu di pinjamkan sekejap konon nak ambil berkat untuk first result degree. Tapi. Haha. Mimpi.
   
Time  jawab final hari tu pon dah tahu tahap kemampuan sendiri. Tapi tetap terus berharap, mana tau jawapan yang aku sendiri pon rasa tak logik, sebenarnya dirasakan logik oleh lecturer, konon nya ada harapan untuk A++. Sila gelak. Sebab kau punya harapan tu pon dah memang tak logik. So sekarang sila redha lagi dengan result anda.
Tahniah untuk rakan2 seperjuangan yang lain. Norden kau memang super power. Terbaik dari ladang. Masih maintain lagi. Aku memang selalu terhuyung hayang. Kurus lah katakan. Haha.


Monday, June 13, 2011

Sorry ;)

                                   
'me time'


Haha


Sekarang kau rasa rugi tak?
Sekarang kau nak menyesal lah eh?
Sekarang kau tak boleh nak kata apa dah.

Padan muka!!


Friday, June 10, 2011

Pandang kosong.

Tak. Saya tak harapkan perhatian. Tidak perlukan tumpuan. Sebab bukan mercu tanda. Saya juga tak perlukan publisiti. Murahan. Macam artis pulak kan. Hahaha. Sebab ikhlas itu tak terlihat. Jadi, saya jadi saya. Bersyukur masih punya nikmat kaki berdiri sendiri.


Monday, June 6, 2011

Baru!


Eh saya dah start kerja lah rakan-rakan. Yeeayy2. Alhamdulillah. Seperti kebiasaan sila lah bayangkan saya duduk bercuti 3 bulan di rumah tanpa melakukan apa2. Itu nampak sangat seperti bukan saya.

Kali ini, memang satu pengalaman baru. Kerja ikut office hour. Standard. Tak ada lagi shift2 macam dulu. Tapi kalau ikut kan, ada shift lagi syiok. Tak de lah rutin tu sama je selama 3 bulan. Attire juga perlu formal. Jadi, jalan selamat yang di pilih, berbaju kurung lah hari2. Emak memang senyum lebau. Kiranya kerja kali ni, dalam bab pakaian, lulus cemerlang. Mak memang tak akan pertikaikan.

Pengalam baru bermula bila di interview seperti memohon untuk jawatan tetap. 3 panel interviewer, dan saya gugup gagap keseorangan. 1 of them ialah Timbalan Ketua Pengarah.

'Wa sekarang nak keje sementara je, pesal lu bawak geng sampai Timbalan Ketua Pengarah pon jadi interviewer ?'

Tapi cakap dalam hati je lah. Gila kau. Terus rasa macam eh takpe lah encik, saya salah office kot. Haha. 

Serius wa cakap ngan lu, interview kali ni memang sangat different. Sebab die bikin wa tambah panas bila di minta untuk prepare salinan sijil yang berkaitan dan perlu ade cop pengesahan. Macam nak apply loan pulak kan. Last2, satu ape pon die tak sentuh, selak2 pon tidak. What the????

And agak menarik, bila di tanye soalan-soalan cepu emas perak & gangsa:
Sekarang ni azan subuh pukul berapa?
Masa kerja sebelum2 ni, berapa kali pernah lewat?
Apa perangai paling buruk kamu? Bukan negatif, tapi yang buruk.
ZZZZZZZZZ

6 June 2011. Hari ni hari keenam. Masih baru. Bertatih jugak lagi. Sebab banyak lagi nak kena belajar.

 Apa pun saya dah decide untuk mencuba sesuatu yang baru. Kutip pengalaman dan cuba apply kalau-kalau apa yang pernah di pelajari masa diploma dulu, boleh diguna pakai. Harap dapat timba ilmu bertimba2.

Sekian.
Owh ye. Terima kasih kat Eda, sebab bagi tau pasal vacancy ni, dan suruh hantar resume dengan segera!


Tuesday, May 24, 2011

Owh !!!


H.E.A.R.T

Masalah, bila hati tidak tetap pendirian. Berubah.
Kata mereka yang prihatin, mungkin kerana cepat bosan, atau mungkin kurang keyakinan.
Mungkin.
 Dilema.
Bersalah.

Jadinya, berserah saja lah. Tapi bukan putus asa.



Saturday, May 21, 2011



Sebab jasad ini hanya pinjaman,
Sebab DIA Maha Empunya,
Penentu segala.
Hamba yang jahil, hina..
 

Thursday, May 19, 2011

Thank You Bebeh!!


Semak!! Semak!! Semak!! haha.
Kalau tengok dalam facebook masing semangat mengupload gambar2 konvo. Termasuk lah kau kan! Its normal bila musim budak UiTM berkonvo.

Finally. Turn untuk naik atas pentas sambil senyum lebau2,
 jalan tersipu2 & control ayu sudah selesai. Betul sangat nebes atas stage walaupun naik tak sampai berapa saat pon. Sejuk terus 1 badan kau kan. haha


Tahniah untuk rakan2 semua. Juga tahniah untuk mereka2 yang ANC. Terbaik dari ladang.
 
 
Suupeerrrr Poowerrrr!!!
 Terima kasih tak terhingga of course dan terutama kepada mak & ayah. Mereka kekuatan saya.


Berjaya menamatkan pengajian Diploma in Business Study (DBS)dalam masa 3 tahun. Alhamdulillah. Boleh bangga sekarang ada transkrip yang sah.

Hari tu hanya bertiga, si graduan, emak graduan dan ayah graduan. Kakak2 dan adik2 graduan yang lain, masing2 ada hal. Teringat masa zaman sekolah dulu2. Hari Anugerah Cemerlang. Dan kebanyakan tahun, hanya emak yang selalu hadir. So dah terbiasa kalau ahli keluarga yang lain tak hadir. Tak de lah sentap sangat tiba2 dapat mesej dari kakak kate tak dapat hadir sebab bla bla bla...


Terima kasih juga untuk geng susah senang a.k.a geng lamborghinighini. Merekalah yang jadi peneman setia since 1st day kelas masa di Merbok.

Terima kasih untuk mereka semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih tidak terhingga. Bajet ucapan macam menang award lak kan.

 Pengalaman dan ilmu yang dikutip di Merbok selama 3 tahun, amat sangat dihargai. Tak ternilai. And now, pulun untuk degree pula. Doakan yang terbaik. Untuk rakan2 juga. All da best!





Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru


Teristimewa untuk Kak Long saya. Dan juga untuk semua guru2 yang pernah mendidik saya dari tadika hinggalah ke menara gading. Ececeh. Skema sikit. Menara gading gitu kan. Hehe.
Jasa cikgu semua sangat2 saya hargai. Tak terbalas dengan kata2.


~ Selamat Hari Guru ~
 

Sunday, May 15, 2011

Sangat mengada tapi saya tak manja.



Saya tahu kenapa saya pakai sweater dan stokin malam2 dan sarung tangan. Sambil on kipas pada kelajuan 1.
Bieber fever. Eh tak tak tak. Sebab saya rasa saya akan demam. Tapi esok hari konvokesyen saya. Tapi saya tak prepare apa2 lagi. Sekarang cari selimut dating dengan tilam dan bantal sepuasnya. Harap esok saya kuat!


Thursday, May 12, 2011


Tak ada benda nak cerita sangat tapi tangan saja gatal nak update. Sebab ini kan blog saya.

Pagi tadi bangun dengan penuh semangat sebab dah janji dengan Eda nak pergi ambil jubah dalam pukul 10. Credit to Syahir sebagai driver yang berhemah untuk kami hari ini, terima kasih lah ye! Unfortunately, sangat tidak fortunate bila sampai kat sana dan dimaklumkan size paling kecil yang tinggal ialah L. Oke jubah kau size L memang macam bukan kau. Macam kau sarung kain ela kosong kaler biru kat badan. 

 Oke. Ye baek. Tak nak merungut dah. At least ade jubah.


Terus cuci mata makan angin pergi ikea. Sebab follow dengan kereta dia kan. So we all window shoping dan semata nak merasa makan meatball katenye antara yg tersedap di kalangan manusia sejagat. Unfortunately sekali lagi, bukan selera saya. Rasa dia oke. Tapi tak de lah sedap sangat untuk tekak i mengidam2 lagi. Maybe im not into western type. Ye saya kampung ;) Tapi kek daim dia memang lazat. Menjilat garfu. Terasa berbaloi.

Pulang ke rumah dengan riang gembira bila kerja dah setel, perut pon dah kenyang, hati pon girang, duit pon terbang lagi. Hehe. And again, unfortunately kat rumah tak ada sesiapa. Kunci rumah pula lupa dibawa. So melangut tunggu sampai tiba2 teringat kunci spare maybe ada kat tempat kebiasaan. Memang ada, rugi masa muda saya melangut tadi. 


Lepas maghrib, dinner date dengan kesayangan yang lain. Mintak tolong uncle temankan cause nak ambil barang tumpangan dari Padil.


Kami berempat belas kesemuanya. Tempat pilihan memang kebiasaan. Tapi nak rasa kelainan sikit, saja nak celebrate kecil-kecilan belated birthday Norden. Tak ada apa sangat lah. Sebab tak rancang. 

Ya and again, pulang ke rumah dengan hati yang senang bila perut dah kenyang. Hari seharian saya hari ini ;)


Done.



Wednesday, May 11, 2011

Rumah, Lega & Jubah


Yeeaaahhh!!
Bila rasa gembira tepuk tangan ;)
Saya selamat tiba di rumah pada pukul 10++ malam tadi. Akhirnya mampu tarik nafas lega. 2 minggu yang amat menyiksa jiwa raga. Sempot & parkinson adalah perkara biasa dalam minggu2 final.

Lega! Fuhh fuhh. Boleh tarik & hembus nafas tanpa rasa terseksa. Bajet macam udara segar bersih sangat kat sini kan.

Tapi bila dikenang, sangat takut nak tunggu result keluar pulak. Sesak nafas semula. Sangat tidak perform untuk final kali ini. Sangat tidak semangat menghadapi final. Tapi barang yang lepas jangan di kenang. Doa, doa & terus doa. InsyaAllah yang terbaik.

Dan esok,postpon dulu nak rehat panjang sebab nak pergi ambil jubah. Dan berjimba. Jumpa sana oke!


Saturday, May 7, 2011

Lie


 Acting like you are protecting me.
Protect lah sangat kan??
But you are not!
Being hurt.
Owh Thank You Dear!


Suddenly, Im missing my cacti. Best partner ever.


Thursday, April 28, 2011

Fire!!


Kesayangan!
Kau tak payah nak buat2 tidur awal malam ni ye. Bukan esok pon paper kalau kau nak tidur awal. Kan. Kan.

Kau bajet kau tidur awal usia kau akan mantain muda. Kau silap besar.
Ececeh. Ayat macam nak gaduh kan. Memang gua sekarang nak gaduh ngan lu.

Owh please mamang saya merapu. PMS. Tapi bukan.

Straight t0 the point bebeh :

Happy Birthday Bik. Oke Norden. Oke tak2. Yang ni betul name dia.

Nooreen.
22!
Harap Maklum.


Wednesday, April 27, 2011

Sigh.


Different situation,

Tapi saya lega ;)
Sebab ada sedikit ruang untuk bernafas. Done with my first paper. 
4 more to go.


Different situation,

Kalau itu bukan saya, sila beritahu.
Sebab saya terasa.


Tuesday, April 19, 2011

Masanya sudah tiba.


Saya ada cuti hampir 2 minggu sebelum final tapi saya hanya pulang ke rumah untuk 3 hari sahaja setelah 5 minggu cuti hujung minggu saya ditangguhkan. Padahal saya boleh balik rumah setiap kali weekend.

Kerana? Kerana mengenangkan kelas yang 1 ini perlu di hadiri, tiada final exam, cuti yang berharga ini terpaksa dikorbankan.

Terima kasih Sir. Harap saya cemerlang untuk subject Sir.

Monday, April 18, 2011

Jauh-jauh boleh?



Jauh-jauh boleh? tak pon tak payah langsung. Itu lebih elok.



Oh maaf ye sebab macam tak polite saya nak tutup hidung.
Tapi awak awak awak yang smoker tu polite sangat ke nak smoke depan saya?

Tak kesah la tua ke muda..

As usual..like do i care?