Showing posts with label Hari-hari Kerja Saya. Show all posts
Showing posts with label Hari-hari Kerja Saya. Show all posts

Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432H


Dah lima hari berlalu. Baru hari ni macam teruja nak tulis pasal ramadhan saya kali ini. Pengalaman baru menjalani ibadah puasa sambil bekerja.

Ser0onok!
Mungkin sebab berada dalam kalangan mereka2. Kalau di tempat lain, tak tahu lah. Sebab akak2, abang2, encik2, puan2 & cik di tempat saya bekerja sangat sempoi! Dorang punya gelagat kadang2 mengalahkan budak kecik berpuasa. Hari pertama berpuasa masing2 dah cerita pasal juadah puasa. Pagi2 hari lagi. Memang menguji tahap keimanan saya.

Tiba-tiba terindu lembah bujang! Jalani ibadah puasa bersama rakan2. Independent.

Dan hari kelima, hari ini,dengan semangat kejiranan dan kemasyarakatan, unit kitorang dah siap deco ofis ni. Lampu liplap2. Ketupat & keputat. Juga kad2 raya company  bergantungan. Kuih raya jangan ditanya. Sebab belum puasa hari tu pon dah bermacam-macam sample yang di bawa masuk.
Genap 50 hari aku bekerja, hampir 2 bulan lebih, rasa selesa berada dalam kalangan mereka. Walaupun sampai saat ini aku macam masih malu2 kucing lagi. Control keayuan konon. Tapi itulah aku, bila sifat pemalu tu meluap-luap. Penat dah aku buang jauh. Hehehe (^-^)

Oke, bye. Nak bersiap. Sebab ada majlis berbuka kat opis. Selamat berbuka.
Selamat berpuasa juga.

Tuesday, July 12, 2011



Ejen 007 : Ni akak yg cuti mengandung tu ye?


Pekerja : Eh tak2. Saya yang ganti dia buat masa ni.


Ejen 007 : Tapi bukan yang ganti hari tu org lain ke? Yang umur 21
tu?


Pekerja : ??? Saya lah yang Encik jumpa hari tu ;)




Thursday, June 30, 2011

30/6/2011

Dia rosak kan hari saya hari ni. Jadinya mood kurang stabil. Kerja yang simple, tapi boleh stress dengan perangai manusia.

Walaupun perbualan hanya melalui telefon. Tanpa memek muka.

Seboleh mungkin di tempat kerja, tempat orang, memang tak nak buat hal. Buat perangai gila. Sebab niat asal memang untuk bekerja, bukan cari pasal. Dia cabar tahap kesabaran saya, tapi saya juga mencabar tahap kesabaran sendiri.

Sebab saya tahu saya mampu lagi untuk bersabar ;)


Monday, June 6, 2011

Baru!


Eh saya dah start kerja lah rakan-rakan. Yeeayy2. Alhamdulillah. Seperti kebiasaan sila lah bayangkan saya duduk bercuti 3 bulan di rumah tanpa melakukan apa2. Itu nampak sangat seperti bukan saya.

Kali ini, memang satu pengalaman baru. Kerja ikut office hour. Standard. Tak ada lagi shift2 macam dulu. Tapi kalau ikut kan, ada shift lagi syiok. Tak de lah rutin tu sama je selama 3 bulan. Attire juga perlu formal. Jadi, jalan selamat yang di pilih, berbaju kurung lah hari2. Emak memang senyum lebau. Kiranya kerja kali ni, dalam bab pakaian, lulus cemerlang. Mak memang tak akan pertikaikan.

Pengalam baru bermula bila di interview seperti memohon untuk jawatan tetap. 3 panel interviewer, dan saya gugup gagap keseorangan. 1 of them ialah Timbalan Ketua Pengarah.

'Wa sekarang nak keje sementara je, pesal lu bawak geng sampai Timbalan Ketua Pengarah pon jadi interviewer ?'

Tapi cakap dalam hati je lah. Gila kau. Terus rasa macam eh takpe lah encik, saya salah office kot. Haha. 

Serius wa cakap ngan lu, interview kali ni memang sangat different. Sebab die bikin wa tambah panas bila di minta untuk prepare salinan sijil yang berkaitan dan perlu ade cop pengesahan. Macam nak apply loan pulak kan. Last2, satu ape pon die tak sentuh, selak2 pon tidak. What the????

And agak menarik, bila di tanye soalan-soalan cepu emas perak & gangsa:
Sekarang ni azan subuh pukul berapa?
Masa kerja sebelum2 ni, berapa kali pernah lewat?
Apa perangai paling buruk kamu? Bukan negatif, tapi yang buruk.
ZZZZZZZZZ

6 June 2011. Hari ni hari keenam. Masih baru. Bertatih jugak lagi. Sebab banyak lagi nak kena belajar.

 Apa pun saya dah decide untuk mencuba sesuatu yang baru. Kutip pengalaman dan cuba apply kalau-kalau apa yang pernah di pelajari masa diploma dulu, boleh diguna pakai. Harap dapat timba ilmu bertimba2.

Sekian.
Owh ye. Terima kasih kat Eda, sebab bagi tau pasal vacancy ni, dan suruh hantar resume dengan segera!