Sunday, September 26, 2010

orang belakang!

Orang belakang saya mcm bajet hensem, tapi saya rase die tak. Die mengganggu penghayatan saya terhadap program yg sdg brlangsung! Menyampah nyah..

Saturday, September 18, 2010


  
Lembah Bujang tunggu saya datang..!

Saya se0rang bujang juga (muke gatal)
;)

Raya Versi Kali Ini


Assalammualaikum wbt (versi Hj Mustafa dalam drama bersiri Qalesya)

Selamat Hari Raya lah Semua.

Kali ini cerita raya versi saya di PJ. Ye. Saya di hari raya.
Mari kita mulakan...


Malam Raya bukan malam pertama :

Kereta mak rosak lagi. So kereta mak beraya di bengkel lah. Situasi ni macam pernah berlaku je sebelum ni. Macam sejarah berulang. Macam mane nak balik kampung? Mane nak muat kalau naik 1 kereta sahaja.

Raya Pertama :

Lepas solat sunat hari raya, memang duduk di rumah sahaje. Boring kan kan?? Nasib lah. Huhu. Sebelah malam baru lah beraya ke rumah jiran, tgk baby cumel & juga ke rumah tok nek.

 
tok nek =)


Raya Kedua :

Ayah kata "Lepas zohor, siap2. Kita gerak balik kampung jumpe embah".
Tiba-tiba pulak.
Ikot kan saje lah..
Kerana kancil kesayangan mak beraya di bengkel, jadi nye kami pulang dgn kereta ayah & juga ford ranger atau nama mesra di kalangan kami sekeluarga, lori oke. Belasah lah. Haha. Memang macam lori sebab kalau duduk belakang melambung-lambung.

 

yg ni pon nk kene gigit jugak =D

Raya Ke-3 :

Masih lagi di kampung. Bermesra-mesraan bersama sanak saudara. Embah2, Paman2, Bibik2, sepupu sepapat sekalian =)
Juga birthday si adek bajet.
Happy Birthday Sayang!






embah yot (die moyang saya)

gigit kau baru tau =D

Raya ke-4 :

Raya versi sempoi. Beraya ke rumah kawan Kak Ngah, Kak Tiya. Pakai jeans & shirt. Sebenarnya bukan nak raya sangat pon, just nak tengok baby die. Itu yg utama. Baby memang selalunye cumel. Selalu geram bile teng0k baby.

Raya ke-5 :

Beraya bersama rakan taulan. Bak kata wahida, BFF lah kan. Haha. Memang pulun habis kalau boleh nak pergi semua rumah. Kalau boleh lah kan. Tapi sempat 9 rumah sahaja. Rumah nanat & eda di tutup. Sebab eda suruh dtg hari khamis. Open house katenye. Hari ni die close.




satu


dua

 tiga

 empat

lima

enam


 tujuh


lapan


Rumah ke-9 terakhir rumah Opah Bee. Selamat Hari Raya Opah.
Tapi kan wan x ikhlas kot datang rumah opah, pancing guna nama ex-girlfriend baru dia mau masuk. Xpatot betol!
  
Sebelum pulang, singgah the Curve jap.
Pengetahuan am yang perlu diketahui, itulah kali pertama jejak kaki kesane. Haha. Xheran!


Raya ke-6 :

Rehat2 dulu di rumah. Nonton televisyen. Layan tetamu yg hadir. Malam di Brickfields bersama Abg Chik.

Raya ke-7 :

Raya konsep moden. Gather di Piramid. Konon kami nak buat reunion. Tapi xbrape nk reunion cause ramai sgt yg xdpt dtg. So, organiser decide, kita jumpe2 je sape yang ade.
Tp still fun tahu, cause masing2 memang gila.
Makan di pizza hut, beriadah di bowling centre & sembang2 petang di Subaidah Sunway.
Dari awal sampai lah hbs 'majlis', memang xhabis cerita kan.
Lepas rindu.
Sayang korang semua.




Aktiviti malam pula,ke Kelana Jaya. Singgah rumah Ros. Juga bertemu dengan Shamer & si encem Fawwaz. Haha. Style kot ko, time sekolah dulu aku xberape nampak kehenseman kau. Rugi betol. Gigit jari sekarang!
Dekat rumah ros, habis geledah album dia, tengok gambar time sekolah rendah dulu. Aku memang cumel (kawan2 sila akui itu) dengan skirt, stokin paras lutut konon tutup aurat & rambut yang disisir rapi. Belah tepi tu. Style. Haha.
Punggung masing2 macam dah melekat. Tak reti2 nak bransur pulang kan. Aish. Tak habis cerita lagi rupenye.
Tapi masing2 bersetuju, kalau lah semua ada, mesti lagi syok. Aku pon sangat setuju. Mane korang yg lain ni. Mane2??

Dalam pukul 10 terus shoot balik hantar Sywal, lepas tu gerak pergi uma Eda cause dah janji dengan dia dari petang lagi nak datang rumah. Sory Eda. Selamat Hari Raya kau. Maaf Zahir Batin!
haha =)
Cadangnya rumah Eda adalah rumah terakhir untuk persinggahan hari ni, tapi secara tiba-tiba, kami buat2 gila terus gerak ke Bangi pergi rumah Wahieda pula.
Memang gila.
Wahieda kau kejam kan ajak last minit. Pancing guna ayah & mak kau pula kan. Tak sampai hati nak tolak cause dah lama pon xjumpe. Kat rumah Eda pon xsempat nk jumpe. Akhirnye berjumpa di rumah kau jua.

Kali ni memang betol. Rumah wahieda rumah yg terakhir.
weee =D

Raya ke-8 :

Out ke KL. Apa ada? Pergi wisma yakin je, belikan barang yang di kirim oleh rakan. Esok nak balik dah. Tapi nasib malang kedai yg dituju hanye akan mula beroperasi pada 20hb. Dissappointed! Konon nk buat muka sedih. Haha. Terus ke Piramid untuk jalan2 cuci mata. Yg pasti habiskan duit juga. $$$. Haha.

Raya ke-9 :

Separuh di PJ & separuh di Merb0k mungkin =) 


Jom puasa rakan2!!
 

Friday, September 17, 2010

Kenalkan..Boyfriend saya..


Saya ada kawan lelaki. Saya sayang dia.

Saya juga ada kawan lelaki yang lain. Saya juga sayang dia.

Bila semakin membesar dan semakin mengenali dunia, kawan lelaki saya juga bertambah. Saya juga sayang mereka semua.

Tapi kan rakan2..

Salah ke kalau saya xada 'boyfriend' ketika ini?
Wajib ke untuk perlu ada bila lihat rakan lain ada dan saya xada?

Saya mungkin belum bersedia lagi untuk ade teman yg boleh call saya tiap2 hari untuk tanye itu ini.

Saya mungkin belum desperate lagi untuk berSMS, MMS & 3G sentiase. Dan yang wajib ade sentiasa dlm inbox saya.

Saya mungkin belum bersedia lagi untuk ade teman yg boleh saya ceritakan kepada org lain. Bila jumpe kawan boleh kata 'Kenalkan ini John. Teman istimewa saya'. Sambil senyum malu2. * Blushing *

Saya mungkin belum bersedia lagi untuk ada teman istimewa yang boleh saya luahkan sepenuh rasa sayang, kaseh & chenta (hahaha, gelak guling2 cpt) ini kepada dia. 


Saya mungkin belum bersedia kerana takut Mak & Ayah marah.

Saya mungkin belum cukup dewasa untuk memikirkan semua ini. Tapi saya tahu saiz saya sudah cukup dewasa. Itu xperlu diberitahu.


Saya mungkin takut atau mungkin belum bersedia.
 
Owh.
Mungkin suatu ketika nanti.


Monday, September 13, 2010

Conversation.

BUZZ!!!

kau : hi
sy putra


aku : haha..
putra lrt...


kau : ktne?


aku : rumah saya..


kau : OO
KL sudah?


aku : pj..


kau : oo
xjmp faris ke?


aku : nk wt pe jumpe die memlm mcm ni??


kau : xde la..
mksd sy
bila bila
heheh


aku : tah..
xkot..


kau : oo
bl blk kedah?


aku : insyaAllah sabtu...


kau : oo
beli tiket dh?
ke faris hntr?


aku : blum beli..
balik sendiri la..
rajen plak die nk hntr kn??
nk kene bebel ngn mak lagi nnti..


kau : ooo
ala..
kan dia rajin amik awk
huhuh
ala..
bebelan mak kejap je


aku : rajen la sgt..
xbleh..
xmau kene bebel slalu..


kau : mst best an
ada mmbe
dtg amik uh


aku : x..
sbb xleh nk tdo..


kau : knp lak/


aku : sebab die xbhnti ckp..
sebab die bwk laju..
sebab sy xselesa..


kau : awk suka dia ya?
tteeettttt


aku : hahaha
xde mkne..


kau : ye la uh


aku : dah biase..


kau : ook
 
 
Hati boleh berubah.
Jodoh & pertemuan tak mampu di ubah.
 
Conversation yang kebiasaan, simple & menarik.(ini apa yang aku rasa)
Aku macam paham kau.
Tapi kau tolong jangan marah aku. 
Harap kita terus bersahabat. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri yg ke-4 !!
Maaf Zahir Batin juga.

;)

Sunday, September 12, 2010

Dia bajet lebih.


Bukan sebarang bajet tapi bajet hensem. Hahaha.


Happy Birthday Adek!!

Friday, September 10, 2010

Titis air mata itu..


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin!


Pasti menitis air mata ni bila bermaaf-maafan sesama ahli keluarga yang lain. Emak, ayah, Kak Long, Kak Ngah, Abang, Abg cik & Adik. Terasa sungguh syahdu. Banyak sungguh dosa2 terhadap mak & ayah. Tak perlu diungkit, tak perlu diingatkan, diri sendiri sedar itu semua.

Kenapa mesti 1 Syawal baru nak minta ampun maaf??
Macam dah jadi satu kebiasaan kan. Walaupun hari2 lain mampu untuk bermaafan.

Berfikir sejenak.

 Sebak! Bila mak & ayah sendiri menitiskan air mata. Lakonankah? Perlu menilai dari mata yang memandang. Dahi aku dikucup rapat. Aku anak emak & ayah.
Rindu. Rindu. Rindu.
Walau hari2 bertemu. Walau hari2 aku masih mampu mendengar suara mereka.

Yang satu. Paling tidak disukai. Bila air mata yang emak titiskan bukan air mata kebiasaan. Penuh makna. Penuh cerita. Tumpah seperti yang di jangka.


Syawal 1431 Hijrah. Berbeza. Maafkan Uda juga. Maaf!


Hanya merancang...


Aku yang lemah hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. 

Perkara macam ni selalu terjadi terhadap aku. Selalu sangat. Perkara yang dirancang selalu tidak seperti yang dirancang. Mungkin dah takdir dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Ye aku tahu. Aku juga sedar. Bersyukur sekali lagi aku masih mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna tahun ini. Alhamdulillah. InsyaAllah esok lusa aku juga mampu meraikan kedatangan syawal. Mungkin hari ini bukan hari terbaik dalam sejarah hidup aku. Pasrah dengan ketentuan ilahi. Bersyukur dengan nikmat yang ada. 'Jangan kufur nikmat'(pesan rakan) Manusia tak selalu akan berada di atas. Putaran roda. Kadang di atas dan kadang di bawah.

Yang pasti aku punyai azam. Bukan azam tahun baru, juga bukan azam meraikan kedatangan bulan Syawal.

Thursday, September 9, 2010


Selamat Hari Raya Rakan2 Semua!!
Minta maaf kalau ada salah & silap.

Tuesday, September 7, 2010

Petang tadi saya ke bazar Ramadhan bersama Abang. Hampir habis pusing2 satu taman. Semata mahu mencari seekor ayam golek. Tidak ditemui. Nasib saya dan Abang tak tergolek-golek je lalu di tengah2 kesesakkan orang ramai. Akhirnya membuat keputusan membeli ayam percik sahaja. Pilihan masih lagi ayam. Ayam Ayam Ayam.

Ramadhan ke-28.
Alhamduliilah =)

Monday, September 6, 2010

Jalan cerita yang berbeza..


Benci dia (tau aku berdosa) tapi tetap sayang dia sampai mati sebab itu adalah wajib!!

Paham? Mane mungkin. Sebab cerita kita sungguh2 berbeza...

Sunday, September 5, 2010

Menanti kepulangan Kak Ngah & Abang


Macam lama je xjumpa kan?? Rindu kot. Haha. Saja2. Xtau kenapa. Walaupun kami selalu bergaduh, tapi kepulangan mereka tetap dinantikan.

Bila semua ada, baru meriah rumah ni kan.

Saturday, September 4, 2010

Continue..


Selamat tiba di rumah semalam. Terima Kasih kepada Paris kerana kerajenannye untuk datang ke Kedah. Usaha kau amatlah sangat2 dihargai. Thank you so much.
Tapi memang sebelum balik mesti kene call mak dulu mintak permission dari mak lah kan. Seperti biasa, selalunye pasti akan didahului bebelan mak dulu.

Mak : Ish ude ni. Hati2 la. Jangan menggedik sangat.
Ude : Oke2. Uda janji. Terima kasih mak.

 
So. Here i am. Continue berfasting di rumah bersama family terchenta. Tiada lagi bazar2 ramadhan sg layar, taman ria, lembah bujang, jam besar & tidak dilupakan bazar UiTM. Juga tiada lagi saat2 berbuka bersama norden,latika,lecturers, ladies & rakan2 gila yg lain.

Anda semua mengisi moment2 terindah ramadhan saya kali ini.

..love..

Wednesday, September 1, 2010

Degree


Kawan2 lain semua dah sibuk tanye itu ini pasal nak sambung study nanti. Tapi aku buat dekk je. Buat2 xtau. Eh. Bukan xmau sambung. Simpang2.
Memang pasti nak sambung study. Minat masih lagi untuk belajar. Cuma masih lagi xnampak apa yg nk disambung nanti. Haishhh..Pening2 lagi.