Tuesday, December 25, 2012


Semak betul kau ni. Kadang aku dah sampai macam tahap annoying. Tak perlu kot nak membontot aku macam setengah promoter kedai baju. Kalau mampu, semua promoter kedai baju tu akan entertain every single customer yang masuk dalam kedai sampai ke dalam fitting room kan. Sama lah macam. Tapi aku pun pernah jadi promoter. Promoter yang bukan membontot customer!

Semak kau tahu. Semak. Semak. Semak.
Maybe aku semak sebab dok sibuk  ber'thesis' kau pulak sibuk membontot.













Aku memang buat blog aku ni macam twitter pulak kan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, December 24, 2012


Cara kau, bukan cara aku.
Tak semua perkara perlu DITUNJUK dengan mata kepala, sebab mata hati itu lebih bermakna. Aku memang cepat rimas, cepat bosan, sebab aku juga merimaskan dan membosankan. Itu memang aku.

Aku pernah biasa, selesa dengan cara kau, tapi tak bermakna itu nokhtah untuk aku dan kau. Tak bermakna aku perlu terus berhenti dengan apa yang aku inginkan, apa yang aku angankan, apa yang kejar, walaupun realiti, itu semua mustahil bagi aku.

Jahat aku, kasar aku, buruk aku,  aku masih damba kasih dari Nya.

Jangan sampai aku remove kau dari friend list. Itu kira bagus lagi, kalau remove kau dari memory list terus??

Minta dijauhkan sebab putus saudara seislam bukan perkara yang elok pun. Itu pasal aku diam. Diam dari kau.

Awal-awal aku pernah cakap yang aku memang pandai berlakon. Elok aku selama yang kau sedar, semua nya lakonan.  Nak hidup kena pandai asah bakat sendiri lah.
Dunia hipokrit memang macam ni.









Hohoiii. Aku tahu ada yang jelik dengan apa yang aku tulis selama ni kan? Sebab memang aku tulis ikut apa yang aku rasa. Fakta auta, belakang cerita.

Yang kau dok bukak blog ni pasal apa? Sendiri buka, sendira baca, sendiri rasa jelik. Memang minta di maki.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, December 15, 2012


life without friend.s ?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, December 10, 2012

Jangan cari aku.

Kau ingat ada ke yang akan cari kalau kau hilang. Tak payah nak kepoh sangat suruh orang jangan cari. Publisiti murahan.

Bila serabut dan semak dalam kepala, aku cuma mampu bayangkan, kalau aku boleh terus berlari tanpa henti, tanpa rasa penat, tanpa perlu berfikir, tanpa ada yang peduli. Peduli? Sebab aku tahu yang peduli, jarang sekali ikhlas. Yang ikhlas jarang sekali bertahan. Ikhlas kau tidak akan sama dengan rasa yang selalu kau ungkapkan. Tidak akan sama dengan apa yang engkau zahir. Apa yang sama hanya rasa jemu, muak.  Sebab aku sendiri payah untuk percaya walau di buai rasa nafsu dunia yang konon nya itu bayangan syurga.
Janji manusia aku ragu.
Apatah lagi janji sendiri.

Aku tidak layak menerima. Jauh beza simpang yang kau jumpa.

Jadi, jangan cari aku kalau tiada.  Cari lah DIA pelengkap segala.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, December 7, 2012


Azam aku sebelum start practical, aku nak cari company yang best-best. Best tu termasuk lah dari segi elaun yang diberikan. Aku kan mata duitan.Kalau boleh tak nak government, nak pengalaman baru konon nya sebab dah pernah kerja under qovernment ni kan. Tak nak bank. Sebab selalu sangat dengar cerita kalau kerja bank harapan untuk balik on time memang akan tinggal harapan je. Tak nak dekat mana-mana company yang ada shift. Dan kalau boleh nak company yang boleh bawa aku pergi sana sini. Kalau dapat pergi oversea, itu lagi bagus. Tinggi betul angan-angan aku, itu dah bukan azam lagi tu. Sebab kalau boleh aku nak terus diserap kalau company tu best dan gaji pun cukup masyuuuuukkkk untuk aku yang materialistic ni.


Tapi bila dah terlalu memilih sangat, tu yang aku payah nak dapat placement kat mana-mana company. Aku antara manusia-manusia yang terakhir terhegeh-hegeh pergi kampus time cuti sem minta cover letter dari Sir Halim. Sampaikan 2 weeks before practical period start, aku masih lagi duk pergi interview sana-sani. Masih lagi google company-company yang terima intern student. Masih lagi call senior-senior tanya pasal company-company yang best.


Tup tup. Duduk lah kau dekat Scope which is subsidiary company of Standard Chartered. BANK ye!! Yang kau tak nak sangat tu kan, yang tu lah yang kau dapat. (Kalau tak nak sangat laki muka macam Beckham, agak-agak boleh dapat tak?) Haha.
 Elaun pula biasa-biasa je. Walaupun aku bukan duduk dekat bank yang betul-betul bank, yang ada security guard pegang senapang panjang tu, yang ada 5 6 kaunter, yang ada mesin nombor giliran yang annoying, yang ada ATM bagai tu, tapi bank tetap bank.


Tu yang masa awal-awal aku dekat office PJ hampir setiap hari aku merungut. Yang jadi mangsa mendengar rungutan aku, mestilah emak. Tapi Mak, memang supporter terhebat aku.

 
Benda yang kita tak minat, tapi kita kena buat. Siapa suka?
Ada yang kata minat boleh dipupuk. Siapa tahu kan?


Ada satu hari time tu aku dah siap kerja aku. Kira kalau aku nak balik memang boleh balik. Tapi aku still lagi dekat office.


“Eh syira, kenapa tak balik lagi. Bukan senang nak dapat balik awal ni. Pergi lah balik.”


Aku senyum., “Hah oke2” Tapi still duduk dekat situ tak balik pun. Aku pun tak tahu kenapa hari tu bontot aku berat sangat.


“Ke syira memang suka balik lambat? Syira suka eh kerja dekat sini?


Belum sempat akak tu habis kan ayat-ayat berikutnya, terus aku jawab...




Eh..Memang TAAAAKKK lah...!!
...krik krikk krikkk krikk...


Memang terbaik jawapan aku time tu. Jujur betul.

And tiba-tiba terbayang-bayang wajah Miss Farah, Puan Azfar and Miss Oyin.Sebab masing-masing ada experience dalam banking industry.

And yes, balik awal or on time adalah perkara jarang2 berlaku.


Itu semua maybe masa aku belum familiar dengan working environment dekat sini. Tak kenal maka tak cinta. Tapi walaupun aku dah kenal, aku tak adalah sampai jatuh cinta dengan job aku. Tak adalah sampai dibawa ke dalam mimpi. At least aku mula keluarkan diri aku yang sebenar.

And supposely 16 November merupakan hari terakhir aku sebagai practical student kalau ikot contract yang aku sign masa first day aku start practical. Tapi tapi tapi...aku still kat sini lagi hari ini. Aku tak tahu kenapa aku masih pilih Scope. Sama lah jugak dengan keadaan bila aku tak tahu kenapa aku pilih mendiamkan diri untuk apa yang aku mahu.


Mungkin sebab aku belum yakin dengan semua ini.



Wish me luck and yet, Oh my thesis. Aku abaikan engkau. Sorry, aku kurang fokus.
:(