Sunday, July 18, 2010

Kurus

Mari mengambil berat =)

Masa zaman sekolah dulu memang tak malu nak cerita pasal berat. Kalau isi borang kesihatan pon, tak malu kalau nak tulis besar2.  Tapi sekarang, macam perempuan Melayu terakhir bila di tanye pasal berat. Malu2 kucing je kalau nak jawab.
Sedih.
Sobsob.

 Sebelum datang Kedah, last timbang berat masa tengah tunggu result spm. 50 kg oke. Masa tu pon berat dah mula naik sebab hari2 dihadapkan dengan fast food. Mane tak nye, dah buat part time pon kt a&w kan? Nasib baek dagu tak sampai berlapis.


2009


awal semesester 5


terkini..turun 100gram je?? haha

So??
How??
Bilakah mungkin seperti dahulu kala...

Diet, diet & diet...

Monday, July 12, 2010

Rasa apa?


Apa rasanye kan..


Anak : …bila sedar ada 2 ibu tiba2?

Isteri 1 : …bila dimadukan..

Isteri 2 : …bila jadi isteri ke 2..

Suami : …bila berpoligami…


Memang bukan perkara biasa bila di bicarakan. Tapi menjadi luar biasa bila diri sendiri merasai. Kalau betul mengikut sunnah biarlah dengan niat yg betul. InsyaAllah. Hempedu pasti semanis madu kan.

Mudah nye kalau hanya mampu berkata.

Sunday, July 11, 2010

Saya dan Update


Hari2 terawal semester baru selalu memang akan rasa huru hara. Alhamdulillah, semuanya kini berjalan lancar dan hari2 huru hara semakin reda. Semester baru, semangat baru, azam pon selalunya akan baru ye seperti selalu dan juga rumah baru. Haha. Tapi hanya menyewa. Selamat tinggal Mahsuri. Tiada lagi wireless free hari2. Tiada lagi pengkalan iman dan Pak Ad. Tiada lagi dining Masria & food court Kak Peah. Tiada lagi mambang biru. Syahdu!



Semester 6



Dari sem 1 sampai lah sem 5, kelas xpernah berubah. Tapi bila masuk sem 6 ini terpaksa di ubah gara2 hanya terdapat 2 kelas sahaja yg ditawarkan. Kelas A untuk yg ambil International Business dan kelas B untuk Transport. Tentunya kelas A menjadi pilihan idaman kalbu. Maka, terpakasalah ye utk daftar course kelas A. Still best jugak sebab ramai rakan2 lain yg ambil IB. Jadi, tak ada beza sangat lah kalau tukar kelas pon. Tapi kelas padat tau. Sampai 40 lebih student dalam 1 kelas. Dah macam sekolah kan.



Subjek



Tak banyak. 4 subjek je. Total kelas dalam seminggu ada 8 kelas.



International Business
Entrepreneurship
Selling
Research Methodology



Rakan



Ada rakan2 baru. Tak baru sangatlah sebab dah kenal sebelum ni cuma belum pernah sama kelas. Hope semuanya oke2 lah kan. Rakan serumah pula rakan sekelas. Nuryn & Nadz, Kecuali Zati je. Zati xsama course dengan kami tapi die pernah sebilik dengan nuryn dari part 1 till part 4.



Rumah sewa



Kerana pengambilan pelajar pada semester ini yg melimpah ruah konon nak capai target 10 000 student sebelum 2012 lebih kurang macam tu lah kan, kami mangsa2 program bersamamu dihalau keluar untuk menginap di kediaman yg lebih selesa. Haha. Sangat selesa tau tak. Duit keluar macam air habaq ang. Banyak barang nak kene beli.Terus rasa menyampah dengan budak2 part 1. Haha. Kejam lah pulak kan. Uitm lagi kejam kot, bagi tilam extra untuk sumbatkan pelajar buat sementara waktu. Bilik untuk 2 jadi 3. Bilik 4 pulak jadi 5. Sesak kan.Terus 4 orang gadis ni gelabah cari rumah sewa. Memang gedik2 tak nak pikir pasal rumah sewa time sem lepas. Walaupun dah tahu kemungkinan tak dapat kolej adalah sangat besar. Suke buat last minit. Hehe. Tapi kami sangat bernasib baik walaupun cari rumah sewa last minit, akhirnya dapat jugak. Setakat ni tuan sewa kelihatan baik dan budiman. Pak Cik Lan. Siap tolong kami angkut barang dari kolej lagi & tolong bawak kan pergi kedai kunci kt SP tuh sebab nak duplicate kunci lah kan sebab kedai kunci yg dekat area rumah sewa tu amat sopan santun membuat kunci. Pak Cik Lan bagi kami masuk rumah dulu walaupun kami xbayar satu sen pon lagi. Tiba2 kene buat muka baik. Pak Cik Lan kata dia percayakan kami. Walaupun begitu, haha..kerja2 mencuci rumah & menebas semak dilakukan oleh kami sendiri. Sila lihat kehebatan gadis2 di bawah.









Hebat tak kami??
hehe =)

 

Transport



Seminggu sebelum balik ke Merbok, ayah kata nak belikan motor. Wah..Suke2 =) tapi..Hah? Motor je? Ala..Bukan kereta ke? Hoi hoi. Hamboi kau. Demand eh kau. Kau ingat ayah kau tu kerja cop duit ke? Boleh la pulak nak beli kereta macam petik jari je kan. Bersyukur dengan apa yg ada. Paham tak kau? Huhu. Paham2. Kasihan kat ayah. Banyak lagi tanggungan lain. Tapi kan memang sangat bersyukur. At least ada juga kenderaan sendiri. Kalau ada kelas latihan nanti, xdalah susah nak pergi sendiri. Tapi motor belum sampai lagi. Dalam 2 3 hari lagi baru sampai. Sungguh kasihan ye. Macam mana nak pergi kelas ni? Konon nak pergi kelas naik bas Uitm je, xpon mintak tolong fadzil untuk tumpangkan, tapi kalau dah rezeki jangan ditolak. Hehe. Nuryn bawak kereta abahnya. Memang rezeki. So, masalah transport hampir selesai.



Makanan



Makanan adalah antara aspek penting bila dah duduk luar ni kan. Hehe. Kalau dulu, hanya tertumpu kepada dining Masria, food court or café, tapi sekarang intan payung jadi pilihan. Kat kawasan taman ni memang banyak kedai makan, tapi selalu pergi kedai intan payung ni. Sebab makanan dia pon oke & harga berpatutan la jugak. Kenapa tak masak je? Sebab Pak Cik Lan baru je masukkan dapur. Esok lusa kami masaklah. Hehe.

Wednesday, July 7, 2010

Harap kan kau Si Pagar..

Memang ini entry bengang lagi..

Bengang x kalau kita mintak tolong kat orang, tapi orang 2 tolong susahkan kita? Mesti bengang kan. 
Kau memang rosak kan mood aku utk menghayati hari2 terindah semester 6 aku di sini. Kenapa mesti semester 6 kan? Awal2 sem lagi aku dah buat dosa hari2 dok maki kau. Sakit hati. Kesian kat iyn & nadz yg mendengar.

Harap kau akan tolong aku lagi.
Ikhlas =)


: Sekalung tahniah kepada abg k0lej ye. TQ!

Friday, July 2, 2010

Hang Tuah @ Melaka

Tanggal 26 Jun 2010 yg lepas kan, bertempat di dewan Sri Negeri Melaka, saya telah dianugerahkan sijil konvokesyen saya yg pertama.
Syukur =)
hehe..
Bukan2. Bukan konvo Uitm tapi konvo silat. Menarik kan? Silat pon ade konvo. Alhamdulillah segalanya berjalan spt yg di rancang.
Pagi tu majlis konvo, tgh hari mesyuarat agong & malam pula dinner. Pakej lengkap. Tapi meeting tu xpg sebab xwajib pon. Boleh bayang awal2 confirm boring kalau jadi pemerhati je..hehe

Yg pergi Melaka ni semua 17 org. 10 org berkonvoi 3 kereta ke sane, 4 org gerak dari Seremban & 3 org nek bas cawangan dari Ipoh. Berterabur. Amat sedih kan. Hal ini kerana bas telah di tarik balik oleh Mak Leha gara2 mood die kurang baek. Bas kecik je pon kami mintak. Kesian tau kt s/u kami turun naik ngadap die byk kali last2 bila dah bg, kene tarik balik. Tau itu hak die nak bagi ke tak kan. Tapi boleh kategori buruk siku x kalau mcm tu?
=P
Tak mengapa,walaupon x dpt bas, kami masih mampu gagahkan diri ke sane.

Bertolak dari rumah pukul 5.30 pagi ye bersama paris, ila & ain. Haha. Macam nak p menoreh lak kan. Yela. Harus gerak awal sebab majlis start pukul 8. Tapi tak pukul 8 pon. Pukul 9 lebih macam tuh baru boleh masuk dewan. Dalam dewan memang sangat lama nak tunggu yeSila bayangkan yg hadir pada hari tuh hampir 1600 peserta & yg terima sijil dlm 1000 orang (38 orang adalah penerima sijil kepujian). Tak ke petak BONTOT ni nak menunggu. Tapi xpe. Aku rela. Sekali seumur hidup kan. Teruje ye nak naik pentas bila nama dah dipanggil, amek sijil & senyum dengan semangatnye bila pandang kamera. Saya dah lulus ujian!



Selesai majlis, memang dah pakat xmau attend meeting. Haha. So kami ronda2 bandar Melaka lah. Again. Aku sedikit batak ye. Sebab memang xpenah jejak kaki kt Melaka since aku pandai berpikir ni. Last pergi mase umur dalam 2 tahun cam tuh. Itu pon ingat penah pergi sebab tgk gmbr kecik2 dulu. Mak yg bagitahu. Kasihan betul aku ni.
 Tak jalan mane pon sebab x banyak masa kan sebab malam ade dinner.









Dinner start dalam pukul 8.30. Kene tunggu VIP2 semu tuh, baru la start. Da persembahan demo & tayangan video. Sambil makan2 tu kami dengar ucapan dari setiap wakil cawangan. Tak dengar sgt pon kan, sebab masing2 yg da dlm hall sume syok nk bercerita. Makan2 sampai kenyang. Perut memang padat & mampat & sendat. Hihi. Huduh ah. Tak sendat mane pon.








Habis dinner memang nak terus gerak balik. Time balik ni, ikot jalan lama sebab konon kalau rajin nak singgah PD dulu la kan. Lagipon masing2 xkejar mase. Lepak pantai dulu. Menikmati keindahan. Dah alang2. Tapi mungkin xde rezeki sebab sepanjang perjalan tu sampai la da masuk KL hujan lebat kot. Paling teruk kt area PD tuh sampai banjir2. Serius xnampak jalan sangat dah.
Berhenti kat stesen minyak cause memang rase kereta xleh nak jalan dah. Air pon dah masuk dalam kereta. Aku memang cuak kau tau. Masing2 dari layu kuyu, terus segar bugar. Kalau lah enjin mati tengah2 jalan tu...memang mendayung lah kan jawabnye. Tapi Paris kau boleh buat cool lagi kan. Gile controllah. Haha. Time kat stesen minyak ni, baru perasan yg nombor plat depan patah. Hilang terus.
Ekzos plak masuk air.
Paris..kesian baby kau jadi mangsa. Sory tau!!
Dari perjalan yg di jangka ambil masa 2 jam jadi sampai 4 jam. Dah boleh sampai kedah dah ni. Haha.
Alhamdulillah kami sampai dgn selamatnya...




*perasan mat rempit di Melaka suke ikot lane kanan sekali!

*gambar ehsan dari ila & sham


 

Maaf..mulut aku..


Lately bila nak hangout dengan dia macam nak xnk je. Walaupun xsmpai hati nak ckp xnak.

Semalam time jumpa si Paris ni jap, mulut aku tercabul la sikit nak tanye soalan baek punye.

Paris, kau betul2 ikhlas ke kawan dengan aku selama ni?

Paris serius mcm marah bila aku tanye soalan mcm tu. Dia siap kate, dah bertahun kawan, aku boleh lagi tanye soalan macam tu. Sekarang pulak tu baru nk tanye kan. Sentap!

Salah ke aku tanye?
Wei mulut aku tau.

Diam terus kau. Dari suasana hingar bingar bunyi kau & aku & radio, terus mcm sunyi sepi. Actually soalan ni dah terlintas lame dah dlm fikiran. Time tu tengah dtg bulan kan. Emosi xberapa nk stabil. Serabut. Tambah lagi bila ade gosip liar & bangang bajet mcm selebriti la kan yg xberapa sedap telinga nk dengar. Lagi2 bila libatkan hati & perasaan. Geli pulak. Haha. Jadinya, soalan begini timbul. Tapi dah lupa sebab dah lame dah. Tapi bila kau ingatkan balik, akhirnya terkeluar juga.

Betul. Aku kenal kau dah lama. Bertahun. Bukan tadi. Bukan sehari dua. Tapi bila cerita kau & aku memang berbeza, orang sekililing pulak selalu suke2 nak tafsir & reka2 cerita. Buat pulak kebarangkalian yg kadang kala memang xlogik. Mane mungkin kan aku bertahan. Rimas! Kadang kala soalan yg macam bangang2 akan keluar. Aku memang masih dengan pendirian aku. Kau pula, dengan kate kau : Biarkan org berkata. Mulut org memang xboleh nak tutup. Hak masing2.

Bila kau yg di luar bertanye, memang betul jawapan aku ikhlas. Aku seikhlasnya menjadi diri aku. Bukan untuk memuaskan hati orang lain semata. Tapi aku xmungkin mampu menolak takdir tuhan kan. Berserah.


* ade aku kesah ke dengan kata2 kau?