Friday, July 2, 2010

Hang Tuah @ Melaka

Tanggal 26 Jun 2010 yg lepas kan, bertempat di dewan Sri Negeri Melaka, saya telah dianugerahkan sijil konvokesyen saya yg pertama.
Syukur =)
hehe..
Bukan2. Bukan konvo Uitm tapi konvo silat. Menarik kan? Silat pon ade konvo. Alhamdulillah segalanya berjalan spt yg di rancang.
Pagi tu majlis konvo, tgh hari mesyuarat agong & malam pula dinner. Pakej lengkap. Tapi meeting tu xpg sebab xwajib pon. Boleh bayang awal2 confirm boring kalau jadi pemerhati je..hehe

Yg pergi Melaka ni semua 17 org. 10 org berkonvoi 3 kereta ke sane, 4 org gerak dari Seremban & 3 org nek bas cawangan dari Ipoh. Berterabur. Amat sedih kan. Hal ini kerana bas telah di tarik balik oleh Mak Leha gara2 mood die kurang baek. Bas kecik je pon kami mintak. Kesian tau kt s/u kami turun naik ngadap die byk kali last2 bila dah bg, kene tarik balik. Tau itu hak die nak bagi ke tak kan. Tapi boleh kategori buruk siku x kalau mcm tu?
=P
Tak mengapa,walaupon x dpt bas, kami masih mampu gagahkan diri ke sane.

Bertolak dari rumah pukul 5.30 pagi ye bersama paris, ila & ain. Haha. Macam nak p menoreh lak kan. Yela. Harus gerak awal sebab majlis start pukul 8. Tapi tak pukul 8 pon. Pukul 9 lebih macam tuh baru boleh masuk dewan. Dalam dewan memang sangat lama nak tunggu yeSila bayangkan yg hadir pada hari tuh hampir 1600 peserta & yg terima sijil dlm 1000 orang (38 orang adalah penerima sijil kepujian). Tak ke petak BONTOT ni nak menunggu. Tapi xpe. Aku rela. Sekali seumur hidup kan. Teruje ye nak naik pentas bila nama dah dipanggil, amek sijil & senyum dengan semangatnye bila pandang kamera. Saya dah lulus ujian!



Selesai majlis, memang dah pakat xmau attend meeting. Haha. So kami ronda2 bandar Melaka lah. Again. Aku sedikit batak ye. Sebab memang xpenah jejak kaki kt Melaka since aku pandai berpikir ni. Last pergi mase umur dalam 2 tahun cam tuh. Itu pon ingat penah pergi sebab tgk gmbr kecik2 dulu. Mak yg bagitahu. Kasihan betul aku ni.
 Tak jalan mane pon sebab x banyak masa kan sebab malam ade dinner.









Dinner start dalam pukul 8.30. Kene tunggu VIP2 semu tuh, baru la start. Da persembahan demo & tayangan video. Sambil makan2 tu kami dengar ucapan dari setiap wakil cawangan. Tak dengar sgt pon kan, sebab masing2 yg da dlm hall sume syok nk bercerita. Makan2 sampai kenyang. Perut memang padat & mampat & sendat. Hihi. Huduh ah. Tak sendat mane pon.








Habis dinner memang nak terus gerak balik. Time balik ni, ikot jalan lama sebab konon kalau rajin nak singgah PD dulu la kan. Lagipon masing2 xkejar mase. Lepak pantai dulu. Menikmati keindahan. Dah alang2. Tapi mungkin xde rezeki sebab sepanjang perjalan tu sampai la da masuk KL hujan lebat kot. Paling teruk kt area PD tuh sampai banjir2. Serius xnampak jalan sangat dah.
Berhenti kat stesen minyak cause memang rase kereta xleh nak jalan dah. Air pon dah masuk dalam kereta. Aku memang cuak kau tau. Masing2 dari layu kuyu, terus segar bugar. Kalau lah enjin mati tengah2 jalan tu...memang mendayung lah kan jawabnye. Tapi Paris kau boleh buat cool lagi kan. Gile controllah. Haha. Time kat stesen minyak ni, baru perasan yg nombor plat depan patah. Hilang terus.
Ekzos plak masuk air.
Paris..kesian baby kau jadi mangsa. Sory tau!!
Dari perjalan yg di jangka ambil masa 2 jam jadi sampai 4 jam. Dah boleh sampai kedah dah ni. Haha.
Alhamdulillah kami sampai dgn selamatnya...




*perasan mat rempit di Melaka suke ikot lane kanan sekali!

*gambar ehsan dari ila & sham


 

1 comment: