Tuesday, December 25, 2012


Semak betul kau ni. Kadang aku dah sampai macam tahap annoying. Tak perlu kot nak membontot aku macam setengah promoter kedai baju. Kalau mampu, semua promoter kedai baju tu akan entertain every single customer yang masuk dalam kedai sampai ke dalam fitting room kan. Sama lah macam. Tapi aku pun pernah jadi promoter. Promoter yang bukan membontot customer!

Semak kau tahu. Semak. Semak. Semak.
Maybe aku semak sebab dok sibuk  ber'thesis' kau pulak sibuk membontot.













Aku memang buat blog aku ni macam twitter pulak kan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, December 24, 2012


Cara kau, bukan cara aku.
Tak semua perkara perlu DITUNJUK dengan mata kepala, sebab mata hati itu lebih bermakna. Aku memang cepat rimas, cepat bosan, sebab aku juga merimaskan dan membosankan. Itu memang aku.

Aku pernah biasa, selesa dengan cara kau, tapi tak bermakna itu nokhtah untuk aku dan kau. Tak bermakna aku perlu terus berhenti dengan apa yang aku inginkan, apa yang aku angankan, apa yang kejar, walaupun realiti, itu semua mustahil bagi aku.

Jahat aku, kasar aku, buruk aku,  aku masih damba kasih dari Nya.

Jangan sampai aku remove kau dari friend list. Itu kira bagus lagi, kalau remove kau dari memory list terus??

Minta dijauhkan sebab putus saudara seislam bukan perkara yang elok pun. Itu pasal aku diam. Diam dari kau.

Awal-awal aku pernah cakap yang aku memang pandai berlakon. Elok aku selama yang kau sedar, semua nya lakonan.  Nak hidup kena pandai asah bakat sendiri lah.
Dunia hipokrit memang macam ni.









Hohoiii. Aku tahu ada yang jelik dengan apa yang aku tulis selama ni kan? Sebab memang aku tulis ikut apa yang aku rasa. Fakta auta, belakang cerita.

Yang kau dok bukak blog ni pasal apa? Sendiri buka, sendira baca, sendiri rasa jelik. Memang minta di maki.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, December 15, 2012


life without friend.s ?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, December 10, 2012

Jangan cari aku.

Kau ingat ada ke yang akan cari kalau kau hilang. Tak payah nak kepoh sangat suruh orang jangan cari. Publisiti murahan.

Bila serabut dan semak dalam kepala, aku cuma mampu bayangkan, kalau aku boleh terus berlari tanpa henti, tanpa rasa penat, tanpa perlu berfikir, tanpa ada yang peduli. Peduli? Sebab aku tahu yang peduli, jarang sekali ikhlas. Yang ikhlas jarang sekali bertahan. Ikhlas kau tidak akan sama dengan rasa yang selalu kau ungkapkan. Tidak akan sama dengan apa yang engkau zahir. Apa yang sama hanya rasa jemu, muak.  Sebab aku sendiri payah untuk percaya walau di buai rasa nafsu dunia yang konon nya itu bayangan syurga.
Janji manusia aku ragu.
Apatah lagi janji sendiri.

Aku tidak layak menerima. Jauh beza simpang yang kau jumpa.

Jadi, jangan cari aku kalau tiada.  Cari lah DIA pelengkap segala.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, December 7, 2012


Azam aku sebelum start practical, aku nak cari company yang best-best. Best tu termasuk lah dari segi elaun yang diberikan. Aku kan mata duitan.Kalau boleh tak nak government, nak pengalaman baru konon nya sebab dah pernah kerja under qovernment ni kan. Tak nak bank. Sebab selalu sangat dengar cerita kalau kerja bank harapan untuk balik on time memang akan tinggal harapan je. Tak nak dekat mana-mana company yang ada shift. Dan kalau boleh nak company yang boleh bawa aku pergi sana sini. Kalau dapat pergi oversea, itu lagi bagus. Tinggi betul angan-angan aku, itu dah bukan azam lagi tu. Sebab kalau boleh aku nak terus diserap kalau company tu best dan gaji pun cukup masyuuuuukkkk untuk aku yang materialistic ni.


Tapi bila dah terlalu memilih sangat, tu yang aku payah nak dapat placement kat mana-mana company. Aku antara manusia-manusia yang terakhir terhegeh-hegeh pergi kampus time cuti sem minta cover letter dari Sir Halim. Sampaikan 2 weeks before practical period start, aku masih lagi duk pergi interview sana-sani. Masih lagi google company-company yang terima intern student. Masih lagi call senior-senior tanya pasal company-company yang best.


Tup tup. Duduk lah kau dekat Scope which is subsidiary company of Standard Chartered. BANK ye!! Yang kau tak nak sangat tu kan, yang tu lah yang kau dapat. (Kalau tak nak sangat laki muka macam Beckham, agak-agak boleh dapat tak?) Haha.
 Elaun pula biasa-biasa je. Walaupun aku bukan duduk dekat bank yang betul-betul bank, yang ada security guard pegang senapang panjang tu, yang ada 5 6 kaunter, yang ada mesin nombor giliran yang annoying, yang ada ATM bagai tu, tapi bank tetap bank.


Tu yang masa awal-awal aku dekat office PJ hampir setiap hari aku merungut. Yang jadi mangsa mendengar rungutan aku, mestilah emak. Tapi Mak, memang supporter terhebat aku.

 
Benda yang kita tak minat, tapi kita kena buat. Siapa suka?
Ada yang kata minat boleh dipupuk. Siapa tahu kan?


Ada satu hari time tu aku dah siap kerja aku. Kira kalau aku nak balik memang boleh balik. Tapi aku still lagi dekat office.


“Eh syira, kenapa tak balik lagi. Bukan senang nak dapat balik awal ni. Pergi lah balik.”


Aku senyum., “Hah oke2” Tapi still duduk dekat situ tak balik pun. Aku pun tak tahu kenapa hari tu bontot aku berat sangat.


“Ke syira memang suka balik lambat? Syira suka eh kerja dekat sini?


Belum sempat akak tu habis kan ayat-ayat berikutnya, terus aku jawab...




Eh..Memang TAAAAKKK lah...!!
...krik krikk krikkk krikk...


Memang terbaik jawapan aku time tu. Jujur betul.

And tiba-tiba terbayang-bayang wajah Miss Farah, Puan Azfar and Miss Oyin.Sebab masing-masing ada experience dalam banking industry.

And yes, balik awal or on time adalah perkara jarang2 berlaku.


Itu semua maybe masa aku belum familiar dengan working environment dekat sini. Tak kenal maka tak cinta. Tapi walaupun aku dah kenal, aku tak adalah sampai jatuh cinta dengan job aku. Tak adalah sampai dibawa ke dalam mimpi. At least aku mula keluarkan diri aku yang sebenar.

And supposely 16 November merupakan hari terakhir aku sebagai practical student kalau ikot contract yang aku sign masa first day aku start practical. Tapi tapi tapi...aku still kat sini lagi hari ini. Aku tak tahu kenapa aku masih pilih Scope. Sama lah jugak dengan keadaan bila aku tak tahu kenapa aku pilih mendiamkan diri untuk apa yang aku mahu.


Mungkin sebab aku belum yakin dengan semua ini.



Wish me luck and yet, Oh my thesis. Aku abaikan engkau. Sorry, aku kurang fokus.
:(

Tuesday, November 20, 2012

Saturday, November 17, 2012

Kawan


Selalu tak sependapat..
Cakap kadang sampai boleh makan dalam, dalam sangat..
Bila gelak boleh putus urat, senak perut, berair mata..
Makan sama, minum sama, padahal selera berbeza..
Kongsi cerita, kongsi rasa, kongsi rahsia..
Tenggelam timbul..
Bila senang lupa, bila susah, mengaku kawan sampai mati..
Pengkritik, peminat, pembimbing, peneman setia, kadang boleh jadi musuh paling hebat lakonannya..

Kawan apa kalau macam ni lah gayanya kan?
Tak kesah..

Bila itu semua yang buat aku kenal siapa kau..apa itu dunia..
Tak akan putus silaturrahim, kalau pun kawan hanya seketika..
InsyaAllah..

Published with Blogger-droid v2.0.6

tears....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 13, 2012

Intern #6

Countdown!

3

2

1

......

But, the truth is, tak tahu sebenarnya nak rasa apa.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, November 11, 2012

Nak pergi ke satu destinasi, tapi hampir satu bandar aku pusing. Sampai ke saat ini aku belum pernah suka jalan raya di Kuala Lumpur. Belum pernah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, October 22, 2012

Early Bird.


Pagi-pagi masuk office, terus ada orang belanja breakfast. Wah. Rezeki. Tapi adakah ini satu kerugian atau dugaan?
Sebab tiba-tiba hari ini rajin puasa. Puasa ganti sebenarnya.

Yang belanja 'abang katek' pulak tu.

Tak apa. Tahan. Mana tau malam ni ada yang nak belanja dinner ke kan?
Kan.
Haha :D

Sunday, October 21, 2012

Bola.


Petang tadi kak long call sebab abang is ajak tengok bola. Bukan tengok kat stadium pun, ajak lepak kedai je. Ajak pulak lepak kat kedai owner dia orang kelantan kan. Haha. Macam salah tempat je aku rasa.
Tapinya last-last end up tengok kat rumah je. Aku, abang cik and abang is. Abang pulak macam chipsmore, kejap minat tengok kejap tak. Kak long dah masuk bilik awal-awal lagi, pening, tak larat nak tengok dah. Haha.

Aku bukanlah perempuan yang jenis gila bola sangat, hafal semua nama player, follow setiap game dorang, and sampai nak beratur pergi stadium beli tiket bagai. Maybe aku minat sport. Badminton pon aku layan, hoki, bola jaring, renang, cycling and even cup prix pun aku tengok. Walaupun tengok dekat tv. Aku tak tau dari mana aku dapat minat yang satu ni. Zaman sekolah pun tak ada lah hebat mana dalam bidang sukan. Paling jauh pernah pergi sampai peringkat daerah je.

Dan hari ini aku sedar yang aku ada ahli baru untuk kepoh-kepoh jerit-jerit tengok bola.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 17, 2012

Judging time.



First time aku kenal mamat ni masa sama-sama training dengan kawan-kawan internship yang lain dekat TPM. Kalau ikot kan first impression aku, dia oke je lah. Kira, at least, kena transfer ke PJ, tak adalah aku tercengang sesorang, ada lah jugak hamba Allah yang aku kenal. Walaupun tak berapa kenal lagi.

Bila dah lama-lama kenal, macam tak berapa nak kimia lah dengan dia. Kalau ikotkan perangai aku yang agak gengster ni, selalunya boleh masuk dengan dak lelaki. Tapinya, mamat yang satu ni, aku tak tahu apa yang aku tak suka kat dia. Bila bercakap ngan aku, macam setiap ayat tu ada je macam aku rasa tak boleh nak terima. Sampai kan kalau boleh nak elak je dari jumpa dia. Dah satu department, satu office, satu batch trainee, tak kan aku nak menyombong pulak kan. Plus, dia yang suka sangat datang tempat aku bila dah tak da kerja. Rimas jugak kadang-kadang.

Yang menarik pasal mamat ni, dia salah seorang ahli kumpulan nasyid. Siap ada album and dorang bawah naungan Arteffects Production, Hafiz Hamidun punya company. Kalau siapa rajin dengan ikim.fm, kenal lah kot. Sebab group dia pernah jadi juara carta ikim untuk beberapa kali jugak lah. Mamat ni pun selalu ajak aku pergi tengok bila dia ada show. Tapi sampai hari ini aku tak pernah lagi pergi tengok. Eh, dah rasa macam berkawan dengan artis lah. Haha.

Aku terdedah dengan lagu-lagu nasyid sejak dari kecil lagi, Kalau naik kereta, mesti pasang lagu nasyid. Kumpulan Raihan menjadi pilihan. Dulu CD tak berapa nak wujud lagi ye, so koleksi kaset kumpulan –kumpulan nasyid memang banyak giler. Bersepah-sepah kat dalam kereta ayah. Bila dah meningkat remaja, kakak-kakak aku masing-masing duduk asrama, jadinya kalau budak asrama tak berapa kenal kumpulan nasyid ni macam dikira outdated lah jugak. Lagi-lagi budak-budak SMKA kan. So, kakak-kakak aku yang influence aku untuk mengenali artis-artis nasyid yang time tu tumbuh bagaikan cendawan. Pepatah siap. Hahaha. Name it, Rabbani, Hijjaz, Brothers, UNIC, In-Team, Mestica, Fareast, Saujana, Ammar, Akhbar,Mirwana, Firdaus .......

Dan time tu imej kumpulan nasyid akan menjadi idola sebab selalunya background setiap ahli tu mesti gempak2. Dengan masing-masing muka market, belajar dekat u sana, u sini, baru balik dari oversea lah, course yang diambil pun gempak2, so macam WOW terus pasang kaset dengar lagu nasyid hari-hari buat sumber inspirasi nak study.

So, aku pun bajet bila kenal dengan mamat ni plus dia ahli kumpulan nasyid, boleh lah dijadikan contoh. Lagi-lagi bila aku tau dia bekas student maahad. Macam dah nampak aura untuk dijadikan idola. Tapi...

Tapi itu semua luaran kan. Itu yang selalu dengar pepatah ‘dont judge a book by its cover’. So aku pun terus terfikir, eh, jangan judge mamat ni hanya dengan melihat kulit album dia je oke!’ FT pun dah jadi rockers sekarang kan.

Tak semua orang sempurna, tak semua orang mampu tutup kekurangan diri, same lah macam aku.


Alaaaaahaaaaai, tapinya kan, aku still tak boleh nak masuk dengan mamat ni. Tak boleh blah betul.



Tuesday, October 9, 2012

Intern #5


Selalu aku tengok scene bunga-bunga cinta ni dalam drama-drama tv je. Tapi sekarang ni aku tengok depan-depan. Dah nak dekat dua bulan aku kerja kat office ni, empat kali ye florist datang hantar bunga. Fresh flower lagi tu. Bunga pulak bukan yang sekuntum dua, ni yang jambak-jambak terus. Kalau letak atas meja, memang makan space jugak lah.

And for sure bukan untuk aku lah kan. (T_T)

Yang paling jadi bahan, bila dua dari bunga tu dihantar untuk seorang officemate aku ni, tapi nya dia lelaki. LELAKI oke. Hebat betul penangan kau. Satu department tepuk tangan untuk dia. Mana tak kena bahan kan, dalam bouquet bunga tu siap ada teddy bear. Agak-agak yang bagi tu perempuan ke lelaki jugak? Sweeeeeettttt sangat. Hahaha.

Friday, October 5, 2012

Intern #4

Masuk toilet kena bayar adalah perkara biasa. Orang tak pelik dah nak masuk toilet kena bayar even sampai RM2. Konon gold class punya toilet. Memang tak pelik.
Tapi yang satu ni aku pelik.
Since aku berpraktikal under banking sector, information secrecy adalah sangat penting. Mana-mana company pun akan menjaga rahsia sulit masing-masing kan. Tapinya, aku tak tahulah tahap sulit tu sampai nak masuk toilet pun kena guna access card. Terus aku jadi jakun dan batak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 2, 2012

Kebal, keras!


Kejadian ini berlaku pada suatu malam yang indah. Bukan malam pertama.

Lepas aku balik kerja, selalunya mestilah lambatkan bila sampai rumah. Kebetulan hari tu dapat balik awal, tapi tak adalah seawal langit masih cerah. Awal aku selalunya sesudah matahari terbenam. Kira elok je lepas azan maghrib tu, kalau aku dapat balik dalam pukul 7 tak pun 7.30, itu dah kira sangat bertuah. Hari-hari menikmati sunset dari dalam office.

Bila sampai rumah malam tu, aku terus siap-siap untuk ke kelas. Bila dapat balik awal, jadinya niat terus dalam hati konon boleh lah on time sampai kelas.

On the way nak ke Kibun, satu-satu manusia yang berselisih dengan aku pandang aku atas bawah. Maybe bukan kebiasaan diorang untuk lihat aku dalam keadaan begitu. Oke. Bila orang dah pandang-pandang, terus perangai hipokrit aku keluar. Control ayu.

Dalam lift, ada pak cik ni tegur. 'Pergi kerja ke?'
Aku terus pandang keliling lift, kot lah dia tanya orang lain. Tapi tak ada. Confirm dia tanye aku. Aku gelak dalam hati kalau aku pergi kerja dalam keadaan begitu.

Bila dah sampai kat bawah, aku terus pergi kat Kibun. Tak pandang dah kiri kanan. Walaupun aku tahu kat luar pintu lift tu ada lagi manusia yang akan pandang aku atas bawah. Rimas!

Sampai kat Kibun, ada lagi seorang pak cik ni pulak pandang aku pelik. Maybe sebab keadaan aku time tu yang tergesa-gesa kan. Aku buat bodoh, start Kibun and gerak.

Time kat atas Kibun, aku macam blurrr sekejap. Pastu baru mula berfikir-fikir. Aku nak pergi mana ye sebenarnya ni?

Bufffffeeerrringgg... Loaaaadddiiinggg.....

Dah betul dah hari ni hari Isnin. Betul lah tadi aku bercakap dengan Nisa. Dah betul dah tadi aku pakai baju. Kira aku yakin betul dah apa yang aku buat tadi.
Automatically, aku patah balik. Tanpa sebarang signal. Kalau boleh aku macam nak gelak guling-guling dengan Kibun.

Kau tau tak yang kelas kau tu dekat PJ? Kau boleh pulak senang lenang nak ke PJ tapi tak pakai helmet kan?

Nampak tak tahap kekebalan dan kekerasan kepala aku?

Naik balik atas rumah, adik aku pandang pelik, tapi bila aku keluar bawak helmet, satu je perkataan yang keluar dari mulut dia sambil gelak kan aku, SENGAL!

Tapi ini bukan masalah kebal atau keras nya kepala aku, tapi ini macam satu petanda. Yang sebenarnya, keadaan aku agak kritikal. Bila kat tempat kerja kepala dok fikir pasal kerja nak kejar payment bagai kan, balik rumah kepala tak sempat rehat, nak kena sambung fikir untuk project paper, tambah lagi dengan kerja sampingan yang seperti bibik-bibik sepenuh masa. Bila kepala aku dah terlalu penuh dengan input, sampai satu tahap aku rasa kepala aku dah cukup kebal, keras dan berat macam aku dah pakai helmet.
Dan ini bukan kejadian pertama kali.


Sunday, September 30, 2012

On Your Mark, Get Set, GO!


Eh makcik! GO lah! Kenapa tak gerak lagi ni?


Aku tak tau sebenarnya nak mula dari mana. Dah berapi kali bismillah pon tapi tak mula apa-apa lagi. Kawan-kawan yang lain masing-masing dah ada tajuk, dah start draft proposal semua, dah pergi jumpa advisor, dah start cari data sini sana dari company itu ini, dah mula fikir questionnaire, tapi aku??


BLANK!!!
Ini memang gilerrrr.


Bila luah kat member,ramai cakap untuk sedapkan hati aku,
'Ala ,Tak apa. Kau untung. Kau punya praktikal habis awal kan,nanti banyak masa untuk fokus.'

Untung tak untunglah kan.Kalau sekarang pun satu apa tak gerak, ingat nanti time habis praktikal tu, sempat ke nak pulun siap kan semua?

Kalau lah project paper ni boleh siap dalam masa dua tiga hari macam homework time sekolah dulu-dulu, boleh lah cerita.
Dengan kudrat sendiri yang semput-semput. Otak ni pulak boleh biul dengan tiba-tiba tanpa amaran, nak karang ayat dua tiga baris pon boleh makan sampai sebulan.


Ohhhhhhhooooiiii.
Kenapa teruk sangat ni?



Friday, September 28, 2012

=D



Dulu, aku pernah bercita-cita menjadi seorang doctor. Rasanya time kecik2 dulu memang budak2 suka untuk ada cita-cita yang gempak. Lawyer lah, arkitek lah, saintis, engineer ke kan, dan yang paling common, doctor lah kan. Aku lah tu. Tapi aku punya cita-cita memang berubah sentiasa. Macam-macam aku nak jadi bila dah besar nanti. Tapi sampai sekarang, bila dah besar, tiba-tiba aku dah hilang deria untuk bercita-cita. Tak tahu dah nak jadi apa kan.

Dentist, one of my dream list ambition. Ambition pon ade dream list. Kelasssss kau.

Just because aku suka sangat sangat tengok orang senyum dengan gigi yang super awesome. Boleh dikatakan aku akan fall in love berjuta kali bila orang senyum sambil tayang gigi. Macam satu kelebihan kalau orang tu ada gigi yang tersusun cantik dan putih bersih. No tampal tampal oke.

Bukan sebab suka tengok gigi cantik je, tapi jadi dentist kan sangat lah maaa$$$$$yuuukkkk. Kachinggg!! Aku kan mata duitan, suka sangat kalau poket tebal-tebal ni. Haha. Materialistic sangat. Dan doctor yang menjadi idola aku dulu of course lah doctor mejar faiz. Dia kan doctor gigi. Time tu pulak die tengah hot dengan program angkasawan after dr syeikh muzaffar kan. Semakin membuak-buak impian aku untuk jadi dentist. Tapi hampeh sangat bila subjek biology fail. Tak kredit pulak tu. Level interest and knowledge tak cukup chemistry untuk melayakkan aku capai angan-angan yang satu ni.

Aku punye gigi, bukanlah teruk sangat sampai nak bukak mulut pon segan, tapinya aku pernah teringin gila nak pakai braces. Sebab nak gigi nampak cantik tersusun. Sampaikan konon-konon nya nak simpan duit time kerja part time untuk pakai braces ni. Tapi biase lah, mata duitan kan, asyik nak habiskan duit dari menyimpan. Haha.

Dah tu kau ingat bila jadi dentist, kau boleh pakai kan sendiri braces kt gigi? Haha.

Sunday, September 23, 2012

Intern #3



Eh! Sama lah. Lebih kurang. Tapi tak serupa.

Sebagai student praktikal yang konon nya innocent, aku jarang lah nak kecoh depan-depan kalau kena balik lambat. Bila officemate yang lain merungut bagai, baru aku follow lah kan. Haha.

Tapi, sebab lately aku selalu sangat balik lambat, aku baru perasan ada seorang staff senior ni perangai dia sejibik macam si katik. Ala katik si vietnam tu.
Haha.
Oke, bukan perangai je sejibik, tapi nama diorang pun sama ye. Plus, muka abang senior ni pon sepet2 ala katik. Nampak macam aku ni rindu sangat kat si katik ni kan sampai nak cerita dalam blog..
Tapi kalau korang2 yang kenal katik and kenal dengan abang senior kat office aku ni, mesti korang akan kata..'yelah...samelah perangai dorang.'

So,bila time2 kena stayback, and bila ada abg senior ni jugak, hati aku macam jadi terhibur. Tak da lah aku dok pikir sangat yang aku kena balik lewat.


Monday, September 17, 2012

Owh owh!


For the first time ever, aku beli majalah mingguan wanita ni. Nampak tak, sifat2 feminin aku dah mula kelihatan. Boleh jadi calon dah kan. Hahaha. Macam mak mak sangat kan.

Kalau dulu, time sekolah aku sanggup simpan duit belanja untuk beli majalah klik, i remaja, tak pon arena bola sepak. Tak ada lah tegar sampai every month wajib beli. Tapi majalah2 ni antara yang sentiasa jadi pilihan time baru nak kenal dunia dulu2.

Tapinya, aku beli mingguan wanita kali ni, for sure sebab muka depan majalah tu lah kan. Mimpi lah klau aku saja2 nak langgan.

Sweet sangat dengan pasangan ni. Jeles!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 16, 2012

Intern #2


Sambung balik cerita pasal intern. Actually, tak adalah seteruk mana pun keadaan aku. Makin hari makin enjoy. Tak tak tak. Makin hari aku cuba untuk enjoy apa yang aku buat. Buat masa ni, semuanya oke. Much more better and everything went well. Normal lah kan,bila baru masuk tempat baru, agak kekok and lembap sikit nak biasakan diri. Tu yang dalam hati sumpah seranah masa hari pertama di PJ. 

One thing yang aku notice, dekat sini kalau salah sorang team member tak habis lagi kerja, yang lain akan bantu apa ynag patut. Lagi2 bila time payment masuk berlambak. Bila dah betul2 settle baru lah masing2 angkat bontot dari tempat duduk masing2. Bila hari2 balik pun lebih kurang pukul 7 pukul 8, lama-lama jadi macam tak kesah dah walaupun sebenarnya kesah. Hehehe. 

Walaupun keadaan semakin oke, aku dah boleh bertepuk tampar bagai, tapinya kenangan  lalu masih ku imbau. huahuahua. Honestly, aku still buat comparison between MPC and Scope. Kalau ikot logik, 2 tepat yang totally berbeza,mestilah banyak perbezaan nya kan. So tak fair lah kalau nak compare2. Jadinya, setiap apa yang berbeza tu aku jadikan macam pengalaman baru. Learning process lah katakan. Kalau tak henti nak compare, nak ingat2 benda yang lepas, tak ada guna jugak kan.

Till today, setiap kali nak pergi kerja, mesti aku cuba dapatkan aura positive. Feeling macam pagi2 boleh bukak sliding door bilik and terus hirup udara segar sambil mengadap matahari terbit kan. Fresh gitu! Padahal bilik ada tingkap kecik je. Haha.

InsyaAllah, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Im looking forward for a reason.


Record #2


Date : 29072012
Time : 01:10:57
Fact : 97:34

Sunday, September 9, 2012

Jujur betul.


Walaupun kak long sekarang tinggal kat tempat lain, tapinya anak-anak murid dia masih lagi bersepah datang raya kat sini. Jadinya, kitorang yang kat rumah ni layankan je lah tetamu-tetamu kecik ni yang datang beraya. Konon nak raya rumah ustazah katanya.

Emak : Ni lah adik ustazah. Anak mak cik yang nombor tiga.

A : Owhhh. (Sambil pandang aku, terus berdiri datang salam aku)

Kawan2 lain pon ikot salam.

Aku pun hulur tangan bersalam smbil dalam hati kata, sopan budak2 ni ye. Comel pulak tu siap bertudung.

Tiba-tiba seorang hamba Allah yang kecik ni bersuara dengan lantangnya...

D : Muka macam sama lah, tapi ustazah lagi comel.

Dan boleh pulak dia ulang balik ayat yang merentap jiwa raga aku. Sekali cakap cukup lah kan.

T_T
Kau kenapa nak jujur sangat?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Intern #1


Untuk beberapa minggu sebelum ni, ramai kawan-kawan dok cerita experiences masing-masing. Siap upload gambar sana sini. Environment, workload, colleague, macam -macam lah. Setiap seorang ada cerita yang berbeza kan. Aku pun same.

At first, memang cuak giler nak masuk kerja masa hari pertama. Dengan tak ada geng, sorang2 je dok menganga untuk biasa kan diri dengan environment baru. Aku ni dah la jenis garang kan, orang nak tegur pon takut. Tapi Alhamdulillah, a few days aku kat TPM, kawan2 sangat oke, environment pon oke. Mana tak nya, bila nak keluar luch, kami kelaur ramai2 pergi makan sampai ke Puchong. And yang paling best bila manager tak ada utuk pantau,kitorang siap boleh main tower up lagi sambil main machine nescafe kat pantry.




After raya,officially kitorang dah di lepaskan ke department masing2 after two weeks trainning. And luckily aku dapat department yang branch dia kat PJ. Dekat pon dekat. Sebab masa interview aku ada cakap yang aku prefer kalau dapat di PJ. Tapinya, aku dah mula syok kat TPM sebab dah ada geng nak buat gaduh2 kan. Nak tak nak,kena redha lah terpaksa start from the zero again bila dah kat PJ nanti.

Hari pertama dekat PJ tak seperti yang diimpikan. Terus hati sayu pilu sedih mengenangkan nasib diri. Walaupun ada seorang lagi budak intern di transfer kan ke PJ, tapi aku tak sama team dengan dia. Lagi pun kepala dia tak berapa nak giler dengan aku. Terus teringat kawan2 lain. Tiba-tiba, terus mengimbau kenangan lalu masa kerja dekat MPC yang environment nya totally different. TOTALLY!
Kalau dekat MPC, aku ni macam adik paling bongsu. Everyone sangat concern dengan aku. Even kerja berlambak, even kena bambu and maki hamun dengan bos, dorang sangatlah sporting dan terus buat aku rasa macam one big happy family. Everyday dorang concern pasal aku bukan selang satu dua hari tau. RINDU akak2 dan abang2 MPC yg sangat kepochi dan kadang kala annoying. Tapi mereka tetap di hati.

Dekat sini aku macam anak tiri pon ye. Macam cerita itik hitam dengan itik-itik putih. Everything macam kena learn from A to Z. Jarang lah dapat kena suap free. Sekali lagi terus rasa macam menyesal, beribu sesalan gitu kan. Dulu yang kau gatal cakap nak kat PJ kenapa kan? 
So, bila dah dapat, terima je lah.
Jap jap, teruk sangat ke kat aku PJ ni? 


Thursday, August 30, 2012

Awaiting


Tak tahu sampai bila. Tak tahu bila akan berakhir. Tak tahu dimana penghujungnya.

I'm waiting for you.
Masih menunggu untuk bebas dari jajahan sendiri.

Salam merdeka.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 25, 2012

Silaturrahim


Berapa juta kali pun maaf yang dituturkan, tanpa keikhlasan,  tiada nilai nya.

Salam Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 1, 2012



"Ala, ikut lorong kecemasan jer. Tuh adlah laluan ntok moto yg brkuasa siput sdut..haha?

Ak slma nih gna lorong tuh r. Tp careful sket ten-lori@kete kdg2 brhenti. Bhya owh if xprasan..lg 1, if de lori, jgn la ptong ten..lori jhat!!"


Aku baca sambil bayangkan memek muka yang kau akan buat. Best kalau ada kawan yg mampu buat kita gelak. Padahal tadi tengah berjurai air mata aku ni dok merajuk punye pasal. Mood hindustan betul.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Angry Me



Don't ask me why,why and why when once I said I had no answer for your question and no reason for my answer. (Bila tak ada jawapan bising, bila dah bagi jawapan di kritik pula) Tunggu saja bila sampai masanya...

SORRY & SALAM RAMADHAN

Thursday, June 7, 2012

Saturday, May 19, 2012


Kawan,

Aku tau aku salah, tak perlu cakap belakang.

Sentap kejap bila yang bercakap itu kau.

Sorry kawan.

Walaupun aku bosan dengan perkataan 'maaf'.


Aku tak sesempurna kau.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 7, 2012

Hati batu



Lepas dah marah, pujuk, maaf. Marah, pujuk, maaf. Marah, pujuk dan maaf. Tapi saya bukan pemaaf yang tegar. Bosan kan dengan orang keras kepala? Kan?


Monday, April 30, 2012

Pouch Bag #5



Alhamdulillah. Semuanya selamat. Thank you Mom. And Dad too ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

Monday, April 23, 2012

Pouch Bag #4



Classmate yang lain semua excited update status. Aku pon excited jugak. Mestilah kan. Hehe. Harap semuanya berjalan dengan lancar and enjoy every single moment together. Itu yang diharapkan. New experience ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 10, 2012

Kawan



Hari isnin macam hari paling penat sebab jadual penuh sampai malam. Jadinya kelas yang paling akhir, selalunya akan lemau. Kesian kat lecturer tu dok pom pang pom pang mengajar kat depan, tapi tak sampai half of the class pon yang betul2 fokus. Selalunya, aku lah yang termasuk dalam golongan terpesong jauh.


Tapi, semalam mungkin jadi another memory untuk aku. Mungkin tak akan berlaku lagi. Bukan sebab aku lost dalam kelas tu, tapi sebab kau yang duduk sebelah aku and sebab kau part of my memories. Our precious friendship ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Percubaan pertama.



Mula-mula saya teruja sangat. Terus bersemangat bila partner pon teruja sekali. Bila dah Q panjang, tunggu agak lama, saya jadi nervous. Depan Mr. Ong pula, saya rasa sakit. Tapi sikit je. Saya kan kuat. Lepas jumpe Mr. Ong, saya jumpa Doktor yg cantik tu. Terus cakap dalam hati, dah lah pandai, cantik pulak tu. Kang cakap depan2, dia perasan. Hehe. Sebenarnya dalam hati saya sedih. Bukan sedih sebab dia cantik dari saya, tapi sedih sebab saya disqualified. Betul ni, sedih sangat sampai mata dah berair, tapi cepat2 cover sebab dalam library ramai sangat orang. Lagi pun malu la nak nanges depan partner lagi. Mengada je. Terus pujuk hati and kata, mungkin belum sampai masanya. InsyaAllah lain kali kan ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

Tamak

"Dua perkara yang kita boleh tamak ; ilmu dan pengampunan dari Allah swt.." (status fb mak cik)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 15, 2012

;)



kibun @ malacca!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

Faded



Ibarat kertas resit yg keluar dari teller machine. Kad bank di simpan, resit pon turut di simpan.


Beberapa hari kemudian bila resit diperlukan, buka purse dan keluarkan resit. Resit masih dalam good condition, tapinya black carbon atas resit tu dah pudar.


Macam tu lah aku sekarang.

Aku bukan carbon gred A. Aku paham kenapa orang buang resit tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Pouch Bag #2


Pagi ni dekat rumah. Petang nanti, InsyaAllah di Melaka.
Tamau balikkkkk boleh?
Tak teruja sangat pon sem kali ini. Sebab macam-macam benda bermain kat kepala sekarang ni.
Paling selalu fikir,financial constraints lah. Banyak sangat nak kena pakai kaaachhhiiiing2 $$$. Sem ni akan jadi sem mata duitan. Sem yang paling banyak aku bebel pasal money. Money money money! Semua benda pon nak guna duit. Duniawi betul. Sekali bayar bukan nak puluh2 tapi ratus2 terus. Mana tak kering. 
Jadi lagi teruk bila saving sendiri dah menyusut. Gara-gara terlalu ghairah berbelanja sem2 sebelum ini. Tambah pula, yang dok berhutang tak reti nak bayar. Aku yang baik hati (time tu je la baik hati kan) kesian kat mereka2 ni bagilah pinjam setakat yang aku mampu. Kau kata nak pinjam. So aku bagi pinjam, bukan bagi terus. Kau paham kan istilah pinjam?
Baik hati sangat pon masalah jugak.
Orang selalu kata, sediakan payung sebelum hujan. Tapi jenis aku tak suka berpayung sangat. Macam mana ni? Haha. Jadinya bila dah terdesak baru nak fikir, kat mana nak beli payung. Sempat lagi fikir kat mana nak dapat payung yang comel2. Time tu hujan dah lebat, aku pon dah lenjun. Macam sekarang.
Dan cuti kali ini, aku berjaya tidak mem'busy'kan diri dengan berpart time. Tapi duduk di rumah melangot depan tv dan lappy, makan dan tidur dengan jayanya!
Syabas! Semakin susut lah saving kau nyah. Tak kan nak kene pergi belakang Ocean pulak nak tambah saving kan?
Nauzubillah hi min zalik.
Till next time, see you at Malacca oke.
Malacca, please be nice to me.

Saturday, March 3, 2012

Tunggang Lalu


Budak-budak zaman sekarang, bila dah penat main basikal pusing satu taman, singgah je KFC beli makanan. Dah tak layan sangat jajan cekedis kat kedai Cik Cah yang jual ais kepal. Siap drive thru lagi tu.


Wednesday, February 29, 2012

Chinta


Bila dah cuti panjang aku tak ber'part time' jadinya memang kerja yang mampu aku buat makan , tido, online, ngadap tv and rotate balik benda yang sama. Keluar pon kadang2 je. So, kebanyakan masa aku memang habis kat depan tv. Bila dok kat rumah memang jakun nak tengok tv sebab balik Melaka susah nak jumpa tv melainkan kat kedai makan. Ada sape nak bagi tv extra?

Tapinya, pesen aku ni bukan jenis yang bersungguh-sungguh nak folow drama-drama bersiri. Sebab nanti aku akan rasa macam kecewa bila balik Melaka dah tak dapat nak folo. Pastu terus rasa tak up to date. Aku tak berapa nak gigih sangat nak tengok online, cari kat youtube bagai.

Sebenarnya nak bagi tau, bila tv3 ulang balik cerita chinta setiap pagi kul 10.30 tu, buat aku rindu dekat rumah no.183A, Taman Lembah Bujang. Tiga orang anak dara dok ngadap depan tv sambil tunggu waktu maghrib kan. Semua memory dalam tu. Oh! Rindu tau. Tu je.

Monday, February 27, 2012

Wednesday, February 22, 2012

'Jangan cepat terasa hati. Orang yang terasa hati lebih teruk dari orang yang menjadi penyebab terasa hati.'

 Itu aku saat ini dan selalu untuk aku ingatkan diri sendiri. Peringatan dalam keadaan redha lebih mudah diingati bukan yang terpaksa. Tolong ingatkan aku sentiasa.
Nite.


Tuesday, February 21, 2012

Pouch Bag #1

Memang telan air liur je bila ada member yang kata RM2900++ tu murah.
???
Berapa kali telan pon tak sure.
Bagi aku amount tu akan nampak murah kalau currency yang digunakan bukan MYR.
Sadis!

Sunday, February 19, 2012





"Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah,
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.."




Kau mampu? Aku?


Wednesday, February 15, 2012

Goyang kaki sampai lenguh.

Ini macam bukan aku, bila cuti sem tak buat part time.
Tolong aku!!
Tak senang duduk dah ni. Hari2 bangun dari tidur, makan, mengadap tv, online, tidur, makan, mengadap tv, online dan seterusnya...
Nampak macam syiok je kan, tapi aku macam tak biasa life cycle yang macam ni. Kalau setakat 2 3 hari masih mampu tersenyum, senang hati tak payah nak fikir apa2. Apatah lagi nak fikir assignments, tests and quiz yang berlambak. Tapi bila berlanjutan ke hari2 berikutnya, boleh buat kes darah tinggi marah dengan diri sendiri. Lagi2 bila ini bukan cuti sekolah, so tak ada geng nak bawak bergadoh. Rasa macam loser tiba2.
Sobs sobs T.T

Tuesday, February 14, 2012

Lali

Man, tolong tengok kan paip yang bocor tu.


Sepol, siapa guna lori?


Kenapa tak tanya kakak dulu.


Hari ni berapa orang?


etc


.......


Walaupun dah biasa dengar, tapi aku belum lali. Jangan tanya kenapa aku tak suka ambil tahu, padahal ayah ada kedai makan sendiri. Sebab sesetengah orang tak suka sesuatu atas sebab tersendiri. Tapi malas nak cerita kat orang lain. Macam aku lah tu. Jangan tanya sebab apa.

Saturday, February 11, 2012



Tak da rezeki lagi tahun ni. Tahun hadapan cuba lagi. Huhu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 10, 2012

UKM!

Kawan2. Doakan kejayaan kami. Esok ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 2, 2012

They knew.

   

Kalau dah semua benda kau tahu dari dia, kenapa tak cari dia je. Tak perlu nak buat tak tahu bila kau dengan aku.


Its me. Eventhough aku ni jenis yang open and hati kering sometimes, tapi tak bermakna aku selesa bila orang bercerita kisah kau dan aku. Hahaha. Bajet macam artis kan.


Kalau aku bukan artis, kenapa korang sibuk sangat nak tahu? Let it be. Doakan sahaja apa yang terbaik untuk aku, untuk kau juga.


Kalau sudah tertulis. Tapi yang pasti aku takut untuk akui. Takut untuk merencana perkara yang ini. Jangan paksa aku kalau apa yang dicari itu impak positif.


Doa dan Serah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

Sejarah berulang.


Kalau training tak ada calar balar, luka-luka, tersagat atau segala jenis kemalangan kecil, macam tak sah. Memang kali ini terjadi lagi. Lokasi yang hampir sama tapi tahap kecederaan yang meninggalkan kesan yang lebih mendalam.

Parut sedia ada, tambah pula parut baru. Macam mana hantaran aku nanti? hahaha. Sedih je, tapi gambar di bawah tak ada riak sedih pon kan.

Sila fokus ke arah bibir Si Daten Jolie ni. Dah macam mulut ikan je nak kene muncung kan sentiasa. Pedih! Terbantut selera den nak makan.

Kalau 2 tahun lepas aku di Merbok, tapi kali ini di Melaka pula. Oh Merbok <3


Friday, January 27, 2012

Awak, jom kahwin.



-Siapalah kita untuk menilai hati manusia. Kan hati itu misteri, rahsia yang hanya Penciptanya mengetahui :)- (FL)




Siapa tak kenal kan Ustaz yang tengah Famous Amos ni. Walaupun kadang2 pekat giler loghat kelantan dia, tapi sedaya upaya aku nak pahamkan. Ilmu kan ada di mana2. 



Wednesday, January 25, 2012

Tolong.


Siapa yang suka kalau diarah-arah kan?
Aku paling tak suka dengan orang yang suka sangat mengarah ni. Nampak macam diktaktor. Lagi-lagi bila arahan yang diberikan tanpa mengunakan penyampaian yang betul.

Tak salah nak mengarah. Mengarah ni pon salah satu bidang kuasa leader. Tapi leader yang bagus akan beri arahan yang impak nya bila orang bawahan buat, tidak akan rasa seperti terpaksa. Buat dengan rela hati. Jadinya isu bossy2 ni tak akan wujud.


Plihan 1 : Meon, kau mesej Joyah suruh datang sekarang.

Pilihan 2 : Meon, tolong mesejkan Joyah minta datang sekarang boleh?

Aku prefer pilihan kedua. Walaupun ayat yang lebih panjang, tapi lebih sedap di dengar. Jangan lah nak lokek sangat kan tambah dua tiga patah perkataan dalam penggunaan ayat tu. Tak rugi ape pun.

So far, kalau di beri tugasan yang perlu aku lead, aku akan cuba untuk elak kan bagi banyak sangat arahan. Sebab aku sendiri tak suka di arah, apatah lagi bila aku yang mengarah. Mesti orang meluat je nanti. Lagi2 perempuan kan. Kalau sampai dah di cop Lady Boss, memang selalu orang akan tak suka.


Reban



Pencuri ada di mana-mana. Begitu juga dalam reban yang modern. Yang dilengkapi sistem pengawalan keselematan oleh konon nya pengawai keselematan yang berdedikasi.


Apa lagi yang diharapkan bila kasut hilang. Bukan 1 tapi 6. 6 pasang ye. Dan kasut pujaan hati yang baru dipakai 2 kali walaupun hampir 2 tahun memilikinya. Duit aku memang banyak sangat nak beli kasut untuk bagi orang curi. Orang ke binatang eh? Marah ni!


Tapi aku hairan kenapa kasut je yang hilang? Ada hantu kasut eh kat reban ni? Ke aku salah letak? Mustahil.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Saya tak pernah kecewa dengan keputusan yang awak buat.

Tittle kali ini kelihatan pasrah je kan. Memang aku pasrah. Pasrah dengan ketentuan Ilahi. Bila itu yang telah ditetapkan, terima. Jangan dipersoalkan.

Hehe ;)


Credit : MoM

(video sweet)

Tahu tak yang korang sangat cute. Yang Ally walaupun muka bekas jerawat bagai, maintain cute dari dulu lagi. Aku 24 jam dok sengih je tengok gambar2 korang. Adore! 


Yang ni saje menggedik nak ambil mood Masjid Kristal kan.

Dan..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Semoga masjid yang dibina sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah swt.


Monday, January 23, 2012

Both


Ini dia.
Budak yang dah besar tu. Haha

Yesterday he is getting engaged with his beloved Kechik. Ini menunjukkan, kawan aku yang seorang ni dah besar dah pon. Dah akil baligh. Hahaha. Besar lah sangat. Padahal dari sejak aku kenal dia, memang dia besar dari aku.

Aku tak pernah berkawan rapat dengan manusia yang berlainan jantina sama macam aku berkawan dengan dia. Dan kebanyakkan masa remaja aku dulu, mesti dia pon ada. Jadinya akan ada situasi bila kawan aku akan jadi kawan dia juga. Sebab dia tukang sibuk terhebat. Tapi kawan dia akan tetap kawan dia. Sebab aku tak cukup hebat untuk jadi penyibuk macam dia. Baiknya aku.

Keakraban kami...ayat skema sikit. Keakraban kami, sampai ada yang ingat ktorang ni berkawan bukan atas dasar berkawan je. Lebih dari tu kononnya. Macam cerita novel pulak kan. Kawan rapat nak pendam rasa dalam diam bagai kan. Geli kau tau. Sila muntah sekarang.
Tapi kami tetap kami. Buat xpaham apa orang cakap sebab tahu hati budi sendiri.
Dan aku tak terkejut bila ada kawan-kawan yang lain terkejut bila tau dia nak bertunang dah. Bertambah terkejut sebab bukan dengan aku. Kau gilerrrrrrrr ke hape? No no no. Mane mungkin aku. Tanggapan orang susah betul nak diubah. Gelak sendiri dalam hati.

So, should i feel happy or sad bila dia bagitahu yang dia akan bertunang?

Both i think. Tapi mestilah happy lagi banyak sebab aku tahu yang dia dah cukup dewasa untuk semua ini. Dan yang sodihnye lepas ni aku xboleh dah nak berjimba huhahuha dengan dia. Tak elok and tak manis je nanti. 

Sebelum menutup tirai entry kali ini, akhir kata dari aku untuk kau si kicap manis ;)
Selamat Berkhatan kawan.
Eh tak. Selamat Bertunang!

Thursday, January 19, 2012

One Million Money Drop #1

Question 1

Apakah yang perlu dilakukan bila jerawat naik dengan bahagia nya?

(A) Tepek muka dengan Oxy ke colgate? Haha

(B) Tonyoh dengan kertas pasir

(C) Buat treatment dengan segera seperti mak datin mak datin

(D) Amalkan berwudhuk sentiasa (sejuk hati mak mak bila dengar)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Balance of Power

A unipolar system has a single centre of power around which other states revolve. This is also called hegemony (instead of hemogeny..haha) where the predominance of a single state tend to reduce the incident of war.

But some said single is freedom.
Unipolar = Single = One.
Left one more baby. Good Luck you all!

Sunday, January 15, 2012

The Ordinary.

Why do you expect more? What for? Explore and discover. The more you know the more you hate the more you are going far away from me. Believe me, you will never understand me completely. The Drama Queen in me, the complexity i created make you annoyed, pissed off and change your mind to the other treasure. The one that more valuable. Prove it to me if i'm wrong.




I can see the freedom but the ordinary me intentionally drop out the key. Layman said two are better than one. Two more papers to go. 


Friday, January 13, 2012

Early Bird



Roti Canai, Tea, Kasturi Cafe, 8.30am..


Its not a healthy diet for my breakfast (orang melayu tapi budget omputeh konon) but at least, i add another different colour in my memory which is a healthy thing to be remembered.


..Done with my third paper yesterday. 1.2.3..Three more to go!


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, January 11, 2012

Hubungkait.



Harbeler?

Adam Smith?

Heckscher and Ohlin?

Wassily Leontief?

David Ricardo?


Wow! Hottt nye kau. In relationship semua dengan abang2 salleh je kan.


Seorang pon tak ada kaitan dengan aku.


Memang tak ada kaitan langsung dengan salah satu nama diatas. Tetapi mereka memberikan kesan yang amat mendalam. Dalaaaamm saangaaaatt.


Tapi yang seorang ni mungkin ada kaitan dengan aku.

David..bukan David Arumugam (sampaikanlah salam...) tapi David Beckham. Haha.


Eh. Perasan tak? Perasan tak? Lately, rajin benau aku merapu dekat blog kan. Nampak sangat tak bersosial. Tak Amerika langsung.


Oke. Tak lah. Sebenarnya aku sangat kecewa dengan Abang Zuckerberg. "Saya kecewa dengan abang!" Kita clash dulu ye. Maybe nak bertweet tweet lah pulak ;)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 10, 2012

Meet Angelina's New Family Members

Saya tak tahu pon yang Angelina and Jimmy have been together. I mean "together". Walaupun mereka tinggal bersama, tapi mereka seperti membawa haluan masing2. Angelina ke kiri, Jimmy pula ke kanan. Bila Angelina tido, Jimmy aktif bermain roda. Bila Jimmy sedang enak menikmati juadah, Angelina pula pura-pura menyibukkan diri. Sangat tidak sehaluan. Yang sehaluan hanya bila mereka berpadu suara. Walaupun tak seirama.
  
Couple days ago, when my mum told me about that, saya macam..surprised!!! Bila masa mereka bersama. Planning untuk tambah ahli keluarga lagi tu. Sudah bersedia kah mereka? Tempat tinggal, makan minum? Hahaha.



Angelina and Jimmy sebenarnya si hamster pujaan. Bukan milik saya, tapi adik yang punya. Macam ulat je tengok anak-anak mereka ni. Kecik and togel. 

Bila adik dah masuk asrama, jadinya Angelina and family pon terpaksa juga pindah. Sebab tak ada siape yang nak jaga. Sob. sob. Tapi tak sedih pon sebab saya suka tengok je, tak suka jaga. Apatah lagi nak bagi makan dan minum. Ada jugak yang mati kerana kebuluran. Hahaha.

So sekarang, Angelina dan family berada di bawah jagaan tuan yang baru untuk sementara waktu.
Semoga Angelina dan family happy di tempat baru ;)

Sesal dahulu pendapatan..

Sesal aku sekarang, emosi terganggu. 99% aku punye emosi tadi sangat terganggu after my second paper. Down down down. Time paper jangan ditanya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Walaupun tadi aku xjatuh apatah lagi ditimpa tangga.


Kau boleh ra.


Eh, rilek la.


Ala, oke punye.


Terima kasih untuk ayat2 sedapkan hati. Betul aku hargai. Paper tadi bukan lah killer paper pon bagi aku. Aku yakin aku mampu untuk score kalau diputarkan semula masa. Kalau aku Doraemon. Kalau semua tu berlaku. Tapi masa mustahil untuk diputar oleh manusia.



Tapi cuba bagitahu aku, macam mane aku nak survive dengan carry mark yang memang membuatkan aku cemas. Lemas. Terkapai-kapai dah aku ni.


26/50 habaq hang!


Untuk aku dapatkan A, aku kene score full mark untuk final.


Mustahil.


Time management & "kalau". Ini masalah utama aku.


"Tu lah, aku da ingatkan jangan active sangat. Fokus kat study dulu. Kau banyak sangat men ni ten."   bila rakan yang concern tau aku fail test 1. Aku ingat.


Tak, lecturer langsung tak salah. Kawan2 pun xsalah. Salah aku sendiri yang tak sedar masalah sendiri.


Lumrah manusia yang selalu pentingkan dunia. Bila dah macam ni baru nak merayu mencari Maha Pencipta. Baru nak mengadap tunduk minta diberi kekuatan. Bak kate nord,


"kita ada agama ra."


Tiada guna kalau ada agama, tapi dunia saja yang dikejar. Sekarang aku kejar DL. Nampak tak tahap keduniaan aku? Tapi aku macam tak mampu nak lari laju dalam masa yang singkat. Aku tak sehebat Watson Nyambek atau pon Asafa Powell.


Hey, 4 more to go...

Published with Blogger-droid v2.0.2