Saturday, December 25, 2010

Hang Li Po


 Pedulikan tajuk entry di atas kalau rasa xrelevan. Suka lah kan nak letak tajuk apa pun. Samseng tak?? hahaha.
Yang betulnya..Relevan kah silat dalam zaman yang serba moden ni? 
Tak kesah lah bukan silat je, seni mempertahankan diri yang lain juga. 
Orang sekarang tembak2 je. Bom lontar sana sini.

Kata aku tanpa berfikir: Kalau miskin, mana nak dapat pistol, senapang semua. Tembak guna jari tanpa peluru lah kan.

Kata aku lagi : Hari2 kalau nak keluar gedik2 kat Mid tak pun Sunway, tak kan nak hangkut segala jadah senjata tu semua kan.

Kalau ikot kata aku, belajar sebab minat. Belajar untuk persiapkan diri dari ancaman2 luar. Memang harap perkara buruk tidak akan berlaku.

Kepala kau angguk2 atau geleng2?
Setiap orang berhak nak melontarkan pendapat.
Demokrasi katanye.

Dulu masa awal2 nak belajar seni warisan Melayu yang satu ni, ramai sangat yang pandang serong. Sampai sengat benget mata tu memandang. Berkerut-kerut kening. Mak & ayah. Tak melarang, tak juga menyuruh. Tapi bila dah minat, buatlah apa pun, katalah apa pun, minat tetap minat. Jap2. Tipu sikit. Yang betulnya mula2 join sebab rakan yang seorang semangat nak join. Tapi lama2 aku sorang syok sendiri. Rakan tarik diri. Jadi minat yang satu ini tetap di teruskan. InsyaAllah.

Ok2!! Sebenarnya nak cerita pasal Karnival Waja Diri (KWD)PSSCM kali ke-4 hari tu. Yang ramai sangat dok kepoh tanya aku buat apa balik Merbok sibuk2 nak training silat time2 cuti lak kan. Huhu. KWD ni macam lebih kurang pertandingan silat. Tapi bukan yang lawan2 tumbuk menumbuk untuk jatuhkan lawan. Yang ini lebih sopan. Sebab saya pon sopan..?? Pertandingan yang lebih kurang macam formasi atau demo silat. Yang macam siapa biasa tengok bila awal semester banyak kelab2 akan buat perjumpaan untuk tarik ahli baru & bagi kupon free untuk lekat kat kad aktiviti. Tapi kitorang plak akan selit kan demo sebagai mukadimah awal. Huhu.

Karnival ni berlangsung selama sehari pada 18 Disember 2010 di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Jadinya, aku balik Merbok lebih kurang 10 hari awal untuk training. Kalau ikutkan masa dan keadaan memang tak cukup tapi kitorang cuba gak sedaya upaya untuk buat sehabis baik. 

 Tak dapat kolej baru. Sedih.

Hari pertama sampai kat Merbok memang menyayat hati. Ye. Sebetulnya menyakitkan hati sangat sebab ingat kan semua orang tak pun majoriti akan hadir, tapi haareeeem kau tau. Geram betol. Lepastu dapat pulak berita, ada yang tak dapat join. Kalau tak cukup ahli payah nak buat formation. Memang rasa macam boleh tarik diri je awal2. Tapi bila mengenangkan duit pendaftaran untuk satu group hampir mencecah RM1000 bersama harapan jurulatih untuk melihat wakil group perempuan beraksi, kira tak berbaloi lah kan nak tarik diri. Pelbagai usaha dijalankan untuk cukupkan ahli. Calling sana sini akhirnya dapat gak pengganti. Hari pertama & kedua jadi pemerhati group lelaki buat latihan. Hari ketiga barulah group perempuan mula latihan. Itu pon terkial-kial lah jugak nak ingat balik sistem pelajaran.


Konon masing2 nak fokus.


Hampir seminggu latihan harian, pagi, petang & malam. Menapaklah ulang alik dari kolej ke Stadium Mini tak pun ke Malinja. Kalau sahari ada 3 kali latihan, 3 kali lah jugak kami ulang alik. Kau tau apa rasa? Lembik dah badan ni. Kalau tiup pon rasanya boleh tumbang. Tapi digagahkan juga. Yang lagi azab, tah macam mana, rakan yang seorang tersalah step, bila tangan dia laju je hayun kat bibir ni. Tiba2 rasa boleh jadi macam bibir Angelina Jolie.

  Daten Jolie

Terasa seksi jap. Sob2. Sakit tau tak? Berdarah tahu. Padan muka kau. Haha. Jadi OKU. Terima kasih rakan untuk buah tangan itu.

Pagi 17 Disember kitorang dah bersiap2 untuk bertolak. Sebab pendaftaran pukul 3 petang. Muka sangat bersemangat walaupun penat. Kitorang sampai Tg Malim around 5pm tapi sebab hujan, dalam pukul 6 macam tuh baru dapat masuk rumah penginapan. Tak habis penat atas bas, pukul 8 kene kumpul sebab 8.30 ada raptai untuk hari esok. Memang muka mencuka jelah kan. Menguap tak payah kira. Tahap nak kene lempang dah.

Keesokkannya, masa hari pertandingan. Cuak tahap cipan. Kalau nak duduk pon dah tak rasa macam duduk. Walaupun benda ni lebih kurang macam demo tapi tahap kecuakan memang tak dapat di kenalpasti. Grrrr..



Ada 4 disiplin yang dipertandingkan.
Kategori pertama : Sistem pelajaran (kaedah, senaman dan jatuh)tau korang tak paham kan? buat2 je paham..hehe..
Memang formasi kucar kacir, maybe sebab masing2 gugup gagap. 
Harapan : Tak mengharap kan kemenangan sebab tahu dah tak layak menang.

Kategori Kedua : Sepasang umum;tangan kosong dan senjata
Oke yang ini much better. Sebab tak perlu formasi tapi kene ada seni. Cuak tetap cuak. Tapi overall, jurulatih senyum. Puas hati.
Harapan : Dapat tempat di hati juri

Kategori Ketiga : Formasi Umum Tangan Kosong
Kalau bandingkan dengan group lain, formasi mereka lebih kemas, lebih menarik dan padat.
Harapan : Tidak mendapat caci maki juri. Kalau juri tu sengih kejap pon kira oke lah.

Kategori Keempat : Bermuzik (Mentera Semerah Padi By M. Nasir) macam gimrama dah pulak.
Nasib malang menimpa bila muzik agak kuat dan suara komander tenggelam timbul. Ahli yang lain hilang arah. Wargghhh.. Sedih.
Harapan : Speaker kasi pecah boleh??

Rumusan : Kami tidak memenangi hati juri bagi mana2 kategori. Tapi jurulatih berpuas hati, akhirnya UiTM Kedah mampu untuk menghantar wakil wanita. Percubaan pertama, oke lah kan. Tahun depan?




*Sory tak balik shah alam dengan kau =P



No comments:

Post a Comment