Thursday, December 2, 2010

Takziah & Tahniah


Takziah

Rasanye hampir kesemua rakan terdekat,jiran tetangga dan saudara mara sudah mengetahui tentang pemergian arwah atuk ke rahmatullah pada 21 November yang lalu. Terima kasih kepada rakan yang menge’text’ saya untuk menyampaikan ucapan takziah dan memberi kata-kata semangat. Ucapan maaf juga didahulukan kepada rakan2 yang ada antara sms mereka tak kesampaian tangan ini untuk me’reply’. Tambahan dengan coverage yang xberapa ceria di kampung halaman.

Kesedihan menyelubungi bila mengenangkan lebih setahun aku tidak berjumpa dengan atuk. Kali terakhir menghubungi atuk sehari sebelum dia berlepas ke tanah suci. Terkilan juga kerana tidak kesampaian untuk bersama-sama menghantar atuk ke airport. Lantas berniat di hati, nekad untuk menjemput atuk di Senai 26 November yang lalu. Bila manusia sebagai hambaNya, hanya mampu merancang. Janji tetap diteruskan, tapi yang pergi tak kan kembali. Walaupun sedar atuk pasti tidak akan muncul dibalai ketibaan, tapi kaki masih gagah berdiri di tengah kesesakan manusia yang gembira menanti kepulangan tetamu Allah.

Hiruk pikuk manusia sekalian bersama lambaian kegembiraan menyambut kepulangan insan terpilih. Bayangannya masih aku nantikan. Dalam hati, masih bertahan untuk tidak menitiskan air mata. Dari jauh kelibat nenek kelihatan sambil mengusung bagasinya keseorangan beriringan keluar bersama jemaah yang lain. Bagasi atuk juga. Sedih.

Mak kata, atuk pergi mengadap yang Maha Esa tanpa menyusahkan sesiapa. Atuk meninggal kerana sakit semputnya. Juga kerana jangkitan kuman pada paru-paru kesan dari tabiat merokok. Walaupun atuk keluar masuk hospital berkali-kali tetapi atuk tidak pernah terlantar sakit dalam jangka masa yang lama. Keluar saja dari hospital, atuk terus berkebun seperti biasa. Tiada erti baginya untuk membazirkan masa.  
                    
Sudah tertulis. Dia antara insan-insan yang terpilih. Insan yang teristimewa untuk menghembuskan nafas terakhir disana. Jika diberi pilihan, aku juga ingin bersemadi di sana bersamanya.


Takziah juga buat keluarga rakan sekelas atas pemergian ayahnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.
Al Fatihah.



Tahniah

Selaku empunya, pemilik, penulis blog ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang dikasihi dan disayangi yang telah menghantar sms, mms, menulis di wall fb,  menghubungi saya dan juga bertentang mata untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi, Selamat Ulang Tahun, Happy Birthday dan seangkatan dengannya pada tarikh 25 November sama ada inadvance or belated. Mohon ampun dan maaf atas kelewatan utk membalas setiap ucapan2 kalian. Terima kasih juga kepada sumbangan cenderamata dan juga cenderahati. Betul2 amat sangat-sangat dihargai.

Ulang tahun kelahiran yang ke-21 di antara celahan pokok getah dan kelapa sawit pasti akan diingati.



No comments:

Post a Comment