Thursday, October 24, 2013

My Emak, My Masterchef


Oke, semalam, lepas balik kerja, memang dalam otak ni macam2 benda dah plan nak buat. Tapi, last2 sampai rumah, masuk bilik, terus pengsan. Pukul 12 lebih baru tersedar, dengan tak mandi lagi, baju pun tak salin. Oh my! Penat macam kerja angkat bata kan kau.

Semenjak bekerja ni, plus aku duduk rumah, so advantage untuk aku sebab mak selalu akan masak. Melainkan bila mak busy ke pasar tani or settlekan order sardin roll.

Dan aku ni dah terbiasa, even kenyang dah makan kat ofis or makan kat luar, balik rumah mesti nak makan jugak masakan mak. Walaupun hari tu mak goreng ikan je ke kan. Sebab aku macam ketagih. Addicted to emak's cooking. Dan habit ini tidak berapa elok untuk kesihatan bila aku melantak tengah malam. Bukan malam oke. Tengah malam. Macam aku cerita tadi. Bila balik kerja, sampai rumah terus pengsan. Kalau pengsan sampai pagi tak ape. Tapi bila tersedar, even pukul 2 pagi sekalipun, kaki aku ni rajin benar ke dapur, cedok nasi, lauk, duduk ngadap tv, dan menikmati my late nite supper. Gila kau supper dah macam lunch kan. Tunggu sikit hari lagi, kalau nafsu ini berlarutan, agak2 mampu tak lagi aku pakai baju size s.

Semua orang akan puji mak sendiri punye masakan. Sebab kita dah terbiasa dibesarkan dengan masakan ibu sendiri dari kecil kan. Tapi aku memang tabik springgggg dekat emak, sebab sesimple2 masakan emak pun, orang still akan puji. Mak masak sardin je pun, pak cik aku puji sedap, even officemate aku pun request untuk bawak ke office. The best thing ever, sambal kicap emak. Kakak office siap tapau sambal kicap time datang raya rumah hari tu. Malu tolak tepi dah.

Aku pulak dari sehari ke sehari konon nak belajar memasak dari emak. Rugi kan kalau tak serap ilmu dari emak. Tapi... Dah kau kalau sampai rumah pun lewat, tinggal cuci tangan je untuk makan. Weekends pulak mak selalu busy. Kalau tak ke pasar, mesti pergi kenduri. Alasan je semua ni kan. Kalau nak tu seribu daya. Boleh je adjust masa, mesti ada free time nye.

Mak pulak rajin melayan kerenah pemalas aku ni. Dalam dia berleter tu, still dia buatkan jugak. Dan setiap kali aku ada potluck dekat office, emak lah masterchefnya. Ada satu hari tu, aku determined giler nak masak sendiri. Buat kuah kacang je pun. Sebab mak dah cakap awal2 yang dia memang tak boleh tolong cause busy nak siapkan order. Balik kerja, dah beli barang siap2. Konon nak buat malam tu jugak, bila dah pengsan, tup tup bangun esok nye, terus cakap dalam hati tak pe lah, nampaik gayanye beli makanan siap je lah. By the time aku bersiap2 nak pergi kerja, aku tak bajet pun, yang mak boleh siapkan kuah kacang tu untuk aku. Dalam waktu yang singkat. Dah le aku terlupe beli udang kering yang kecik2 tu. Mak memang pakar dalam altering the food. Tak cukup bahan pun still boleh siapkan.
Terus terharu giler.
Lagi terharu, bila kawan2 office semua puji kuah kacang mak terbaik. Sebab dorang tahu, kalau aku bawak makanan sedap2 ni, bukan aku yang masak. Hehe.

Soon, aku akan cuba jadi macam mak. Masterchef di rumah!
InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 9, 2013

My medicine.

Aku dekat bilik. Dan emak, didepan tengok tv sesorang. I spontaneously laugh, just to hear her laugh. Aku tak tahu pun pe benda yang mak gelak kan. Jep, kau punyer penangan. Perrggghhhhh! May God bless you always mak. I wanna hear your laugh always. Just to hear your laugh. And, I do wanna hear your laugh too. If only I can turn back to my old time memories.

Tuesday, October 8, 2013


Aku decide untuk lari, lari dari janji yang dibuat. Tapi mungkin lari aku tak sejauh mereka-mereka. Sebab aku mahu lari dari kau yang berjanji. Janji yang sekadar alas untuk pelengkap ayat. Muak dah. Bukan aku yang berjanji. Tapi kau.

Janji manusia, aku pun manusia.

Published with Blogger-droid v2.0.6