Tuesday, December 28, 2010

Khidmat anda diperlukan.


Rasanya tak ramai rakan yang tahu yang aku bekerja juga akhirnya. Sebab most of them dah sedia maklum aku mungkin tak buat part time cuti kali ini sebab banyak sangat hal nak kene setel dengan nak balik kampung dengan nak kene balik Merbok balik sebab ada training untuk KWD hari tu.

Kan memang kebiasaan bila cuti panjang, mesti buat part time. Kebiasaan bagi aku. Masa awal2 start cuti macam 'eh,betul ke tengah cuti sem ni? ' sebab tak kerja kan.  Cuti pon panjang tak panjang. Pendek pon tak pendek. Jadi bila di tambah tolak, hal itu ini lagi, jadi macam tak berbaloi nak kerja pastu nak kene mintak cuti banyak2 kali.

Kalau ikut perancangan awal memang dah jangka cuti kali ini tak boleh nak bersuka ria lagi sebagai part-timer. Tapi manusia hanya merancang. Bila dah rezeki, jangan tolak! memang laju je aku kate setuju! Saya sedia berkhidmat =)


K. Ngah : Uda nak tak keja 20hb ni.
Uda : Keje? Kt mane? (nada berminat ++ kachingg $$$)
K.Ngah : Ganti tempat K.Ngah sampai hujung bulan ni je kalau boleh.
Uda : K.Ngah?
Dan perbualan diteruskan.


K.Ngah kata dia sibuk nak setel kan pasal praktikal untuk next sem. Dan kini saya kembali sebagai seorang part-timer. Promoter.
Kat mane ye?
Kali ini di MJ Mid Valley.

Haha. Buat masa ni kerja okelah. Macam kerja2 sebelum ni. Alhamdulillah best!

Shed kata : Sempat aje kan kau dapat kerja.

 

Monday, December 27, 2010

Dibatalkan. Harap Maklum.


Muka kau memang pandai sangat berlakon. Pandai ambil hati bila kau datang time sedara mara semua berkumpul untuk buat tahlil arwah atok. Concern lah konon. Lakonan mantap. Ohoh lelaki!
Bila dapat tahu yang cousin seorang ni dah bertunang, aku terkejut.
Bertambah terkejut bila perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada februari tahun hadapan. Tambah tolak tinggal beberapa hari je lagi.
Dan lebih terkejut lagi, bila semalam Pak Busu datang rumah ingatkan saje2 ziarah kakak yang seorang ni dan anak buah yang ramai ni, rupa nya nak khabarkan yang majlis tu batal. Bukan ditunda, tapi batal terus.

Nganga mulut jap. Wei. Pasal apa tiba2 batal lak?
Semangat dah aku nak balik kampung awal nak tolong sibuk2 kan diri. Semangat dah nak balik sendiri dari Melaka terus ke kampung. Semangat lah!
Rupanya, cousin aku tu baru dapat tahu yang lelaki tu sebenarnya dah berkahwin. Ada 2 orang anak lagi.

Dan baru beberapa hari lepas cousin dan lelaki itu di temani Pak Busu pergi shopping barang2 hantaran. Boleh bayangkan tak?
Jahat sungguh kau.

Tak tahu nak salahkan siapa. Yang lelaki atau perempuan. Walaupun aku tak kenal lelaki tu, tapi kalau ikot pemahaman dari cerita dan perasaan dan kata hati aku, lelaki tu memang kejam. Betul. Kejam kat cousin aku, family dan juga family dia.
Aku ambil sebagai pengajaran. Harap sangat di jauhkan...
Takut tersalah pilihan.
Amin.


Saturday, December 25, 2010

Hang Li Po


 Pedulikan tajuk entry di atas kalau rasa xrelevan. Suka lah kan nak letak tajuk apa pun. Samseng tak?? hahaha.
Yang betulnya..Relevan kah silat dalam zaman yang serba moden ni? 
Tak kesah lah bukan silat je, seni mempertahankan diri yang lain juga. 
Orang sekarang tembak2 je. Bom lontar sana sini.

Kata aku tanpa berfikir: Kalau miskin, mana nak dapat pistol, senapang semua. Tembak guna jari tanpa peluru lah kan.

Kata aku lagi : Hari2 kalau nak keluar gedik2 kat Mid tak pun Sunway, tak kan nak hangkut segala jadah senjata tu semua kan.

Kalau ikot kata aku, belajar sebab minat. Belajar untuk persiapkan diri dari ancaman2 luar. Memang harap perkara buruk tidak akan berlaku.

Kepala kau angguk2 atau geleng2?
Setiap orang berhak nak melontarkan pendapat.
Demokrasi katanye.

Dulu masa awal2 nak belajar seni warisan Melayu yang satu ni, ramai sangat yang pandang serong. Sampai sengat benget mata tu memandang. Berkerut-kerut kening. Mak & ayah. Tak melarang, tak juga menyuruh. Tapi bila dah minat, buatlah apa pun, katalah apa pun, minat tetap minat. Jap2. Tipu sikit. Yang betulnya mula2 join sebab rakan yang seorang semangat nak join. Tapi lama2 aku sorang syok sendiri. Rakan tarik diri. Jadi minat yang satu ini tetap di teruskan. InsyaAllah.

Ok2!! Sebenarnya nak cerita pasal Karnival Waja Diri (KWD)PSSCM kali ke-4 hari tu. Yang ramai sangat dok kepoh tanya aku buat apa balik Merbok sibuk2 nak training silat time2 cuti lak kan. Huhu. KWD ni macam lebih kurang pertandingan silat. Tapi bukan yang lawan2 tumbuk menumbuk untuk jatuhkan lawan. Yang ini lebih sopan. Sebab saya pon sopan..?? Pertandingan yang lebih kurang macam formasi atau demo silat. Yang macam siapa biasa tengok bila awal semester banyak kelab2 akan buat perjumpaan untuk tarik ahli baru & bagi kupon free untuk lekat kat kad aktiviti. Tapi kitorang plak akan selit kan demo sebagai mukadimah awal. Huhu.

Karnival ni berlangsung selama sehari pada 18 Disember 2010 di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Jadinya, aku balik Merbok lebih kurang 10 hari awal untuk training. Kalau ikutkan masa dan keadaan memang tak cukup tapi kitorang cuba gak sedaya upaya untuk buat sehabis baik. 

 Tak dapat kolej baru. Sedih.

Hari pertama sampai kat Merbok memang menyayat hati. Ye. Sebetulnya menyakitkan hati sangat sebab ingat kan semua orang tak pun majoriti akan hadir, tapi haareeeem kau tau. Geram betol. Lepastu dapat pulak berita, ada yang tak dapat join. Kalau tak cukup ahli payah nak buat formation. Memang rasa macam boleh tarik diri je awal2. Tapi bila mengenangkan duit pendaftaran untuk satu group hampir mencecah RM1000 bersama harapan jurulatih untuk melihat wakil group perempuan beraksi, kira tak berbaloi lah kan nak tarik diri. Pelbagai usaha dijalankan untuk cukupkan ahli. Calling sana sini akhirnya dapat gak pengganti. Hari pertama & kedua jadi pemerhati group lelaki buat latihan. Hari ketiga barulah group perempuan mula latihan. Itu pon terkial-kial lah jugak nak ingat balik sistem pelajaran.


Konon masing2 nak fokus.


Hampir seminggu latihan harian, pagi, petang & malam. Menapaklah ulang alik dari kolej ke Stadium Mini tak pun ke Malinja. Kalau sahari ada 3 kali latihan, 3 kali lah jugak kami ulang alik. Kau tau apa rasa? Lembik dah badan ni. Kalau tiup pon rasanya boleh tumbang. Tapi digagahkan juga. Yang lagi azab, tah macam mana, rakan yang seorang tersalah step, bila tangan dia laju je hayun kat bibir ni. Tiba2 rasa boleh jadi macam bibir Angelina Jolie.

  Daten Jolie

Terasa seksi jap. Sob2. Sakit tau tak? Berdarah tahu. Padan muka kau. Haha. Jadi OKU. Terima kasih rakan untuk buah tangan itu.

Pagi 17 Disember kitorang dah bersiap2 untuk bertolak. Sebab pendaftaran pukul 3 petang. Muka sangat bersemangat walaupun penat. Kitorang sampai Tg Malim around 5pm tapi sebab hujan, dalam pukul 6 macam tuh baru dapat masuk rumah penginapan. Tak habis penat atas bas, pukul 8 kene kumpul sebab 8.30 ada raptai untuk hari esok. Memang muka mencuka jelah kan. Menguap tak payah kira. Tahap nak kene lempang dah.

Keesokkannya, masa hari pertandingan. Cuak tahap cipan. Kalau nak duduk pon dah tak rasa macam duduk. Walaupun benda ni lebih kurang macam demo tapi tahap kecuakan memang tak dapat di kenalpasti. Grrrr..



Ada 4 disiplin yang dipertandingkan.
Kategori pertama : Sistem pelajaran (kaedah, senaman dan jatuh)tau korang tak paham kan? buat2 je paham..hehe..
Memang formasi kucar kacir, maybe sebab masing2 gugup gagap. 
Harapan : Tak mengharap kan kemenangan sebab tahu dah tak layak menang.

Kategori Kedua : Sepasang umum;tangan kosong dan senjata
Oke yang ini much better. Sebab tak perlu formasi tapi kene ada seni. Cuak tetap cuak. Tapi overall, jurulatih senyum. Puas hati.
Harapan : Dapat tempat di hati juri

Kategori Ketiga : Formasi Umum Tangan Kosong
Kalau bandingkan dengan group lain, formasi mereka lebih kemas, lebih menarik dan padat.
Harapan : Tidak mendapat caci maki juri. Kalau juri tu sengih kejap pon kira oke lah.

Kategori Keempat : Bermuzik (Mentera Semerah Padi By M. Nasir) macam gimrama dah pulak.
Nasib malang menimpa bila muzik agak kuat dan suara komander tenggelam timbul. Ahli yang lain hilang arah. Wargghhh.. Sedih.
Harapan : Speaker kasi pecah boleh??

Rumusan : Kami tidak memenangi hati juri bagi mana2 kategori. Tapi jurulatih berpuas hati, akhirnya UiTM Kedah mampu untuk menghantar wakil wanita. Percubaan pertama, oke lah kan. Tahun depan?




*Sory tak balik shah alam dengan kau =P



Monday, December 20, 2010

Tukang Sibuk : Melaka Maju 2o1o =)


Melaka bakal bertambah maju dengan pertambahan penduduk yang seorang ni. Boleh tak buat statement macam tu?? Hahaha.
Kali ni pon gelojoh lagi nak kelik2. Tapi masih berdebar2. Walaupun ramai yg berkata " selalunya degree akan dapat 1st choice". Katalah apapun, cuak tetap cuak.

Betul.
Memang 1st choice.
Memang nak Melaka kalau boleh.
Memang dah dapatlah ni.
Alhamdulillah.
Ayah kata : ok lah. Dekat sikit
Mak pula berharap lebih bagus jika di Shah Alam.
Sendiri kata : Mane2 pon boleh. Redha je. Asal boleh sambung degree.

Jadi hadirin sekalian, dengan ini dimaklumkan saya bakal ke Melaka tahun hadapan. Ayat macam nak terbang jauh pergi oversea lah kan. Tak pe. Semangat itu penting. Perlu berkobar-kobar.

Sangat teruja untuk memulakan pengajian. But at the same time, masih ragu2. Boleh ke? Mampu ke? , saya berdikari dan bermula sekali lagi. Masih berfikir panjang. Perasaan macam nak masuk darjah satu dulu. Cuma bezanya tak teruja untuk ada alat tulis sendiri. 


Sekarang sudah mula membuat perancangan. Perancangan masa hadapan. Cuba untuk atur apa mungkin yang terbaik. Usaha dan doa juga. And the rest serahkan kepada yang Maha Esa.


Monday, December 13, 2010

Tukang Sibuk


Gelojoh.
Kata aku. Masing2 gelojoh nak online nak kelik2 sane sini sebab nak cek result sebelum tarikh sepatotnye. Aku pon. Memang molot sentiasa kate cuak oh nak tau result. Errr.. Takut sangat ngan paper itu. Paper ini. Macam harap lulus je. Carrymark rendah. Kalau A pon kira miracle. Haha. Tipu! Kalau cuak, kau duduk diam. Tak gelojoh nak kelik2 seminggu awal.

Memang duduk diam lepas jari dah lebam tekan2. Mata dah muak nak pandang skrin. Kene packing barang nak balik Merbok. Bertapa untuk 2 minggu. Tapi sebab result pon tau awal dari rakan. Email pon suruh adik yg tolong bukak kan. Lepas ni macam wajib tukar password.

Tapi macam apa je, bila adik kata :
Nak tengok kat mane? Semua msg dari FB ja.
 What the ??? Cek2 balik ada kt dalam spam?? Haha

10/12. Received msg dari tenaga pengajar kesayangan. Tanya result cam na? Power rangers ka power root?
Memang result power puff girl. Bukan power rangers bukan power root. Terima kasih jutaan kepada semua pendidik yang mencurahkan ilmu dan mencurahkan markah dengan murah hati.


Hari ini baru mampu melihat sendiri depan2. Depan skrin luas. Ok. Habis dah cuak kau.

Untuk rakan yang genius, tahniah. Teruskan kegembiraan.

Untuk rakan yang masih berdukacita pula, jangan putus semangat. Jangan mendiamkan diri. Masih ada peluang. Teruskan berharap. Teruskan berusaha. Teruskan berdoa.

Ok. Jumpa kau berdua di Genting nanti. Jumpa kau semua time konvo.


Wednesday, December 8, 2010

Ragam si Kecil yang Indah.


Dateng jadi pengasuh? Nanny? Baby sitter?
Cubit pipi kuat2 sekarang! Tampar laju2. Rasa sakit tak? Try cubit pipi orang lain kuat2 & tunggu respon mereka.

Teacher2, aina nak panjat pagar!

Teacher2, lepas mandi kene sikat rambut ke?

Teacher aiman haus..

Tarikh Keramat : 15-16 & 18-19 November 2010
Kediaman : Taska @ Bangi


Betul ini bukan sandiwara. Tapi inilah cubaan pertama menjadi ibu mithali. Hahaha. Perkara ini berlaku setelah Mak Cik meminta pertolongan untuk coverkan staff dia yg nak cuti sebab raya haji. Time tu sibuk2 tengah study for final & Kak Long call tanye cuti sem ni ada pape plan tak. Macam biasalah kan kalau boleh nak buat part time. Terus Kak Long cadangkan aku tolong je Mak Cik aku tu. Nasib baik 4 hari je. Tapi Mak Cik kata kalau aku boleh stay lagi lama lagi bagus.
Aku mahu kah??
Haha =D



Indah i : Good Morning sayang! Muka sememeh datang taska pagi2, minta di asuh,minta perhatian lebih.

Indah ii : Bath time! Auww..Baby malu2 tapi mahu. Setiap seorang ada toiletries sendiri. Lampin warna warni.

Indah iii : Si manja membilang bintang. Tangan berupaya menghasilkan muscle2 hebat mengalahkan Sazali Samad. Tak perlu susah payah nak cari spinach dalam tin yang macam Encik Popeye makan tu. Dapat baby yang mengada lebih, buaian perlu di ayun sentiasa. Terbaek. 
Demanding! Nasib baik kau comel.

Indah iv : Bila baby buat persembahan koir. Umpama berjemaah. Walau lirik tidak seerti, melodi tidak seiringan. Nada tinggi, nada rendah, yang sayup2 pun ada.
Baby's room suddenly seperti berpesta.

Indah v : Harum semerbak kasturi indah mewangi..by Zainal Abidin.
Siapa yang wangi sangat ni?
Usually yg tiba2 duduk diam, senyap, itu yang perlu diutamakan.
Kalau berbunyi pon, keluar tak keluar je bunyinye.
Bila mereka saling berbalas tembakan, bunyi macam sangat kiut je.

Indah vi : Makan time! Mereka semua berpusu-pusu meluru. Macam peminat yang minat nak mintak tanda tangan.


 Yg tengah, si comel Adam (taiko taska)



Baby Yaya selalu jadi baby last. Kene tutup gate.
 




Rayyan Hariz ;)
Paling kegemaran sebab baby Rayyan tak banyak ragam, kuat makan/minum, senang tidur.

Cute?
(^_^)
Admit it. Sangat comel bila berada dikalangan mereka. Terasa aura nya.
4 hari pengalaman terindah.
Memang penat. Memang letih.
Tapi okelah.
Lulus dalam percubaan pertama.
Kau ada?



Terima Kasehan..


Terima kasih sahabat kesayangan kerana menyampaikan khabar gembira.  Malangnya gembira yg di rasai sebentar saje. Nanti sambung balik gembira 10 hari bulan nanti oke.

Sob Sob.
Kene marah dengan mak. Meruntun jiwa. Ingin memberontak. Cuba kawal emosi. Hati kata, bertahan, kurangkan bersuara. Takut nanti bila bersuara, nada tinggi tidak dapat di control.
Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Oke. Memang diam sebentar sambil mendengar.
Maaf.
Tak tahan. Masuk bilik cari bantal.
Sambung nanges semula.
What??
Daten nanges?
Gelaklah kau!

Monday, December 6, 2010

Thursday, December 2, 2010

Takziah & Tahniah


Takziah

Rasanye hampir kesemua rakan terdekat,jiran tetangga dan saudara mara sudah mengetahui tentang pemergian arwah atuk ke rahmatullah pada 21 November yang lalu. Terima kasih kepada rakan yang menge’text’ saya untuk menyampaikan ucapan takziah dan memberi kata-kata semangat. Ucapan maaf juga didahulukan kepada rakan2 yang ada antara sms mereka tak kesampaian tangan ini untuk me’reply’. Tambahan dengan coverage yang xberapa ceria di kampung halaman.

Kesedihan menyelubungi bila mengenangkan lebih setahun aku tidak berjumpa dengan atuk. Kali terakhir menghubungi atuk sehari sebelum dia berlepas ke tanah suci. Terkilan juga kerana tidak kesampaian untuk bersama-sama menghantar atuk ke airport. Lantas berniat di hati, nekad untuk menjemput atuk di Senai 26 November yang lalu. Bila manusia sebagai hambaNya, hanya mampu merancang. Janji tetap diteruskan, tapi yang pergi tak kan kembali. Walaupun sedar atuk pasti tidak akan muncul dibalai ketibaan, tapi kaki masih gagah berdiri di tengah kesesakan manusia yang gembira menanti kepulangan tetamu Allah.

Hiruk pikuk manusia sekalian bersama lambaian kegembiraan menyambut kepulangan insan terpilih. Bayangannya masih aku nantikan. Dalam hati, masih bertahan untuk tidak menitiskan air mata. Dari jauh kelibat nenek kelihatan sambil mengusung bagasinya keseorangan beriringan keluar bersama jemaah yang lain. Bagasi atuk juga. Sedih.

Mak kata, atuk pergi mengadap yang Maha Esa tanpa menyusahkan sesiapa. Atuk meninggal kerana sakit semputnya. Juga kerana jangkitan kuman pada paru-paru kesan dari tabiat merokok. Walaupun atuk keluar masuk hospital berkali-kali tetapi atuk tidak pernah terlantar sakit dalam jangka masa yang lama. Keluar saja dari hospital, atuk terus berkebun seperti biasa. Tiada erti baginya untuk membazirkan masa.  
                    
Sudah tertulis. Dia antara insan-insan yang terpilih. Insan yang teristimewa untuk menghembuskan nafas terakhir disana. Jika diberi pilihan, aku juga ingin bersemadi di sana bersamanya.


Takziah juga buat keluarga rakan sekelas atas pemergian ayahnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.
Al Fatihah.



Tahniah

Selaku empunya, pemilik, penulis blog ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang dikasihi dan disayangi yang telah menghantar sms, mms, menulis di wall fb,  menghubungi saya dan juga bertentang mata untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi, Selamat Ulang Tahun, Happy Birthday dan seangkatan dengannya pada tarikh 25 November sama ada inadvance or belated. Mohon ampun dan maaf atas kelewatan utk membalas setiap ucapan2 kalian. Terima kasih juga kepada sumbangan cenderamata dan juga cenderahati. Betul2 amat sangat-sangat dihargai.

Ulang tahun kelahiran yang ke-21 di antara celahan pokok getah dan kelapa sawit pasti akan diingati.