Saturday, May 29, 2010

Kau tahu tak yang kau banyak bunyi ?


Mana mungkin kau sedar kan. Haha. Aku kejam dan masih mahu berkawan dengan kau.

Aku puas dapat jumpa kau tadi. Walaupun seketika. Lepas rindu. Kau macam biasa, masih banyak bunyi kan. Manja sangat. Mengada. Rimas. Meluat!! Tak pernah nak bagi turn aku dulu. Tapi aku tetap terus mendengar. Biar pon kata kosong atau berbisa. Xtahu kenapa. Setiap kali bejumpa, setiap kali bercerita, kau aku dahulukan. Kau biarkan orang mengata. Mereka salah ertikan keakraban kita. Lali dengan ini semua. Kau sokong! Aku suka.

Wednesday, May 26, 2010

owh kobis !


Hari Rabu secara rasmi nye hari cuti. Nak cuti hari lain pon boleh cuma kalau boleh bukan sabtu dan ahad. Sebab selalunye kan weekends shopping mall mesti buzy kan. Kalau cuti jugak takot nanti xde back up kan.

Mesti jadi suri rumah kalau duduk rumah. Tapi kadang2 apabila di suruh. Ye. Pemalas kan. Xpe. Akan usaha untuk berubah. Hehe. Memang cuti ni plan nak duduk rumah je. xplan pon nk pergi memane.

 K.Ngah bising2 tadi tiba2 suruh tolong dia masak. Jadi assistant utk penyediaan bahan2. K.Ngah tukang masak. Mak yg beri arahan. 'Tunjuk ajar ku sifu.' Hehe. Hasil nye memang boleh di makan oke. Lulus!



Bunga kobis / kobis bunga xtau la yg mane 1 betul, antara salah 1 bahan yg di gunakan dlm proses memasak tadi. Malu nyer di sini bila sedar selama ni tau makan je. Kalau tolong pon, banyak tolong tengok dari buat kerja. Haha. Tapi tadi time tolong K.Ngah baru sedar tu la kali pertama potong sayur 2. Haha. Oke sekarang dah tau =) 


: Esok Bonuslink members' day kat Parkson Subang. Ada additional 20% discount. Hari berikutnyer dah start SALE untuk summer!
Jom Shopping2!

Sunday, May 23, 2010

The middle coach.


Hari2 pon pergi kerja akan naik komuter sebab lagi mudah & cepat. Kadang2 je pergi naik transport sendiri. Setiap kali naik komuter akan pilih koc/gerabak yg di tengah. Kenapa ye? Ini kerana koc tengah ialah koc khas untuk wanita. Dalam berita pon dah keluarkan. Koc lain tetap boleh naik tapi lagi selesa di koc tengah kerana terasa diri ini sungguh wanita. Dewasa!hehe

" Sila ambil perhatian!
 Koc tengah adalah koc khas utk wanita sahaja sepanjang masa.

Attention please!
 The middle coach is only for the ladies at all times. "

Setiap kali tengah tunggu komuter, announcement ni mesti ada. Terngiang2 ni. Haha. Bagi yg lelaki sila ambil perhatian supaya X tersesat di koc tengah. Cukup malu oke kalau ada polis bantuan yang halau nanti.

Saturday, May 22, 2010

Thursday, May 20, 2010

Saya Separuh Masa...


Cuti sem memang jarang duduk rumah lama2 goyang kaki je. Paling lama pon dalam seminggu lebih mcm tu. Lepas tu mula la. Boring2! Bising je. Nape x pergi menggedik dengan kawan ke kan tak pon holiday dengan family kan? haha. Sebab kawan di sini ramai yg buat part time bila cuti panjang. Larat la pulak nak keluar hari2 dengan kawan. Sebab family jarang holiday dah. Jadi, dah terbiasa untuk ber'part time'. Still ada masa untuk gedik bersama kan. Bukan nye kerja all the time. Dah nama pon part timer.



 


Kali ini antara 2. Secret Recipe atau Parkson. Mana2 pon boleh. 2 2 pon oke. Bila dah di kira lebih & kurang, Parkson jadi pilihan. Ye tau dah. Mungkin agak boring sikit kalau di Parkson, tapi lebih relax sebab kerja xberat sangat.

Bila dah selalu buat part time, macam2 pengalaman dapat.

A&W PJ: Time lepas SPM. Yg ni paling lama. +/- dalam 10 bulan mcm tu. Paling best bila jaga kaunter ice cream bar. Fun! Time ni siap ada celebration day untuk semua staff & semua kene participate buat performance. Tapi sekarang dah xda. Management xcukop budget. Haha

Toys 'R' Us Subang: Banyak mainan, ramai budak2. Cute2! Pengalam baru belajar macam mane nak buat paper bag. Scene yg menarik bila fans transformer berebut2 nak dapat kan optimus prime yg limmited edition tu.

De Alfa Subang/Setia Alam: Paling junior time ni. Kerja yang paling sopan. Sebab macam kene control ayu2 sikit. Sebab kerja kat butik baju kan. Lebih kurang macam 1st Lady.
Owner butik ni orang lelaki.

Why Pay More Mid Valley: Mereka di sane yg paling sporting. Memang enj0y! Tapi ada sorang abg ni je kerek sikit. Tak2. Dia kerek lebih. Nyampah owh!

Parkson Subang: Ada banyak rules baru. Procedure pon banyak. Staff lebih berdisiplin la konon. haha!

Best ke semua ni? Best. Banyak yang best dari tak. Penat pon ye. Biasa la 2. Kerja kan. Tapi pengalaman 2 yg sgt2 berharga.


Monday, May 17, 2010

Masa Gedik Bersama


Tadi buat pertama kali nyer keluar rumah setelah hari2 tanpa aktiviti luar. Betul. Keluar sidai baju pon tak. Haish..teruk budak ni. 

Lepas rendu owh. Rindu kt family confirm2 dah dilepaskan siap2. Tadi lepaskan kt Tim si Gemok! Kau makin gemok dari aku. Harus terima sebab itu kenyataan. Haha. 

Tak jalan mana pon. Pusing2 kawasan rumah. Jalan2 kat pasar malam. Lepas tu teman kan si Gemok pergi A&W. Dia teringin nak makan waffle. Dah sampai kt A&W PJ, si Gemok ni gatal pulak nak pergi A&W Subang. Dia kate saje nak tukar selera. Tak ape. Mane2 pon boleh sebab dia yg drive kan.
=)
 Kalau tak, nak buat gila pergi i-City. Tapi dia pon X berape nak ingat jalan ke sane so lain kali jelah. Lagi pon dah lewat malam. Nanti mak bising. Belum tambah lagi Kak Long & Kak Ngah punyer bising kan.

Sepanjang perjalanan,konon ah macam jauh. Haha. Naik turun kereta, jalan kat pasar malam, masuk keluar A&W, dari hujan lebat sampai reda, sampai la balik kami bercerita. Sungguh. Masing2 banyak cerita. Walau pon sekejap je jumpa, tapi sempat cerita macam2. Macam2 ye. Semua koleksi cerita telah diringkaskan supaya semua cerita dapat diceritakan. haha. Puas!


Tim : Kalau nak cerita kt kau kene cerita depan2. Baru puas!

Friday, May 14, 2010

Nyor0k j0m!


Tim : Yg.. Ko kt KL dah ke?
Jen : Nyet..Jom kuar esk..ngn mar..
Kak Mah : Teng..ko blik ble?
Shed : Blik KL ble ngek?
Nanat : Oit..dah lik KL blum?
K.Long : Uder..ble nk blik uma?
K.Ngah : Ude blik ble?
Faris : blik ble?

Nyorok!
Nyorok dari orang.
Tapi kali ni nyorok lain sikit.
Nyorok = sarapan/breakfast.
1 lagi vocab baru dari negeri jelapang padi.

Hahaha.
Buat keputusan last minit utk follow program anak angkat atau nama yg lebih formal Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD)Ipt 2010  di Kg Kuala Ruman, Mukim Jeneri, Sik. 11 - 14 Mei 2010. Alang2 terpaksa balik lambat, biar lambat betul kan.
Puas hati kau kan!

Kg ni best sangat2. Tak tau lah kalau kg lain2 pon best kan. Tapi selama 4 hari kat sane memang best. Orang kg friendly giler. Bukan setakat parent angkat je, tapi parent yg tak ambil ank angkat pon baek kot.

Alhamdulillah dapat parent angkat yg syok sangat. Mula2 memang segan. Segan la. Tiba2 dpt 4 abg angkat. Cukop byk bagi orang yg x ada abg. haha. Plus dapat 2 adik angkat. Laki & perempuan. Ayah seorang penoreh getah sepenuh mase. Kesian ayah. Ayah x sihat sepanjang kami di sane. Demam. Emak pula mengajar kafa. Macam ustazah gak la. Dan juga geng marhabban. Hebat!

Penginapan yg diberikan amat selesa. Amat selesa sebab tidur x terjaga. Subuh pon agk gajah juga. haha. Selesa la 2 kan. Share bilik ngn rumet time kat kolej. Kebetulan dpt parent yg sama. Kurang sikit segan =)

Santapan semua 5 bintang oke. Sentiasa makan tak pernah miss. Sekarang ni musim durian. Memang rezeki la. Tiap2 hari melantak durian. Breakfast + Lunch + Dinner = Terbaek! Durian di mana2. Sampai ada kenduri pulut durian lagi tuh. Perghh.

Macam aktiviti wajib kan kalau masuk kg selalu nyer mesti ada gotong royong. Bersih kan kawasan masjid dan juga aktiviti seni, mengecat pagar masjid. Lagi2. Yang ni paling best. Lawatan industri. Memang lawatan habis sebab habis pusing 1 kg. 8motor, 3kereta n 1van. Konvoi ramai2. Masuk kebun, dusun durian, kilang kekabu, kolam ikan keli, rumah Mak Ha pengusaha bahulu/rempeyek/peneram. Ni semua antara aktiviti ekonomi penduduk kg Kuala Ruman selain menoreh getah. Lagi2. Ada Malam Ria Kg Kuala Ruman. Ayah2 dan Mak2 angkat buat persembahan marhabban dan burdah. Mak kami da best! Suara tinggi kalah Ramlah Ram. Kami bangge! Ank2 angkat pula buat sketsa dan nyanyi lagu. Sketsa agak menghiburkan. Nyanyi lagu? Wawasan Setia Pelajar. Gelak ramai2. Sumbang! Oke la tu. 10 minit sebelum majlis bermula baru kami tau kene buat juga persembahan. Lagi2. Ada sukaneka untuk kanak2, belia, ank2 angkat and parents angakt. Ala game2 simple jer tapi cukup fun. Lagi2. hari terakhir, semua penduduk kg dengan kami2 sekali gotong royong untuk kenduri makan tengah hari. Menu :

Sup Daging dengan Sengkuang
Ikan Bakar
Air asam
Pucuk Ubi
Kangkung
Ikan kering
Air Sirap

Delicious!


Ude : Asslmualaikum ayh.
Ayah : Wslm.
Ude : Ayah. Esk ude blik. Tiket kul 11 tau.
Ayah : Ude blik esk? Ni dekat mane?
Ude : Ude kt Kg Kuala Ruman. Kt Sik. Join program ank angkat.


 
Aah. Betul lah saye nyorok~
!

Tuesday, May 11, 2010

Penang Pening


Untuk elak kan dari rasa rugi kalau tak pernah overnite, 8 & 9 May yg lepas bermula lah episode overnite aku. Sebelum ni just dengar je cerita2 overnite dr rakan. Weekend je overnite. Cuti je overnite. Tension2 pon overnite. So plan untuk overnite ni terjadi pabila adanya gap yang terlalu lama ye between my last paper & speaking test for MUET. 5 days ok. Lama tu. Tah macam mana tah nama aku tercampak jauh dari rakan2 lain yang kebanyakannya ambil 5 May. Konon nak balik rumah dulu, tapi tak jadi cause macam membazir & memenatkan.


Kenape mesti 8 May? Sebab perlu tunggu Marinah Mailki (salah seorang jemaah rombongan) untuk habis paper pada pukul 5.15. Lepastu baru gerak Penang dalam pukul 7. Pergi dengan kereta sewa je. Kami semua tak ade kereta sendiri. Tak apa. Kami ada lesen yg sah. Hehe.

For me,part yang paling best time overnite ni bila tengok m0vie.
Furry Vengeance. Best. Siapa yg berlakon? Sory! x kenal =(
Tp enjoy tengok m0vie ni walaupon at 1st, sumpah xpernah dengar pon ada mOvie tajok ini keluar di cinema. Kuno nyer dunia aku.

Tentatif berikutnya tiada apa yg menarik. Lepak di McD till 6 sambil meraka yg lain On9 dan aku tunjuk rajin dengan menelaah serba sedekit untuk test speaking MUET. Terus gerak ke Feringhi untuk subuh dan mandi disana. Nikmat cukop terase bila lihat keindahan alam. Plan untuk ke Muzium Perang dan Bukit Bendera tergendala. huh! SO terus gerak pulang ke SP. Sebelum tu drop Marinah Maliki & Rakan di stesen bas.

Sampai SP, lunch di Aqeem Nasi Briyani. Boleh tahan sedap. Next destination terus ke VM untuk tengok m0vie. Ip Man 2! Boleh la m0vie ni. Tapi yg the truth nye, aku tidur lebih dari menonton. hah! Rugi RM11. Habis menonton terus rushing untuk hantar buah hati Nooreen Hashim. Tiket dia pukul 6. Bak kata rakan yang jauh, bermula lah adegan AF. Tapi tak berapa AF pon. Masing2 memang pandai control kan. Remote please. Nak tukar siaran. Ceih. haha. Lambai2. Kenyit2. Bas hilang dari penglihatan, barulah kami beredar pulang.

End.


was it fun?
motif tutop mata? Konon seperti memikirkan 'oh,aku overnite!'



Conclusion : Overnite x best mane pon bagi aku yang 1st time overnite.
Huh.
If there is next time?
I'm not sure. Have 2 think 1st.

Saturday, May 8, 2010

Jalan~Jalan



Out ke Penang yo!

..jom2..


Terdiam...


aku tawar hati!
rasa payau..


aku : xske kau. Kau xphm aku!

kau : ....... Yela. Aku mmg xpnh phm kau. Kau tnye la kt spe2 yg phm kau..em..

aku : oke!



Xboleh nak harap semua orang akan paham aku. Sebab aku pon x paham orang lain.


Friday, May 7, 2010

Bicara Jarak dan Masa



Bila berjauhan, jarak dan masa yang paling di takuti. Bukan tak biasa berjauhan, tapi bila dah terbiasa. Sedar atau x jarak dan masa buat aku jauh dengan mereka, situasi.


...Dulu kan...


Bila sentiasa dekat dengan mereka. Senang untuk bersama setiap masa. Tak perlu tungu esok. Lusa. Hoi je. Kita akan bersama. Hari2 bergadoh pon rasa macam gurau senda. Rutin kot. Konon benci la, meluat, menyampah, geram,,ala..tapi sekejap je. Lepas tu boleh gelak sama2 balik kan. Guling2 lagi tu. Buat geli2. Rasa macam x sampai hati je nak tarik muka lama2.

Bila sentiasa dekat dengan mereka. Macam2 benda kongsi sama2. (sampaikan at 1 time, muka memang suci je untuk pergi beli 'pad' dengan mereka yang lelaki, x segan untuk cerita pahit manes hidup,x segan untuk nyanyi sekuat hati walaupon sedar suara sumbeng, x segan untuk berkongsi segala) For those yang xkenal, akan kata minah ni memang xtau malu kot. Tapi itu kami bila jarak dan masa tiada beza.

Sampai di suatu masa, kita kekok bersama. Setiap kata yang keluar asyik bercanggah. Macam tak pernah kenal. aku xpaham kau. kau xpaham aku. Tapi masih jarak yang sama kita langkah. Masa yang sama kita redah.


i w0nder..
Betul ke jarak dan masa buat dunia kita terlalu jauh berbeza? 

again..i wonder..
Betul ke jarak dan masa buat aku berbeza dari situasi? Jauh dari family.
  
Kambing itam? aik? Main kasar nampak..


o
gambar hiasan



Tiba2 kan.Emo sekejap. Nak pergi jumpa Elmo, friend's si Cookies Monster tu.

Thursday, May 6, 2010

The Celebration



si Nurengg =)

we are smiling..

Giant a.k.a Drebar

V

(kami semua mungkin akan serumah sewa next semester)






while enjoying the food..

weeeee!!


Wednesday, May 5, 2010

(5)


Human Resource Management paper terakhir untuk final part 5 Business. KELEGAAN!! Lega memang lega tapi bila ingatkan balik jawapan2 yg dah di tulis, huhu xtau la. 50-50 skrng ni.Tak yakin dengan kemampuan diri sendiri sebab kalau nak compare dengan usaha mcm x padan je. Dan seperti biasa, jalan mudah yg diambil dengan berkata kepada diri sendiri 'xpela. Benda dah lepas'. Tak nak bagi rasa menyesal la kan. Macam dah terbiasa sangat. Azam setiap semester baru melangit tinggi kan :
 
Nak dapat A untuk semua subjek!

Nak score untuk Test and Quiz!

Nak naik kan pointer secara tidak langsung CGPA juga!

Nak buat revision & tutorial setiap hari! tapi macam haram je kan kalau xda assignment or tutorial yg lecturer bagi, buku seperti makhluk asing je..

Nak buat muka xmalu untuk bertanya! sama ada kepada lecturer mahupon rakan2 seperjuangan yg lebih bijak..ini bermakna aku pon bijak gak k..

Nak buat preparation sebelum masuk ke kelas! ceh mcm konon aku yg ajr kan. padahal revision pon mls nak buat macam mana nak prepare?

Nak kurangkan penggunaan suara di dalam kelas! sebab rakan kate suara saya mcm org tertelan mic. 


Macam2 kan nak. Nak itu. Nak ini... Nak kata nak memang mudah. Sangat mudah. Tapi bila nak usahakan macam2 alasan keluar . Bila dah akhir semester baru sedar. Macam bila buat balance sheet utk account, sakit hati bila x balance. Dah nama pon balance sheet kan. Tambah sakit hati lagi bila dapat nett loss. Bukan PROFIT. Dan bertambah sakit hati lagi bila tengok jam di dingding dewan peperiksaan, masa hampir tamat. Ye account aku time part 1 dapat C. Memang sedeyh kan? Sekarang ni tinggal saki baki hari2 part 5 aku di sini. Tak boleh buat pape utk ubah jawapan2 yg aku dah tulis. Hanye mampu berdoa apa yg terbaek. INSYAALLAH..