Tuesday, January 10, 2012

Meet Angelina's New Family Members

Saya tak tahu pon yang Angelina and Jimmy have been together. I mean "together". Walaupun mereka tinggal bersama, tapi mereka seperti membawa haluan masing2. Angelina ke kiri, Jimmy pula ke kanan. Bila Angelina tido, Jimmy aktif bermain roda. Bila Jimmy sedang enak menikmati juadah, Angelina pula pura-pura menyibukkan diri. Sangat tidak sehaluan. Yang sehaluan hanya bila mereka berpadu suara. Walaupun tak seirama.
  
Couple days ago, when my mum told me about that, saya macam..surprised!!! Bila masa mereka bersama. Planning untuk tambah ahli keluarga lagi tu. Sudah bersedia kah mereka? Tempat tinggal, makan minum? Hahaha.



Angelina and Jimmy sebenarnya si hamster pujaan. Bukan milik saya, tapi adik yang punya. Macam ulat je tengok anak-anak mereka ni. Kecik and togel. 

Bila adik dah masuk asrama, jadinya Angelina and family pon terpaksa juga pindah. Sebab tak ada siape yang nak jaga. Sob. sob. Tapi tak sedih pon sebab saya suka tengok je, tak suka jaga. Apatah lagi nak bagi makan dan minum. Ada jugak yang mati kerana kebuluran. Hahaha.

So sekarang, Angelina dan family berada di bawah jagaan tuan yang baru untuk sementara waktu.
Semoga Angelina dan family happy di tempat baru ;)

No comments:

Post a Comment