Tuesday, January 3, 2012

Listed in the Waiting List


Beberapa bulan yang lepas bila zaty bagi tau yang dia akan bertunang, aku memang teruja. Sambil buat muka teruja yang sangat teruja. Time feeza bertunang pon aku teruja. Apatah lagi bila tahu Anis dah kahwin.(Paris & Tim paham sangat muka teruja aku macam mane) So keterujaan aku ni berterusan bila time majlis tunang dia hari tu dia bagitahu insyaAllah next step dalam bulan 12 nanti.


Kalau ikut kan dalam list rakan2, ramai je yang dah bertunang. Dan berumah tangga pon ramai. Yang bercahaya mata pon dah ada. But this one special sikit. Because both, zaty and tunang dia kawan sekolah rendah aku. Dan yang menariknya, diorang ni berjiran. Jiran sebelah rumah oke! Bayangkan.


Imbas balik masa zaman sekolah dulu, yang si tunang dia selalu sangat cari gaduh dengan aku. Macam tak sah lah sehari kat sekolah kalau dia tak panggil aku dengan nama ayah. Sir name lah konon. Yang zaty pulak selalu kene buli dengan aku. Paling gangster bila sampai satu tahap, masa tu baru darjah satu, aku kene panggil dengan cikgu kelas pasal kes buli ni. Pasal pembaris yang dalam dia ada air and glitters2 tu je pon. Betapa hati batu nyer aku nak buli orang padahal parent zaty dan parent aku rapat. Ketua mafia betul. Haha. But kitorang maintain berkawan sampai sekarang. Tu semua zaman hingusan je tu. Mane fikir ape.


Dan 1 Januari yang lepas, sempena tahun baru, zaty officially dah jadi tunang orang. Kira dah kena booked. Orang lain tak boleh usik lah kan. Haram hukumnya. Peringatan ye.






Sambil buat muka serius, aku tumpang gembira. Doakan hubungan korang akan berkekalan hingga ke fasa fasa seterusnya. Amin.


So, when is my turn? When when when. Soalan ni dok berulang banyak kali masa majlis hari tu. Kalau aku ni yang jenis 24/7 dengan pujaan hati je, tak apelah jugak nak tanye soalan macam tu. Senyum sambil tayang gigi je. Jawapan untuk nampak ayu. Haha.


Merujuk kepada salasilah keluarga, salasilah lah kan..hehe..Aku kene dahulu kan kakak2 dulu. Kalau dah adik beradik macam tangga susunan nya, so aku yang bawah2 sikit ni kene lepaskan dulu kakak2. Tak nak langkah bendol. Nanti xde lah nampak macam gelojoh benor aku nak potong Q. Biar sopan sikit.


Tapi ini bukan masalah gelojoh ke apa, masalah sedia atau tidak sebenarnya. Fizikal dan mental. Study pon tak habis lagi. Masih terkontang kanting untuk berdikari. Belum sempat lagi nak balas jasa mak ayah. Dan ketika saat ni pon, im still trying to ignore love matters ni. Padahal jiwa remaja ni dok menggatal jugak. Mahu mahu mahu. Gatal teruk lah kan. Jadinya, aku termasuk dalam waiting list dulu. Sila tunggu giliran anda, harap bersabar. (T_T)


Honestly aku takut. Sambil gigit jari. Haha. Takut tak termampu. Sangat berat rasanya nak pikul lagi satu tanggungjawab. Berat. Amanah sebenarnya. Jodoh pertemuan ketentuan Illahi. Itu yang pasti. Cepat atau lambat. Aku yakin akan sampai masanya bila aku cukup bersedia dari segala segi. InsyaAllah.


Are you ready?


Oke. Aku belum ready sebab esok first paper final exam. Walaupon satu-satunya subjek dalam bahasa melayu, still fail la nak karang ayat bunga-bunga cinta ni.


Untuk kawan-kawan juga, GOOD LUCK!
Semoga dipermudahkan urusan.
Lancar dalam memahami dan menjawab soalan.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Mohon sama2 doakan juga ;)



No comments:

Post a Comment