Friday, December 7, 2012


Azam aku sebelum start practical, aku nak cari company yang best-best. Best tu termasuk lah dari segi elaun yang diberikan. Aku kan mata duitan.Kalau boleh tak nak government, nak pengalaman baru konon nya sebab dah pernah kerja under qovernment ni kan. Tak nak bank. Sebab selalu sangat dengar cerita kalau kerja bank harapan untuk balik on time memang akan tinggal harapan je. Tak nak dekat mana-mana company yang ada shift. Dan kalau boleh nak company yang boleh bawa aku pergi sana sini. Kalau dapat pergi oversea, itu lagi bagus. Tinggi betul angan-angan aku, itu dah bukan azam lagi tu. Sebab kalau boleh aku nak terus diserap kalau company tu best dan gaji pun cukup masyuuuuukkkk untuk aku yang materialistic ni.


Tapi bila dah terlalu memilih sangat, tu yang aku payah nak dapat placement kat mana-mana company. Aku antara manusia-manusia yang terakhir terhegeh-hegeh pergi kampus time cuti sem minta cover letter dari Sir Halim. Sampaikan 2 weeks before practical period start, aku masih lagi duk pergi interview sana-sani. Masih lagi google company-company yang terima intern student. Masih lagi call senior-senior tanya pasal company-company yang best.


Tup tup. Duduk lah kau dekat Scope which is subsidiary company of Standard Chartered. BANK ye!! Yang kau tak nak sangat tu kan, yang tu lah yang kau dapat. (Kalau tak nak sangat laki muka macam Beckham, agak-agak boleh dapat tak?) Haha.
 Elaun pula biasa-biasa je. Walaupun aku bukan duduk dekat bank yang betul-betul bank, yang ada security guard pegang senapang panjang tu, yang ada 5 6 kaunter, yang ada mesin nombor giliran yang annoying, yang ada ATM bagai tu, tapi bank tetap bank.


Tu yang masa awal-awal aku dekat office PJ hampir setiap hari aku merungut. Yang jadi mangsa mendengar rungutan aku, mestilah emak. Tapi Mak, memang supporter terhebat aku.

 
Benda yang kita tak minat, tapi kita kena buat. Siapa suka?
Ada yang kata minat boleh dipupuk. Siapa tahu kan?


Ada satu hari time tu aku dah siap kerja aku. Kira kalau aku nak balik memang boleh balik. Tapi aku still lagi dekat office.


“Eh syira, kenapa tak balik lagi. Bukan senang nak dapat balik awal ni. Pergi lah balik.”


Aku senyum., “Hah oke2” Tapi still duduk dekat situ tak balik pun. Aku pun tak tahu kenapa hari tu bontot aku berat sangat.


“Ke syira memang suka balik lambat? Syira suka eh kerja dekat sini?


Belum sempat akak tu habis kan ayat-ayat berikutnya, terus aku jawab...




Eh..Memang TAAAAKKK lah...!!
...krik krikk krikkk krikk...


Memang terbaik jawapan aku time tu. Jujur betul.

And tiba-tiba terbayang-bayang wajah Miss Farah, Puan Azfar and Miss Oyin.Sebab masing-masing ada experience dalam banking industry.

And yes, balik awal or on time adalah perkara jarang2 berlaku.


Itu semua maybe masa aku belum familiar dengan working environment dekat sini. Tak kenal maka tak cinta. Tapi walaupun aku dah kenal, aku tak adalah sampai jatuh cinta dengan job aku. Tak adalah sampai dibawa ke dalam mimpi. At least aku mula keluarkan diri aku yang sebenar.

And supposely 16 November merupakan hari terakhir aku sebagai practical student kalau ikot contract yang aku sign masa first day aku start practical. Tapi tapi tapi...aku still kat sini lagi hari ini. Aku tak tahu kenapa aku masih pilih Scope. Sama lah jugak dengan keadaan bila aku tak tahu kenapa aku pilih mendiamkan diri untuk apa yang aku mahu.


Mungkin sebab aku belum yakin dengan semua ini.



Wish me luck and yet, Oh my thesis. Aku abaikan engkau. Sorry, aku kurang fokus.
:(

2 comments:

  1. Allah dah tetapkan tu jalan kita.
    Congrats Ira.
    Ada keja kosong oyak ah ke kita.
    Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi..skrng dah pandai oyak..
      haha..doakan aku!

      Delete