Sunday, July 11, 2010

Saya dan Update


Hari2 terawal semester baru selalu memang akan rasa huru hara. Alhamdulillah, semuanya kini berjalan lancar dan hari2 huru hara semakin reda. Semester baru, semangat baru, azam pon selalunya akan baru ye seperti selalu dan juga rumah baru. Haha. Tapi hanya menyewa. Selamat tinggal Mahsuri. Tiada lagi wireless free hari2. Tiada lagi pengkalan iman dan Pak Ad. Tiada lagi dining Masria & food court Kak Peah. Tiada lagi mambang biru. Syahdu!



Semester 6



Dari sem 1 sampai lah sem 5, kelas xpernah berubah. Tapi bila masuk sem 6 ini terpaksa di ubah gara2 hanya terdapat 2 kelas sahaja yg ditawarkan. Kelas A untuk yg ambil International Business dan kelas B untuk Transport. Tentunya kelas A menjadi pilihan idaman kalbu. Maka, terpakasalah ye utk daftar course kelas A. Still best jugak sebab ramai rakan2 lain yg ambil IB. Jadi, tak ada beza sangat lah kalau tukar kelas pon. Tapi kelas padat tau. Sampai 40 lebih student dalam 1 kelas. Dah macam sekolah kan.



Subjek



Tak banyak. 4 subjek je. Total kelas dalam seminggu ada 8 kelas.



International Business
Entrepreneurship
Selling
Research Methodology



Rakan



Ada rakan2 baru. Tak baru sangatlah sebab dah kenal sebelum ni cuma belum pernah sama kelas. Hope semuanya oke2 lah kan. Rakan serumah pula rakan sekelas. Nuryn & Nadz, Kecuali Zati je. Zati xsama course dengan kami tapi die pernah sebilik dengan nuryn dari part 1 till part 4.



Rumah sewa



Kerana pengambilan pelajar pada semester ini yg melimpah ruah konon nak capai target 10 000 student sebelum 2012 lebih kurang macam tu lah kan, kami mangsa2 program bersamamu dihalau keluar untuk menginap di kediaman yg lebih selesa. Haha. Sangat selesa tau tak. Duit keluar macam air habaq ang. Banyak barang nak kene beli.Terus rasa menyampah dengan budak2 part 1. Haha. Kejam lah pulak kan. Uitm lagi kejam kot, bagi tilam extra untuk sumbatkan pelajar buat sementara waktu. Bilik untuk 2 jadi 3. Bilik 4 pulak jadi 5. Sesak kan.Terus 4 orang gadis ni gelabah cari rumah sewa. Memang gedik2 tak nak pikir pasal rumah sewa time sem lepas. Walaupun dah tahu kemungkinan tak dapat kolej adalah sangat besar. Suke buat last minit. Hehe. Tapi kami sangat bernasib baik walaupun cari rumah sewa last minit, akhirnya dapat jugak. Setakat ni tuan sewa kelihatan baik dan budiman. Pak Cik Lan. Siap tolong kami angkut barang dari kolej lagi & tolong bawak kan pergi kedai kunci kt SP tuh sebab nak duplicate kunci lah kan sebab kedai kunci yg dekat area rumah sewa tu amat sopan santun membuat kunci. Pak Cik Lan bagi kami masuk rumah dulu walaupun kami xbayar satu sen pon lagi. Tiba2 kene buat muka baik. Pak Cik Lan kata dia percayakan kami. Walaupun begitu, haha..kerja2 mencuci rumah & menebas semak dilakukan oleh kami sendiri. Sila lihat kehebatan gadis2 di bawah.









Hebat tak kami??
hehe =)

 

Transport



Seminggu sebelum balik ke Merbok, ayah kata nak belikan motor. Wah..Suke2 =) tapi..Hah? Motor je? Ala..Bukan kereta ke? Hoi hoi. Hamboi kau. Demand eh kau. Kau ingat ayah kau tu kerja cop duit ke? Boleh la pulak nak beli kereta macam petik jari je kan. Bersyukur dengan apa yg ada. Paham tak kau? Huhu. Paham2. Kasihan kat ayah. Banyak lagi tanggungan lain. Tapi kan memang sangat bersyukur. At least ada juga kenderaan sendiri. Kalau ada kelas latihan nanti, xdalah susah nak pergi sendiri. Tapi motor belum sampai lagi. Dalam 2 3 hari lagi baru sampai. Sungguh kasihan ye. Macam mana nak pergi kelas ni? Konon nak pergi kelas naik bas Uitm je, xpon mintak tolong fadzil untuk tumpangkan, tapi kalau dah rezeki jangan ditolak. Hehe. Nuryn bawak kereta abahnya. Memang rezeki. So, masalah transport hampir selesai.



Makanan



Makanan adalah antara aspek penting bila dah duduk luar ni kan. Hehe. Kalau dulu, hanya tertumpu kepada dining Masria, food court or café, tapi sekarang intan payung jadi pilihan. Kat kawasan taman ni memang banyak kedai makan, tapi selalu pergi kedai intan payung ni. Sebab makanan dia pon oke & harga berpatutan la jugak. Kenapa tak masak je? Sebab Pak Cik Lan baru je masukkan dapur. Esok lusa kami masaklah. Hehe.

1 comment:

  1. badang lagi hebat owh menebas semak samun sekalian alam.
    hoho

    ReplyDelete