Saturday, September 18, 2010

Raya Versi Kali Ini


Assalammualaikum wbt (versi Hj Mustafa dalam drama bersiri Qalesya)

Selamat Hari Raya lah Semua.

Kali ini cerita raya versi saya di PJ. Ye. Saya di hari raya.
Mari kita mulakan...


Malam Raya bukan malam pertama :

Kereta mak rosak lagi. So kereta mak beraya di bengkel lah. Situasi ni macam pernah berlaku je sebelum ni. Macam sejarah berulang. Macam mane nak balik kampung? Mane nak muat kalau naik 1 kereta sahaja.

Raya Pertama :

Lepas solat sunat hari raya, memang duduk di rumah sahaje. Boring kan kan?? Nasib lah. Huhu. Sebelah malam baru lah beraya ke rumah jiran, tgk baby cumel & juga ke rumah tok nek.

 
tok nek =)


Raya Kedua :

Ayah kata "Lepas zohor, siap2. Kita gerak balik kampung jumpe embah".
Tiba-tiba pulak.
Ikot kan saje lah..
Kerana kancil kesayangan mak beraya di bengkel, jadi nye kami pulang dgn kereta ayah & juga ford ranger atau nama mesra di kalangan kami sekeluarga, lori oke. Belasah lah. Haha. Memang macam lori sebab kalau duduk belakang melambung-lambung.

 

yg ni pon nk kene gigit jugak =D

Raya Ke-3 :

Masih lagi di kampung. Bermesra-mesraan bersama sanak saudara. Embah2, Paman2, Bibik2, sepupu sepapat sekalian =)
Juga birthday si adek bajet.
Happy Birthday Sayang!






embah yot (die moyang saya)

gigit kau baru tau =D

Raya ke-4 :

Raya versi sempoi. Beraya ke rumah kawan Kak Ngah, Kak Tiya. Pakai jeans & shirt. Sebenarnya bukan nak raya sangat pon, just nak tengok baby die. Itu yg utama. Baby memang selalunye cumel. Selalu geram bile teng0k baby.

Raya ke-5 :

Beraya bersama rakan taulan. Bak kata wahida, BFF lah kan. Haha. Memang pulun habis kalau boleh nak pergi semua rumah. Kalau boleh lah kan. Tapi sempat 9 rumah sahaja. Rumah nanat & eda di tutup. Sebab eda suruh dtg hari khamis. Open house katenye. Hari ni die close.




satu


dua

 tiga

 empat

lima

enam


 tujuh


lapan


Rumah ke-9 terakhir rumah Opah Bee. Selamat Hari Raya Opah.
Tapi kan wan x ikhlas kot datang rumah opah, pancing guna nama ex-girlfriend baru dia mau masuk. Xpatot betol!
  
Sebelum pulang, singgah the Curve jap.
Pengetahuan am yang perlu diketahui, itulah kali pertama jejak kaki kesane. Haha. Xheran!


Raya ke-6 :

Rehat2 dulu di rumah. Nonton televisyen. Layan tetamu yg hadir. Malam di Brickfields bersama Abg Chik.

Raya ke-7 :

Raya konsep moden. Gather di Piramid. Konon kami nak buat reunion. Tapi xbrape nk reunion cause ramai sgt yg xdpt dtg. So, organiser decide, kita jumpe2 je sape yang ade.
Tp still fun tahu, cause masing2 memang gila.
Makan di pizza hut, beriadah di bowling centre & sembang2 petang di Subaidah Sunway.
Dari awal sampai lah hbs 'majlis', memang xhabis cerita kan.
Lepas rindu.
Sayang korang semua.




Aktiviti malam pula,ke Kelana Jaya. Singgah rumah Ros. Juga bertemu dengan Shamer & si encem Fawwaz. Haha. Style kot ko, time sekolah dulu aku xberape nampak kehenseman kau. Rugi betol. Gigit jari sekarang!
Dekat rumah ros, habis geledah album dia, tengok gambar time sekolah rendah dulu. Aku memang cumel (kawan2 sila akui itu) dengan skirt, stokin paras lutut konon tutup aurat & rambut yang disisir rapi. Belah tepi tu. Style. Haha.
Punggung masing2 macam dah melekat. Tak reti2 nak bransur pulang kan. Aish. Tak habis cerita lagi rupenye.
Tapi masing2 bersetuju, kalau lah semua ada, mesti lagi syok. Aku pon sangat setuju. Mane korang yg lain ni. Mane2??

Dalam pukul 10 terus shoot balik hantar Sywal, lepas tu gerak pergi uma Eda cause dah janji dengan dia dari petang lagi nak datang rumah. Sory Eda. Selamat Hari Raya kau. Maaf Zahir Batin!
haha =)
Cadangnya rumah Eda adalah rumah terakhir untuk persinggahan hari ni, tapi secara tiba-tiba, kami buat2 gila terus gerak ke Bangi pergi rumah Wahieda pula.
Memang gila.
Wahieda kau kejam kan ajak last minit. Pancing guna ayah & mak kau pula kan. Tak sampai hati nak tolak cause dah lama pon xjumpe. Kat rumah Eda pon xsempat nk jumpe. Akhirnye berjumpa di rumah kau jua.

Kali ni memang betol. Rumah wahieda rumah yg terakhir.
weee =D

Raya ke-8 :

Out ke KL. Apa ada? Pergi wisma yakin je, belikan barang yang di kirim oleh rakan. Esok nak balik dah. Tapi nasib malang kedai yg dituju hanye akan mula beroperasi pada 20hb. Dissappointed! Konon nk buat muka sedih. Haha. Terus ke Piramid untuk jalan2 cuci mata. Yg pasti habiskan duit juga. $$$. Haha.

Raya ke-9 :

Separuh di PJ & separuh di Merb0k mungkin =) 


Jom puasa rakan2!!
 

No comments:

Post a Comment