Saturday, March 12, 2011

Minta simpati :(


Dalam kelas ibm533,

'U, ape kate kalau kita turun Seremban naik komuter pergi Mid. Boleh jalan2 dulu, maen boling ke? Tengok wayang ke kan. Lepastu nanti boleh terus shoot ke Klang terus. Bajet macam bawak kereta kan'

Memang mendidih je kan kalau lecturer kat depan tu tau ape yang kitorang bualkan. Dah la datang lambat hampir setengah jam. Pastu potpet2 pasal yang tak berkaitan dengan subjek. Semangat nak balik minggu ni. Sebab dah berkira-kira minggu depan dan berikutnya weekend akan ada programsss

Lepas kelas teman Wa pergi withdraw dan berkira2 untuk merasa pizza di seberang jalan tapi cancel kan niat sebab macam tak best je nak layan pizza berdua macam tak cukup jemaah plus tak bawak kamera untuk kenang-kenangan. Termasuklah handphone sendiri yang tertinggal di bilik.

Bila sampai kolej terus cari handphone, yakin sangat yang handphone mamang tak bawak sebelum pergi kelas lagi tadi. Tapi sedih bila cari2, dari bilik yang macam tongkang pecah sebab masing2 sibuk nak tunjukkan diri sendiri busy, terus bilik bersih, kemas dan selesa untuk guling2 atas lantai. Dalam baldi baju pon di cari. Habis kat bilik kitorang geledah satu rumah. Dekat tempat sidai baju pon, kot2 kalau terletak kat situ kan. Tetapi handphone yang di cari tidak juga ditemui.
Sekarang kau boleh meraung kuat2. Endahkan keayuanmu.
Memang tak jumpa sampai saat entry ini ditulis.

Mari buat andaian ; probability..

Mungkin tersalah letak dan tak perasan handphone tu kat mane? So, better kau berusaha cari lagi. Usahakan tangga kejayaan.

Atau mungkin terbuang sebab pagi tadi sebelum pergi kelas kau kan ada pergi buang sampah dulu. Tapi macam tak mungkin sebab yakin tak terbuang, lagipon tadi dah pergi cek balik kat tong sampah tu, memang tak ade. Tahan nafas. Euuwww. Jijik!

Atau mungkin tercicir kat mana2 masa on the way nak pergi kelas. Ini pon tak berapa nak mungkin sebab yakin sebelum turun bawah memang sedar tak bawak handphone dan malas nak patah balik bilik plus tangan time tu sebok pegang chocolate sebab kebulur tak breakfast sebelum pergi kelas.

Atau pon mungkin rumah ni berpuaka, atau ada yang bela jin atau ada yang memang panjang tangan. Assumption ni yang kalau boleh paling last difikirkan. Sebab tak suka nak buruk sangka dekat orang yang memang akan tinggal sebumbung hingga hujung semester ni.

Bila kepala dah serabut sangat lepas solat terus tidur sampai tak sedarkan diri. Bangun2 nak dekat maghrib. Lepas maghrib kuar makan, balik tu pon beli makanan lagi and decide untuk pulang ke rumah esok pagi je. Kesian kat Wa sebab nak tunggu saya juga. Terima kaseh kamu ;)

Ayah kata lain kali handphone tu ikat je sentiasa kat tali pinggang. Mak pulak dah bising2 sebab benda bukan dapat seringgit 2 eventhough phone yang di beli tu guna duit sendiri. Terasa perit lah jugak kan walaupun bukan handphone canggeh tahap 4g.

Bagi yang mengenali diri ini, sila lah bersila. Huahuahua. Sila lah contact number Maxis saya buat sementara waktu. Andai jodoh kita panjang, mungkin ada rezeki untuk kita contact di number Celcom. Harap maklum.

Dari saya yang minta simpati.


5 comments:

  1. i'm just doing my job as a friend dear.
    be strong k.
    nnt kite keje2, kite beli handphone same.
    kite ikat kat pinggang same.
    =)

    ReplyDelete
  2. so now u're using maxis no aje?
    fine then..
    next time, be more careful ye.
    buat mcm i, hp always ade sebelah telinga. ehehe~
    so, mmg xkan kemane punyer hp tu.
    so, gud luck dgn hp baru ye nanti.. hehe~

    ReplyDelete
  3. wa : tQ!

    jen : yup2..maxis buat masa ini..terima kaseh atas nasihat ;)

    ReplyDelete
  4. Serious ke sayam?
    huu, sabaq eh?
    ko kena letak magnet kat tngan n hp..
    ada tarikan magnetiviti!

    ReplyDelete