Sunday, December 8, 2013

Lost and Found.


Dah 4 hari. Macam best pula dalam keadaan begini. Rasa aman, lari dari dunia. Haha. Dunia lah sangat. 
Realiti, macam menyusahkan or menyulitkan keadaan. 
Should i? Tapi tak apa. Sabar dulu. Perlahan perlahan. 


Ini cerita semasa. - Lately, dekat ofis, sana sini, laman sosial, ramai dok ulas pasal kenaikan itu ini. Letrik lah, barang barang lah, cukai pintu lah, harga rumah and etc. Mula lah joyah-joyah kepoh yang sebelum ni tahu gosip pasal retis, terus tukar jadi economist. Aku antara joyah tu kadang kadang, economist belum lagi. Fail! And lagi advance bila ada yang cuba untuk jadi politician and fikir, next PRU, mungkin patut beri peluang kepada pihak yang satu lagi. Well. Tangan aku terus laju tekan keyboard. 


Apa yang kau pilih, itu lah yang kau dapat.


Aku ambil tahu juga, walaupun aku tak terkesan sangat. Maklumlah tak ada commitment lagi, tapinye aku mula risau untuk masa depan aku. Apa aku ada? Apa aku dapat? Kerja, kerja and kerja. Further maybe? 


?
?
?



Emmmm...
Lapaaaarrrr lagi. Jom ke dapur. Esok pagi kita try jogging! 
Boleh macam tu? 


Sunday, December 1, 2013

Long way to go

"have you married?"

"thats why im worrying"

"who wants to marry you if you are like this? "

you just made me realize about that sir. it is long long long way to go...

pity me :(

Published with Blogger-droid v2.0.6

am afraid too


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 21, 2013


Penyebab malas untuk datang kerja, bila Kibun MC and si Debooott pagi pagi lagi dekat rumah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, November 18, 2013

Bodoh

Jangan cakap dengan aku. Aku benci lah nak bergaduh bagai ni. Benci untuk membenci. Wah, ayat kau. Haha.

Seriously, aku benci. Marah dengan diri sendiri. Apa yang aku mampu buat? Aku marah diri sendiri, but at the end, bila aku penat, and kemarahan tu tak meredakan apa-apa, aku menangis. Tu je kot yang mampu cool down the situation. Letih. Tapi dari aku meroyan kat orang, maki hamun macam orang gila, memang lagi penat kot. And for sure, tak ayu langsung. 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 5, 2013


Fall in love...

Jika ini cinta yang Allah anugerahkan. Alhamdulillah. 

Salam Maal Hijrah 1435

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 24, 2013

My Emak, My Masterchef


Oke, semalam, lepas balik kerja, memang dalam otak ni macam2 benda dah plan nak buat. Tapi, last2 sampai rumah, masuk bilik, terus pengsan. Pukul 12 lebih baru tersedar, dengan tak mandi lagi, baju pun tak salin. Oh my! Penat macam kerja angkat bata kan kau.

Semenjak bekerja ni, plus aku duduk rumah, so advantage untuk aku sebab mak selalu akan masak. Melainkan bila mak busy ke pasar tani or settlekan order sardin roll.

Dan aku ni dah terbiasa, even kenyang dah makan kat ofis or makan kat luar, balik rumah mesti nak makan jugak masakan mak. Walaupun hari tu mak goreng ikan je ke kan. Sebab aku macam ketagih. Addicted to emak's cooking. Dan habit ini tidak berapa elok untuk kesihatan bila aku melantak tengah malam. Bukan malam oke. Tengah malam. Macam aku cerita tadi. Bila balik kerja, sampai rumah terus pengsan. Kalau pengsan sampai pagi tak ape. Tapi bila tersedar, even pukul 2 pagi sekalipun, kaki aku ni rajin benar ke dapur, cedok nasi, lauk, duduk ngadap tv, dan menikmati my late nite supper. Gila kau supper dah macam lunch kan. Tunggu sikit hari lagi, kalau nafsu ini berlarutan, agak2 mampu tak lagi aku pakai baju size s.

Semua orang akan puji mak sendiri punye masakan. Sebab kita dah terbiasa dibesarkan dengan masakan ibu sendiri dari kecil kan. Tapi aku memang tabik springgggg dekat emak, sebab sesimple2 masakan emak pun, orang still akan puji. Mak masak sardin je pun, pak cik aku puji sedap, even officemate aku pun request untuk bawak ke office. The best thing ever, sambal kicap emak. Kakak office siap tapau sambal kicap time datang raya rumah hari tu. Malu tolak tepi dah.

Aku pulak dari sehari ke sehari konon nak belajar memasak dari emak. Rugi kan kalau tak serap ilmu dari emak. Tapi... Dah kau kalau sampai rumah pun lewat, tinggal cuci tangan je untuk makan. Weekends pulak mak selalu busy. Kalau tak ke pasar, mesti pergi kenduri. Alasan je semua ni kan. Kalau nak tu seribu daya. Boleh je adjust masa, mesti ada free time nye.

Mak pulak rajin melayan kerenah pemalas aku ni. Dalam dia berleter tu, still dia buatkan jugak. Dan setiap kali aku ada potluck dekat office, emak lah masterchefnya. Ada satu hari tu, aku determined giler nak masak sendiri. Buat kuah kacang je pun. Sebab mak dah cakap awal2 yang dia memang tak boleh tolong cause busy nak siapkan order. Balik kerja, dah beli barang siap2. Konon nak buat malam tu jugak, bila dah pengsan, tup tup bangun esok nye, terus cakap dalam hati tak pe lah, nampaik gayanye beli makanan siap je lah. By the time aku bersiap2 nak pergi kerja, aku tak bajet pun, yang mak boleh siapkan kuah kacang tu untuk aku. Dalam waktu yang singkat. Dah le aku terlupe beli udang kering yang kecik2 tu. Mak memang pakar dalam altering the food. Tak cukup bahan pun still boleh siapkan.
Terus terharu giler.
Lagi terharu, bila kawan2 office semua puji kuah kacang mak terbaik. Sebab dorang tahu, kalau aku bawak makanan sedap2 ni, bukan aku yang masak. Hehe.

Soon, aku akan cuba jadi macam mak. Masterchef di rumah!
InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6