Thursday, March 31, 2011

Wednesday, March 30, 2011

Luka dan rawat semula.


Baru 30% katenye.
Tapi aku 50% injured. Kate sendiri dalam hati.
Hurt. 

Its true and its my interest. Kalau dah biasa aku tak akan rasa apa2. Kalau dah biasa aku tak akan rasa sakitnya. Kalau dah minat aku tak perlu ungkit kesakitannya.

Its true and its still my interest.
Kadang2 sakit itu seronok, sebab sakit bawa aku masuk dalam pengalaman. Belajar dari pengalaman. Kutip pengalaman itu dengan tangan sendiri.

Jangan pedulikan aku.

Saturday, March 26, 2011



Sekarang kau tak perlu nak kecoh2 pening sane sini, stress or whatever. Memang minggu ni boleh menguatkan  niat untuk buat penerjunan bebas dari tingkat 10 terus ke sungai Melaka bawah tu. Busuk2 pon busuk la, asal otak tak pening pasal pikir assignments yang macam tender 10 juta semua nak kene rebut untuk hantar next week. Quiz pon. Test jugak. Semua pon next week. Kenapa mesti begini? Kau memang2 betul hancurkan hatiku. Meroyan sorang2 dalam bilik.

Tak ayu lah kalau nak meroyan. Tak jadi meroyan sebab memang student selalu pon begini. Bukan kau seorang je yang belajar!

Kurang sebulan nak final dah??
Sila sedar diri.

Muhasabah Cinta



Kata ustaz,
cinta itu tanggungjawab bukan suka semata,
cinta itu perbuatan bukan kata-kata,
cinta itu memberi bukan mendapat..

Kata ustaz,
nilai cinta 
pada pandangan remaja adalah biasa,
pada pandangan akal adalah psikologi,
pada pandangan nafsu adalah seks,
pada pandangan hati adalah hadiah..

Kata ustaz,
cinta itu fitrah,
built in / install..

Kata ustaz,
cinta itu untuk kewujudan bersama,
bercintalah dengan peraturan cinta,
bercintalah berkali-kali..

Kata ustaz lagi,
jangan hanya melihat cinta semata-mata, tapi lihatlah pemberi cinta,
kerana cinta DIA yang hakiki,
sangat ikhlas memberi, tanpa diminta dan tidak sesekali diungkit..

Kata ustaz,
akal logik perlu bijak memilih,
save or safe..



Muhasabah Cinta,
21 Mac 2011,
Level 4, KBM..



Monday, March 21, 2011

Meluat



Kalau bukan hak kita, jangan di ambil.

Aku jelas?
Tak. Tapi meluat. Aku mungkin jeles kalau ape yg kau ambil tu memang hak kau. Aku mungkin jeles sebab kau antara yang bertuah. Setiap manusia ada beza. Tapi yang tadi betul tak jeles. Yang tadi tu macam minta maki.


Saturday, March 19, 2011




apsal akk ko beza mke ngn ko haha akk ko lwa haha


Terima kasih Aizat. Memang dah biasa. Aku redha saje ;)


Tuesday, March 15, 2011

Gila bayanglah juga.


Oh no no no...
Bukan nak cerita pasal i dah jatuh cinta ke jatuh hati ke or even jatuh tangga. Tapi ni nak cerita gila bayang pasal handphone yang dah hilang tu. Gila bayang dibuatnya. Maybe sebab i sayang sangat kot kat handphone tu sebab memang die jarang meragam. Boleh kira berapa kali sangat lah.

Punye gila bayang bila balik rumah hari tu my sis pakai ringtone yang sama untuk incoming call. Tanpa segan silu terus gabra nak cari phone.

Lepastu ada lah jugak beberapa kali mimpi pasal handphone tu. Sampai kan tadi my roomate said i mengigau sebut pasal handphone. Padah tidur tak solat dulu kan. Waaarghhhh!!

Pagi tadi pon bangun dari tidur sebab dengar alarm roomate. Die boleh pulak pakai bunyi alarm yang sama. Tanpa segan silu sekali lagi, dalam keadaan mata masih lagi tertutup, tangan raba tepi2 bantal bawah bantal untuk off kan alarm. Padahal tak ada pon handphone. Kesat air mata lagi..Sobsobs..Tapi tipu je tak kesat air mata pon sebab sambung tidur balik.

And the only pic yang ade dalam phone sekarang ialah pic ini..


Rakan2 diatas anda perlu kembang sekarang sebab muke menahan anda semua jadi wallpaper phone saya. Kegemaran! Kerinduan! Kesayangan!

Sebab handphone sekarang macam harem sikit function die tapi masih bertuah sebab boleh call dan mesej. Terima kasih atas khidmat anda. Tapi agak lembab nak menaip sebab tak biasa,so rakan2 yang mesej harap bersabar menunggu giliran ye.