Wednesday, February 29, 2012

Chinta


Bila dah cuti panjang aku tak ber'part time' jadinya memang kerja yang mampu aku buat makan , tido, online, ngadap tv and rotate balik benda yang sama. Keluar pon kadang2 je. So, kebanyakan masa aku memang habis kat depan tv. Bila dok kat rumah memang jakun nak tengok tv sebab balik Melaka susah nak jumpa tv melainkan kat kedai makan. Ada sape nak bagi tv extra?

Tapinya, pesen aku ni bukan jenis yang bersungguh-sungguh nak folow drama-drama bersiri. Sebab nanti aku akan rasa macam kecewa bila balik Melaka dah tak dapat nak folo. Pastu terus rasa tak up to date. Aku tak berapa nak gigih sangat nak tengok online, cari kat youtube bagai.

Sebenarnya nak bagi tau, bila tv3 ulang balik cerita chinta setiap pagi kul 10.30 tu, buat aku rindu dekat rumah no.183A, Taman Lembah Bujang. Tiga orang anak dara dok ngadap depan tv sambil tunggu waktu maghrib kan. Semua memory dalam tu. Oh! Rindu tau. Tu je.

Monday, February 27, 2012

Wednesday, February 22, 2012

'Jangan cepat terasa hati. Orang yang terasa hati lebih teruk dari orang yang menjadi penyebab terasa hati.'

 Itu aku saat ini dan selalu untuk aku ingatkan diri sendiri. Peringatan dalam keadaan redha lebih mudah diingati bukan yang terpaksa. Tolong ingatkan aku sentiasa.
Nite.


Tuesday, February 21, 2012

Pouch Bag #1

Memang telan air liur je bila ada member yang kata RM2900++ tu murah.
???
Berapa kali telan pon tak sure.
Bagi aku amount tu akan nampak murah kalau currency yang digunakan bukan MYR.
Sadis!

Sunday, February 19, 2012





"Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah,
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.."




Kau mampu? Aku?


Wednesday, February 15, 2012

Goyang kaki sampai lenguh.

Ini macam bukan aku, bila cuti sem tak buat part time.
Tolong aku!!
Tak senang duduk dah ni. Hari2 bangun dari tidur, makan, mengadap tv, online, tidur, makan, mengadap tv, online dan seterusnya...
Nampak macam syiok je kan, tapi aku macam tak biasa life cycle yang macam ni. Kalau setakat 2 3 hari masih mampu tersenyum, senang hati tak payah nak fikir apa2. Apatah lagi nak fikir assignments, tests and quiz yang berlambak. Tapi bila berlanjutan ke hari2 berikutnya, boleh buat kes darah tinggi marah dengan diri sendiri. Lagi2 bila ini bukan cuti sekolah, so tak ada geng nak bawak bergadoh. Rasa macam loser tiba2.
Sobs sobs T.T