Thursday, June 24, 2010

Minyak angin Cap Kapak


Orang selalu kate, jangan mudah percaya bila dengar dari sebelah pihak je. Situasi yg di alami sekarang ni, dengar dari banyak pihak. Walaupun ada pihak yg tidak berbunyi.

A cerita lain.
B juga cerita lain.
C cerita lagi lain.
Yg D tiba2 muncul dan berbunyi.
Tambah lagi dengan yg E xmuncul, tapi berbunyi.

Bila keadaan begini,tambah konpius lagi. Nak percaya yg mane skrng ni?
Kawan tau lawan.



Tadi berseronok-ronok sebentar bersama nanat,paris & eda. Walaupun sebentar kau orang memang sewel!

Wednesday, June 23, 2010

Saya baca surat khabar..


Saja nak berkongsi berita. Baru tahu yg tembok Penjara Pudu sudah mula di robohkan semalam. Itu pon tahu sebab terRajin nak bace paper online kan. Kalau tahu awal2, malam yg ambil adik kt TS hari tu, pasti dah singgah, tangkap gmbar banyak2. Boleh jadikan kenangan. Haha. Tak kuase nyah!

Kini..dah tak scary lagi kalau nak lalu kat jalan tuh malam2..
Tapi sayang, dah xde dah lukisan pokok2 yg byk2 tu. Tak boleh dah nak batak2 keluarkan kepala dari tingkap kereta yg diturunkan habis-habisan bila nak tengok tembok penjara pudu. Mase zaman kanak2, ye agk batak walaupun ayah lalu kt situ 2 3 kali. Ye la kan..Kat tembok sekolah banyak tapak kasut je. Bila dah besar buat xheran. Bila dah xde pula, akan rase apa ye??

Tuesday, June 22, 2010

Lelaki !


Lelaki dalam entry ini bukanlah lelaki idaman. Sebab belum lagi gatal nak cerita pasal lelaki idaman. Tetapi lelaki ini ialah lelaki yg xtahu apa masalah kau sebenar dengan aku.

Kau kan memang annoying gile bile muke kau lalu je dekat kaunter aku. Sangat2 menyakitkan hati aku. Pertama kali mamat ni dok tegur, memang kata2 yg dia keluarkan rasenye xpernah sedap telinga ni nak dengar. Kalah auntie2 tahu. Tapi tahankan aje. Pesan Kak Wina.
Xkan aku nak buat perangai awal2 masuk kerja kan. Perlu control ayu.

Apa kau kesah sangat dengar kaler eyeshadow aku? Mascara? Lipstick? Tudung? Baju? Mata aku? Ada kacau kau ke? Gune duit kau ke?
Tak kan?
Masalah lah kau..


Owh dunia. Perlu ke ada lelaki yg macam ni?
Indah kan..

Friday, June 18, 2010

Cepat kata saya Gila!!

Baru sahaja sampai di rumah setelah menjemput adik kesayangan di Time Square. Baik tak adik saya? Call dalam pukul 12.30 macam tu mintak tolong ambil dia. Tapi dalam 1 lebih baru gerak dari rumah. Oke. Untuk pengetahuan, selain menjadi bibik yg ayu saya juga pemandu taxi percuma tanpa meter.

Bila kasihan kan adik walaupun tahu adik yg seorang ni dah besar pjg dan mampu berfikir dan memang selalu tak dengar cakap, tapi sebagai seorang kakak yg baik dan prihatin, pergilah jugak ambil dia. Konon bila aku yg ambil dia, xkantoi la kan kene marah dengan emak. Haha. Kalau dah adik tu memang masih adik jugak lah sebab aku kakak yg baik pasti minta izin mak bila nak guna kereta. So, emak pasti tahu lah kan.
Ayah?  


Mungkin juga aku kene sawan kot,xpon kene rasuk tadi tanpa memikirkan yg aku drive sesorang nak pergi KL nun. Dari bangsar, kl Sentral, sogo, Pavi, BB sampai la kt depan kelab2 haram jadah tuh kan, baru aku sampai TS. Makan angin memalan sorang2. Uish..Road block jgn cerita la. Sane sini. Polis pon kelihatan musykil bila seorang gadis yg kelihatan ayu dan muka kasihan minta tunjuk jalan, memandu sesorang kat tgh2 KL kan. Haha. Cuak aku. Tapi buat cool ja. Aku da lesen kan. Cuma terlupa nak tampal P. Nasib baik la polis tu tak cek.

Yang paling sedih aku pasti sesat kan. Macam bukan aku je kan kalau tak ingat jalan. Yakin je jalan dah betol. Tapi..Haha..Cepat2 tangan ni capai hp. Msg & call rakan2 yg berkenaan. TQ kepada Paris & Emie. Kepada Tim, kau pon, walaupon kau tak reply msg aku. Sobsob.

Thursday, June 17, 2010

Waachaa!!

Kebetulan hari cuti, kebetulan ayah nak bawa adik2 pergi mandi sungai, jadinya bibik yg seorang ni turut serta. Cerita punyer cerita, akhirnya kami mandi manda di Hutan Lipur Kanching. K.Ngah & abang xda sebab mereka kerja. Pernah pergi dah sebelum ni. Tempat dia actually agak cantik juga, tapi di sebabkan tadi terdapatnya golongan mat rempit dan minah seberang, di tambah pula dengan pengunjung yg ramai2 kala cuti sekolah ni, jadi tak berapa menarik la kan. Yg xbestnyer before nak pergi tu, ayah singgah RHB bank jap sebab nak bank in duit. Dan disebabkan sistem yg down since malam semalam, seluruh bank dalam area PJ ni xdapat nak buat any transaction yg melibatkan ASB. Dan disebabkan mencari bank2 lain diluar kawasan, kami lambat tiba di destinasi. Bila dah sampai memang orang pon dah ramai kan tapi enjoy bila mak pun sama2 berendam. Comel bertambah. Konon sebelum pergi mak siap kata malas nak tukar2 baju, nanti mak celup2 kaki je. Bukan kaki je oke sekarang ni. Haha. Mak hebat tahu berenang tapi kasihan ank2 perempuan seorang pon tak tahu berenang. Mak kata dulu waktu kecil2, sungai belakang rumah atok memang menjadi taman permainan. Hari2 mandi di situ.


0stazah pon sakan main air tau.


Ayah mula2 pon tak nak mandi. Macam tuan director. Jadi pemerhati.
Tapi bila dah turun, tenggelam terus.


Pedulikan auntie2 yg h0t, fokus kepada rakan baru saya ok.
Haha =)

Bibik yg bahagia pada hari cuti.
Hanya mampu jadi bibik sebab malas nak mandi, celup2 ja.


On da way balik, dalam kereta, ayah pula yg tegur pasal pakaian bila aku dok bebel2 pasal minah2 seberang yg tak segan tukar baju kat situ je. Hambek kau. Kene aku balik. Diam terus. Buat2 letih. Tido.
ZzZzzzz..

Malam2 bibik ni berjimba di Mid bersama adik2 & Paris si Panda. Paris lagi? Kau memang selalu semak. Selalu. Owh xmengapa. Kami nonton movie la. Apa lagi kan. Dah janji nak bawak adik tengok movie dari hari ahad yg lepas tapi tak berkesempatan sebab sekarang jadi wanita bekerja separuh masa plus movie yg nak di tonton asyik full je.

Movie : The Karate Kid
Time : 10pm
Saya bagi stars : 4.5*

Best. Comel ja si Jaden tu. Tambah lagi movie ni pasal seni pertahankan diri kan. Memang suke lah. Yg xsuke bila adik2 kesayangan sangat ni gaduh. Haish. Memang kalau mak x ada, pandai kan kau orang nak gaduh2. Budak2 betul!
Habis movie terus pulang sebab dah lewat & adik2 pon mcm dah letih.

Adik buat statement : Kak Ude, abg Paris tu macam budak2 lah, kalah adik yg budak2 ni. Hehe.

Tuesday, June 15, 2010

MC


Jarang sekali saya yang MC. Tapi mood saya. Mood saya kurang sehat dan berlanjutan hingga saat ini. Minta maaf awal2 kepada rakan taulan handai sekalian dan kalian yg di sekeliling kalau ada terkasar. Sure. Pasti ada yg terasa kan. Takut tak sedar. Sangat2 maaf.

Balik keje tadi mak tegur pasal pakaian saya lagi. Memang selalu ditegur. Saya agak liat berbanding yang lain.
Ude minta maaf.
Kali ini, betul2 menjadi anak yang baik bila duduk dan dengar bebelan mak tanpa sebarang bantahan. Tiada sebarang bunyi. Mungkin kerana mood yg MC, jadinya kurang bercakap, lebih setia mendengar.

Masuk bilik, dalam kepala seperti memikirkan sesuatu. Tapi xtahu apa yg dipikirkan. Macam2? Serabut. Berselirat.
Satu apa pon tak terfikir.
Ok memang saya pening lagi.
Saya perlukan masa tapi xtahu berapa lama.
Jangan tinggalkan saya..
Maaf tau!
=)

Monday, June 14, 2010

Belum cukup hebat untuk serap kehebatan rakan lain yg DEKAN !


Daten kau Dekan kah?
Jauh panggang dari api. Jauh lagi gunung berapi.

Dah tengok dah result dengan mata sendiri. Lega subject investment & operation management lulus sebab carry mark ini yg paling teruk & buruk. Lega lulus je ke?

Jangan lah tanye pointer oke. Sebab jatuh2 lagi semester ni. Seterusnya menjatuhkan cgpa juga. Tiba2 kurang lega sebab kene kejar lagi laju bila masuk new semester. Pasti penat2. Kejar pointer kasi push cgpa kan.

Kalaulah aku..

Owh. Tak ada dah kalaulah. Sekarang ni mestilah je ada. Mestilah & wajiblah untuk serius lebih2 lagi dalam study. Semester akhir. Tak mahu lagi jatuh2. Uish..Semangat nye kan? Lepas cek result memang selalu macam2 semangat akan datang.

Nyesal tak?
Sentiasa tahu yg masa pasti tidak boleh di undur. Tapi kereta boleh undur. Ok merapu. Tak ada kaitan langsung!
Selalu je asyik menyesal kalau result tak memberangsangkan seperti rakan2 yg lain yg hebat bijak bestari lagi pandai belaka. DL lagi kan. Super Power!! Tahniah, salam, peluk cium bangga untuk kau orang yg hebat.

Rakan2!
Jangan kasihan kan saya dan bagi ayt manes sebagai kata semangat. Norden, kau duduk sane diam2 je ok. Next sem jumpa baru bebel balik kalau aku malas sangat. (balok liat kan ?)
Sebab memang padan muka aku kan. Tak consisten dalam study. Padahnye. Yg pasti K.Ngah tak kan respon dengan ayt manes kalau dia tahu result aku nanti. Kakak2 memang suke bebel kpd saya. Ye. Aku pon kdg2. Haha.

Sunday, June 13, 2010

Not good..not good :(


Mood seperti kurang sehat 2 3 menjak ni. Bukan datang bulan. Bukan bendera Jepun. Bukan juga bulan jatuh ke riba.

Rimas la macam ni. Tak selesa. Di tempat kerja, bila si Jenab buat lawak, aku akan gelak. Tapi macam x berape nak ikhlas walaupun memang lawak. Geli2 perot je. Senyuman pon seakan terpaksa walaupun tahu senyuman yg ikhlas itu lebih manis dari biase.

Mulut macam malas2 je nak berkata. Kalau ada yg boleh cakap kan memang bagus. Lebih rela jadi pendengar yg setia. Nasib baik lah mood makan masih sehat lagi.

Dimanakah kau mood yg ku cari2 ?

Friday, June 11, 2010

Bukan minah rempit ok


Tak suke tau bila cakap je naik motor orang akan kate minah rempit bagi yg perempuan seperti saya ye. Tahu, xsemua akan kata macam tu. Tapi masih ade segelintir yg bersuare sumbang begitu. Kenape ye? Perlu kah kalau naik motor mesti merempit kemudian orang ramai pon akan kate minah rempit. Yg xmerempit pon tergolong juga. Macam tu ka? Hmm..Tapi betul. Banyak kali dah macam tu. Perlu lagi untuk menerangkan kepada semua yg berfikiran begitu bahawa motor juga adalah salah satu pengangkutan yg digunakan bukan untuk merempit semata. Penat la kalau macam ni. Tambah sakit hati lagi.

Tah pape tah kan.

Terbaik dari ladang


Tahniah kepada manusia2 yg sebilik dengan aku untuk 4 semester yg lepas ni. Aku tumpang gembira & bangga sangat2. Memang selalu pon akan tumpang gembira kan. Huhu

Puzah (3.9), Para (3.7) & Sikin (4.0). Dean List habaq ang. Haha. Korang memang hebat. Kenapa lah aku tak termampu nak serap sedut kehebatan mereka. Rugi kan. owh. Malu tiba2.

Si Norden punyer result xperlu bagi tahu lah. Kau pon hebat. Sebelum start exam pon boleh tahniah kat kau awal2 kan. Ye. Tahniah kat kau juga Norden.

Aku punye macam mane?

Perlu sakit jiwa.
Maseh dalam proses. Harap maklum.
Haha.


Thursday, June 10, 2010

Off day lagi kan ?


Rabu kan? Ye. Cuti lagi. Tak2. Rabu kali ni bukan jadi suri rumah lagi. Tapi jadi suri Mid Valley =)
Hari cuti tadi, aku dan Paris bermarathon movie. Xmarathon sangat pon. Tapi kami habis tengok 2 movie jugak la.

Movie : Prince of Persia
Time : 1.30pm
Saya bagi stars : 4.5*

Movie : Lagenda Budak Setan
Time : 4.30pm
Saya bagi stars : 3.5*

Janji utk berjumpa pukul 10 pagi kan. Yela, sory aku lewat. Tambahan pula, Paris telah menundakan jadual asal. Gara2 menunggu kedai spec buka & nak hantar sate kat umah Opah. Paris kan cucu kesayangan Opah!

Paris. Betul. Aku xkesah pon kalau nak keluar naik public transport sebab hari2 kerja pon selalunye aku naik tren. Terbiasa. Penumpang tetap. Haha. Kau je cerita semangat konon kali ni keluar nak cuba naik public transport sebab dah lama xnaik pastu nak rase macam zaman sekolah dulu kan, tapi last2 datang dengan kereta. Ayat kau : 'Aku kesian kat kau je. Panas2 nanti nak tunggu tren lama2'. haha. Geliman aku dengar tau.

Si Drebar at 1st konon nak pergi tengok kat Pyramid, tapi tukar plan pergi Mid bila betul2 dah sampai kat depan Pyramid. Dua2 buat muka xbersalah. Haha. Takpe. Mane ada aku marah. Aku terus angguk & kata : 'kt Mid pon oke. Boleh makan CJ sekali'. Dah lama tau nak makan. Terlaksana. Thank you kau!

Kali ini jadi baik. Habis movie terus pulang ke rumah. Haha.

Monday, June 7, 2010

Macam mana nanti bila aku ada kereta sendiri?


Suzuki swift adalah kereta idaman ketika ini. Kalau dapat yg sport lagi idaman. Esok? Lusa? Akan datang? Itu xtahu masih lagi idaman ke tidak. Ye aku tau. Kereta tu dah lama dah keluar. Ramai dah orang pakai. Dah nak habis jual pon kan. Biarlah aku nak suka. Tak tau lah kenapa aku nak suka juga.

Bila hari2 pergi kerja, mesti masuk ikut staff entrance yg kat basement. Dan pasti akan nampak swift itu. Teruja walaupun tau itu bukan kereta aku. Bila la kan aku mampu ada kereta sendiri, beli dengan duit sendiri. Tapi bila pikir macam lama je lagi, terus kadang2 rasa tak mahu sambung belajar dah bila dah habis diploma ni. Rasa macam nak kerja dulu, kumpul duit banyak2. Sambung belajar kemudian. ohhh..No no no no.. Tak boleh. Tak boleh. Tipu lah tu. Nanti mesti aku malas nak sambung dah lepas tu. Semangat aku x gagah lagi kalau kate konon nak kerja dulu nanti baru sambung balik.

Macam mana nanti bila aku ada kereta sendiri kan. Huhu. Pasti sedih sebab aku payah la sangat nak ingat jalan. Kalau kat kedah pon, masa sem 3 baru aku ingat jalan dari stesen bas SP ke uitm. Sedih kan. Itu pon jutaan terima kasih kepada Chong, ejen sekolah memandu yg bantu aku ingat jalan. Kerna kau Chong ;)

Owh pasti. Kesedihan itu berulang lagi semalam. Sesat nak pergi KL Sentral. Sampai macam pusing satu KL dah. Tayang muka la kan. Padahal dah berkali ke sane. Ini juga gara2 construction kat depan Sentral tu. Terima kasih kau. Aku lewat 20 minit masuk keje. Nak bayar ke?

Tapi kenapa ye aku ni teruk sangat dalam bab2 nak ingat jalan?
Kenapa ye?

Tak tak.
Aku belum teruk lagi. Jalan pulang ke rumah pejam mata pon masih boleh ingat.
Aku tau aku hebat. Haha


Sunday, June 6, 2010

Mama Yvonne ku sayang..


Memang amat teruja bila jumpa cikgu di tempat kerja kan. Takut2 lagi nak tegur. Takut cikgu dah tak ingat ni anak murid yg mana satu. Dah 4 tahun berlalu. Ingat lagi ke tak? Haha. Last2, tegur juga. Bagus kan? =)
Lega. Cikgu masih ingat. Xtau la dia ingat nama or tak, tapi bila cikgu cakap yg dia ade meeting utk choral speaking competition kt situ, itu bermakna dia ingat aku.

Yang best pasal Mama Yvonne yg seorang ni, time kami pergi tournament futsal kt TS same2. Cikgu & 9 org anak murid yg sehat belake, ramai2 naik monorail pergi TS. Kasihan kan? Kami xdapat bas utk ke sane. Cikgu kate kalau die nak drive pon, die xtau jalan sgt. Jalan KL kan. Huh.
Memang syok la hari tu. Dengan jersi yang sepesen, ramai2 buat kecoh dalam monorail. Cikgu memang sporting.

Rindu futsal time sekolah dulu. Rindu nak naik bas pergi Pan Global kt Jln Tandang tu buat training same2. Rindu coach Panir & coach Daren. Coach Daren yg omg! tiba2 cair dah ni. Dia pernah mewakili Malaysia tau. Memang pakej kan kalau muka hensem, bawa kereta fairlady lagi tu, low profile & sangatlah baik terhadap kami. Student lain perlu jeles kalau stayback kat sekolah petang2, nampak kami di training oleh coach Daren. Dia coach terbaik kami! Tak garang punyer.


Muke perlu bangga sebab kami bukan pasukan pilihan tapi..
kami mampu bawa pulang pingat.

TQ cikgu sebab layan kerenah kami yg sangat macam2.

 

Saturday, June 5, 2010

Saya mahukan..


Saya mahu..
..menonton movie. Lagenda Budak Setan. Jom la korang!  Macam best2 je kan. Sane sini setan. haha. Bukanlah. Yg setan si Israel tu. Kejam!
Yang ini, sane sini orang dok cite pasal movie ni. Dekat blog, fb, tmpt keje, paper, dlm tv pon iklan berkali kali. Pernah baca novel ni time sekolah menengah dulu kalau tak silap. Dah lama dah. Masa zaman layan novel hari2. Kenyang sentiasa dengan novel. Haha. Jalan cerita dia ingat2 lupa. Tambah tertarik nak tengaok cause both hero & heroin dia memang la fevret. Suwittt! haha..
The Karate Kid ke..
Tak pun Prince of Persia ke kan..
Apa lagi ek?
Takpe2. Tahan dulu. Tunggu off day nanti.

Saya juga mahu..

..ucapkan..
Tahniah2 kepada rakan saya!
Akhirnya berjaya menamatkan pengajian. Bulan 8 ni insyaAllah dia akan konvo. Aku ni bila la pula kan. Aku doakan yg terbaik. Ada rezeki sambung degree ye. Jangan tau suke sangat nak pegang duit je.
Juga tahniah2 sebab berjaya menamatkan kursus selama 5 minggu di Terengganu & KL. Wei. Kau hebat la jugak. Hebat sikit ja. Tak pernah jauh dengan family lama2 kan. Sekali dapat jauh kat ceruk sane. Tapi kau main tipu cause baru seminggu kat sane dah balik KL balik. Mengada lebih. Manje! =P

Kau gembira? Aku tumpang selalu.

Lagi..
Saya mahu juga..
..handphone baru. Sesiapa yang dermawan, sukarelawan, jelitawan, rupawan, olahragawan yag baik hati belaka mahu belikan handphone baru utk saya yg memerlukan? Betul perlu sebab dah lama diperlukan since tahun lepas lagi berkeinginan. Nafsu. Tragis. Haha..Nak guna duit sendiri, boleh kot tapi hehe..sayang sayang sayang..Lagi lah bertambah sayang nak guna duit sendiri bila siang tadi terjahanamkan handphone adik. Wajib untuk ganti semula. Nasib baik handphone murah. Jatuh dari tingkat sembilan. 9 ye! Alahai duitku. $$$
Huhu.
 Mak kata try lah mintak kt ayah. 'Mane tau kan'. Mak yg kata tahu. Tapi macam xtermintak je. Tiba2 depan ayah, selalunye akan jadi sangat pemalu. Sopan dan ayu. Kalah kak long & kak ngah kan. Tahan dulu ke? Hmm..Perlu tahu..next month kan dah bukak new semester, banyak lagi nak guna duit. Terasa sangat2 banyak tu (T_T)

Cerita pasal new semester ni, tiba2 macam nak buat2 migrain. Sebab macam malas nak fikir je. Result? CGPA? Rumah sewa? Kolej? Housemate? Roomate? Transport? Kelas malam? Makan minum? Ish2. Jom naik roller coaster jom. Owh teringat! Dah lama tak pergi Genting. Kat TS x berani nak naik. Haha. Biar tambah2 pening. Senangkan sekali jalan.

Tapi sedih lagi bila next sem dah masuk part 6. Semester yg terakhir ok. insyaAllah.
=)



Friday, June 4, 2010

Ada aku kesah ke?


Ni bukan kesah nak rendah diri ke ape. Tapi betul aku x se'h0t' kawan2 kau yg lain. Aku xsehabat mereka.

Kalau betul kau ikhlas berkawan dengan aku, kau xkan compare aku dengan kawan2 kau yg lain. Ikhlas terima aku yg memang aku.

Xdapat terima?
Oke. Tinggalkan aku. Aku bukan kawan pilihan kau.

Wednesday, June 2, 2010

Bila berhutang..


Geram tau bila orang berhutang, tapi buat2 lupa. Time pinjam memang mulut manes kan. Nak kata tak, tak sampai hati. Memang la amount yang di pinjam tak berapa besar macam yang bank2 bagi loan tu. Tapi yang geram sangat ni bila orang yg berhutang tu boleh lagi nak cerita pasal shopping itu ini. Oit! Kalau dah banyak duit sangat sampai hari2 pon nak cerita pasal barang2 branded, keluar jalan2 sane sini, boleh gayot 24hours, tukar handphone baru sentiasa, bershopping 0nline lagi tu, WAH2..ni kenapa hutang yg sikit ni tak leh nak byr? Lupa sudah?? Buat2 lupa?

Ingat muka ni banyak sangat duit? Parent bagi duit untuk kegunaan sendiri. X ada la pula kan bila ayah bagi duit dia akan kata :

'Kak Ude. Ayah ada bank in kan duit untuk buat belanja. Kak Ude belanja la kawan2. Yg nak pinjam tu, bagi lah pinjam. Nanti esok lusa ayah masuk kan lagi kalau x cukup'

Kalau betul lah ayah cakap macam tu, mesti time ayah mamai kan. Pernah la pulak ayah mamai. Haha.

Yang berhutang xtau malu. Yang bagi pinjam lak malu nak mintak. Bila dah mintak, macam2 alasan kan ada. Mulut manis lagi. 

Tak pernah tau berkira sangat kalau nak pinjam2 ni. Lagi2 bila tau memang betul dia tengah susah. Tapi bila orang yg berhutang berperangai begini, terang2 sekarang boleh nampak dah, memang sakit hati kan. Tak kan la sebab hutang yg ciput ni sampai tak bertegur sapa. Kawan tetap kawan. Kau baik dengan aku, aku mesti lah lagi baik dengan kau.

Fine! Kau buat aku macam ni kan.



Tuesday, June 1, 2010

Alahai Parkson


Best la sangat konon nyer kan buat part time kat parkson ni. Boleh parkinson aku kan. Hahaha. Xsuke2! Xsuke sebab ada procedure & rules baru. Nyampah!

Lebih kurang yg macam ni :

- Setiap kali morning shift, all staff termasuk la temporary promoter mcm aku ni kene attend briefing. Morning shift masuk kul 10 tapi before 9.30 kena ada kat floor kalau x kena tunggu after 10 baru boleh masuk. Leceh!

- Mane2 promoter baru akan ada escalator training. Terpacak la kat tepi 2 tunngu customer lalu, sambil smile =) & greet. Memang kene hipokrit sikit.

- Time break pula ada time2 tertentu je boleh keluar. Nasib baik la yg ni aku xkesah sangat. Asalkan ada break kan.

- Grooming2! Asal bibir x berkaler je mesti kena tegur. Kadang2 rimas pula nak kene touch up byk2 kali.

- Time closing, kalau dah bunyi loceng (haha..macam kt sekolah) baru boleh keluar. Tapi kadang2 kitorang main redah je. Nak tunggu loceng berbunyi kadang2 brzaman. Semput2 je bunyi die.

Macam2 betol. Ngade2 kan parkson ni? huh. Tak suke sebab benda2 mcm ni. Yg lain semua oke je =)
Happy working!