Monday, June 7, 2010

Macam mana nanti bila aku ada kereta sendiri?


Suzuki swift adalah kereta idaman ketika ini. Kalau dapat yg sport lagi idaman. Esok? Lusa? Akan datang? Itu xtahu masih lagi idaman ke tidak. Ye aku tau. Kereta tu dah lama dah keluar. Ramai dah orang pakai. Dah nak habis jual pon kan. Biarlah aku nak suka. Tak tau lah kenapa aku nak suka juga.

Bila hari2 pergi kerja, mesti masuk ikut staff entrance yg kat basement. Dan pasti akan nampak swift itu. Teruja walaupun tau itu bukan kereta aku. Bila la kan aku mampu ada kereta sendiri, beli dengan duit sendiri. Tapi bila pikir macam lama je lagi, terus kadang2 rasa tak mahu sambung belajar dah bila dah habis diploma ni. Rasa macam nak kerja dulu, kumpul duit banyak2. Sambung belajar kemudian. ohhh..No no no no.. Tak boleh. Tak boleh. Tipu lah tu. Nanti mesti aku malas nak sambung dah lepas tu. Semangat aku x gagah lagi kalau kate konon nak kerja dulu nanti baru sambung balik.

Macam mana nanti bila aku ada kereta sendiri kan. Huhu. Pasti sedih sebab aku payah la sangat nak ingat jalan. Kalau kat kedah pon, masa sem 3 baru aku ingat jalan dari stesen bas SP ke uitm. Sedih kan. Itu pon jutaan terima kasih kepada Chong, ejen sekolah memandu yg bantu aku ingat jalan. Kerna kau Chong ;)

Owh pasti. Kesedihan itu berulang lagi semalam. Sesat nak pergi KL Sentral. Sampai macam pusing satu KL dah. Tayang muka la kan. Padahal dah berkali ke sane. Ini juga gara2 construction kat depan Sentral tu. Terima kasih kau. Aku lewat 20 minit masuk keje. Nak bayar ke?

Tapi kenapa ye aku ni teruk sangat dalam bab2 nak ingat jalan?
Kenapa ye?

Tak tak.
Aku belum teruk lagi. Jalan pulang ke rumah pejam mata pon masih boleh ingat.
Aku tau aku hebat. Haha


No comments:

Post a Comment