Friday, June 18, 2010

Cepat kata saya Gila!!

Baru sahaja sampai di rumah setelah menjemput adik kesayangan di Time Square. Baik tak adik saya? Call dalam pukul 12.30 macam tu mintak tolong ambil dia. Tapi dalam 1 lebih baru gerak dari rumah. Oke. Untuk pengetahuan, selain menjadi bibik yg ayu saya juga pemandu taxi percuma tanpa meter.

Bila kasihan kan adik walaupun tahu adik yg seorang ni dah besar pjg dan mampu berfikir dan memang selalu tak dengar cakap, tapi sebagai seorang kakak yg baik dan prihatin, pergilah jugak ambil dia. Konon bila aku yg ambil dia, xkantoi la kan kene marah dengan emak. Haha. Kalau dah adik tu memang masih adik jugak lah sebab aku kakak yg baik pasti minta izin mak bila nak guna kereta. So, emak pasti tahu lah kan.
Ayah?  


Mungkin juga aku kene sawan kot,xpon kene rasuk tadi tanpa memikirkan yg aku drive sesorang nak pergi KL nun. Dari bangsar, kl Sentral, sogo, Pavi, BB sampai la kt depan kelab2 haram jadah tuh kan, baru aku sampai TS. Makan angin memalan sorang2. Uish..Road block jgn cerita la. Sane sini. Polis pon kelihatan musykil bila seorang gadis yg kelihatan ayu dan muka kasihan minta tunjuk jalan, memandu sesorang kat tgh2 KL kan. Haha. Cuak aku. Tapi buat cool ja. Aku da lesen kan. Cuma terlupa nak tampal P. Nasib baik la polis tu tak cek.

Yang paling sedih aku pasti sesat kan. Macam bukan aku je kan kalau tak ingat jalan. Yakin je jalan dah betol. Tapi..Haha..Cepat2 tangan ni capai hp. Msg & call rakan2 yg berkenaan. TQ kepada Paris & Emie. Kepada Tim, kau pon, walaupon kau tak reply msg aku. Sobsob.

1 comment:

  1. nanti ko ley bawak aku lak kan g jnjalan..
    ko kan da pro KL..
    ngeh ngeh

    ReplyDelete